sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Perjalanan Hidup Hamba Hamba Allah ke Negeri Akhirat. Sebagai manusia kita melalui pelbagai fasa perjalanan kehidupan iaitu pada fasa permulaan kita adalah unsur Roh yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan akan ditiup oleh Allah SWT ke dalam janin semasa di dalam rahim ibu kita. Itu adalah fasa pertama perjalanan hidup kita sebagai Hamba Allah SWT..
Fasa kedua merupakan kelahiran kita di dunia ini sebagai khalifah yang akan melaksanakan segala tuntutan dan arahan pencipta kita Allah SWT. kita sebagai hamba Allah telah diberi kehendak bebas untuk memilih menjadi hamba Allah SWT yang taat atau pun hamba yang derhaka..pilihan terletak di tangan kita dan akibat pilihan kita ini akan menjadi jarak pengukur kebahagian kita menuju ke negeri akhirat kelak..
Dibawah ini saya akan memaparkan beberapa klip klip video mengenai perjalanan hidup hamba hamba Allah ke negeri akhirat..
Permulaan saat kematian kita
Setelah kita dimasukan ke dalam kubur..
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Fasa kedua merupakan kelahiran kita di dunia ini sebagai khalifah yang akan melaksanakan segala tuntutan dan arahan pencipta kita Allah SWT. kita sebagai hamba Allah telah diberi kehendak bebas untuk memilih menjadi hamba Allah SWT yang taat atau pun hamba yang derhaka..pilihan terletak di tangan kita dan akibat pilihan kita ini akan menjadi jarak pengukur kebahagian kita menuju ke negeri akhirat kelak..
Dibawah ini saya akan memaparkan beberapa klip klip video mengenai perjalanan hidup hamba hamba Allah ke negeri akhirat..
Permulaan saat kematian kita
Setelah kita dimasukan ke dalam kubur..
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
Permulaan hisab di padang mahsyar
Pilihan Hamba Allah Yang memilih Neraka Jahannam
Amaran video dibawah ini terdapat aksi seram dan ganas(18SG)..
Pilihan Hamba Allah Yang memilih untuk memasuki syurga..Tetapi perlu diingat sesiapa yang memasuki syurga hanya akan memasukinya dengan Redha, Rahmat dan Izin Allah SWT dan bukan dengan Amal Ibadah seseorang.
“Tepatlah kalian, mendekatlah, dan bergembiralah, karena sesungguhnya amal tidak