widgeo.net

Friday 28 November 2014

Umat Islam di FITNAH dan dijadikan TAWANAN

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Umat Islam difitnah dan dijadikan Tawanan.Siri kali ini yang saya bawakan adalah merupakan kajian dan pengamatan saya,maka dengan ini anda tidak disarankan yakin bulat-bulat terhadap kajian saya ini..ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri melalui pengamatan saya..

Saya melihat bahawa Amerika Syarikat dan Eropah sedang berubah ke arah Islamik dan ini merupakan satu perkara yang positif dan juga negatif..kenapa negatif anda bertanya,ini adalah kerana Amerika dan Eropah merupakan Pusat dan juga tanah pertiwi Ahli Jemaah Dajjal, semua Rancangan mereka berpusat disana dan mereka sudah pasti tidak ingin lagi melihat Musuh mereka terutamanya Islam menguasai minda dan jiwa rakyat negara mereka..Tetapi Allah SWT Maha berkuasa dan sedang menunjukkan kepada mereka bahawa kamu merosakan Akhlak umat Islam di seberang laut tetapi Allah SWT mengindahkan Islam didalam Hati rakyat negara-negara Ahli Jemaah Dajjal itu sendiri..

Maka dengan ini saya berasa Ahli Jemaah Dajjal pasti sedang merancang satu pelan agar dapat mengekang masyarakat barat daripada memeluk Islam di negara mereka khususnya Amerika dan Eropah,kerana ini adalah sungguh naif untuk merasa mereka Ahli Jemaah Dajjal hanya berdiam diri sahaja melihat Gelombang Islam berkembang terhadap masyarakat di negara mereka..dan dari sini saya dapat merasakan bahawa satu FITNAH yang dahsyat akan diformulasikan oleh mereka dalam masa terdekat ini..

Mengikut kajian saya,kita dapat lihat di Amerika Khususnya media mereka telah bermula dengan agenda fitnah terhadap umat dan Agama Islam itu sendiri dalam rancangan-rancangan yang melabelkan agama Islam sebagai satu agama yang tidak mengikut perkembangan zaman iaitu dengan mengunakan hukum Syariah dan Jihad sebagai alat untuk menakutkan-nakutkan masyarakat Amerika yang jahil terhadap agama Islam..kumpulan seperti Al-Qaeda dan Isis yang diciptakan oleh Jemaah Dajjal ini juga telah membantu dalam memburukan lagi imej Agama dan Umat Islam di seluruh dunia terutamanya di barat..

Serangan pertama berskala besar terhadap agama dan umat Islam telah dilaksanakan pada tahun 2001 dengan serangan 11 september di New York..serangan penganas yang didalangi oleh agen perisikan Mossad Israel dan CIA telah meruntuhkan bangunan World Trade center dengan siri serangan letupan Bom yang dipasang dibangunan tersebut, tetapi Umat Islam yang telah dipersalahkan atas serangan ini..dibawah ini saya akan membuktikan dimana mereka yang telah melaksanakan serangan ini..



Serangan media Amerika dan Eropah dalam memburukan Islam telah lama bermula dan tidak lama lagi mereka akan memperhebatkan lagi serangan ini..majoriti rakyat Amerika adalah sangat bodoh dan hanya mementingkan hiburan dan sukan, kerana itu rakyat Amerika sangat mudah untuk diperbodohkan dan ditakutkan oleh pihak media mereka dimana mereka akan mempercayai apa sahaja berita yang disuapkan kepada mereka..dibawah ini adalah beberapa contoh serangan mereka.


Apabila rakyat Amerika dan Eropah telah kenyang disuap dengan propanganda memburukan Islam oleh media mereka,maka akan tiba masa untuk Ahli Jemaah Dajjal melaksanakan satu serangan penganas(False Flag) yang lebih dahsyat dari 9-11 ke atas bandaraya utama Amerika syarikat atau Eropah. Mengikut pendapat saya, serangan ini akan didalangi oleh Ahli Jemaah Dajjal dan Isis yang dicipta oleh mereka Mungkin akan dipersalahkan, kerana Isis telah diciptakan untuk menjadi kambing hitam dalam rancangan serangan ke atas Amerika atau Eropah sepertimana kumpulan Al-Qaeda pada 2001 telah dipersalahkan.

Di Eropah terutamanya di England terdapat satu kumpulan yang digelar EDL(English Defence League) iaitu satu kumpulan Rasis yang khas dicipta untuk menentang umat Islam di England..dan Jikalau serangan penganas dilaksanakan di Eropah, kumpulan ini akan digerakan untuk menyerang umat Islam di England yang tidak bersalah..Tonton video dibawah ini untuk memahami kumpulan ganas ini..

Di negara Eropah seperti Perancis dan Belgium telah mula untuk menyerang umat Islam terutamanya golongan wanita dengan melarang wanita Islam bertudung dan jikalau melangar arahan tersebut, wanita Islam akan disaman oleh pihak berkuasa..

Belgium moves towards public ban on burka and niqab
Home affairs committee of Brussels federal parliament votes unanimously to ban partial or total covering of faces in public places
French Senate votes to ban Islamic full veil in public
The bill envisages fines of 150 euros for women wearing the full veil
France's Senate has overwhelmingly approved a bill that would ban wearing the Islamic full veil in public.


Satu lagi perkara yang amat merisaukan saya adalah dengan terbinanya kem-kem tahanan di seluruh Amerika Syarikat. kem-kem ini dibina oleh pertubuhan Fema(Federal Emergency Management Agency) dimana merupakan satu cabang dari Jabatan keselamatan Negara(Department of Homeland Security).Kem Kem ini sangat mirip dengan kem tahanan ketika perang dunia kedua..
Mengikut kepada pengkaji pengkaji Amerika,mereka merasakan bahawa hanya rakyat yang menentang kerajaan sahaja yang akan dimasukan ke dalam kem-kem Fema ini..tetapi saya berpendapat ia adalah untuk semua rakyat Amerika terutamanya Umat Islam apabila umat Islam difitnah dengan serangan penganas yang lebih dahsyat dari 9-11.

Selain dari Kem-Kem yang terdapat di Amerika, Ahli Jemaah Dajjal juga telah menyediakan keranda-keranda Plastik yang akan digunakan dalam pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di Amerika terutamanya lelaki Islam yang pasti akan menentang fitnah dan penindasan ini.




Anda mungkin merasakan perkara seperti ini tidak mungkin berlaku tetapi anda tersangat silap kerana ia pernah berlaku dan saya akan buktikan..Ia terjadi pada tahun 1942 apabila perang dunia kedua berlaku..kesemua warga Jepun yang juga rakyat sah Amerika syarikat telah ditahan dan dibawa ke Kem-Kem Tahanan diseluruh Amerika..

Perkara seperti ini juga akan terjadi pada umat Islam jikalau Ahli Jemaah Dajjal melancarkan Rancangan mereka untuk menyerang umat Islam di Eropah atau Amerika..Tonton Video dibawah ini..



Dengan huraian diatas ini saya merasakan sudah cukup untuk kita berwaspada dan memahami akan implikasi terhadap umat Islam di Amerika dan Eropah jikalau rancangan keganasan yang lebih hebat dari 9-11 dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Dajjal,sudah pasti umat Islam akan lebih ditindas dan dimalukan oleh Ahli Jemaah Dajjal Laknatullah ini..

Penindasan terhadap umat Islam pasti akan terjadi sehingga sampai ke satu peringkat, pernah diriwayatkan akan datang suatu zaman nanti umat Islam yang mahu menjalani kehidupan berteraskan Al-Quran dan Sunnah akan melalui kawasan perkuburan dan berkata; alangkah baik kehidupan kamu disana!! kerana ia tidak tertahan lagi akan penindasan yang terjadi terhadap umat Islam pada ketika itu.

Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya"

Kepada Musuh-musuh umat Islam,kejahatan kamu terhadap kami ini tidak akan kekal tetapi Seksaan dari Allah SWT Tuhan kami dan Tuhan kamu itu lebih Dahsyat dan kekal..Sekian Wassalam

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.(Fussilat 41:19-20)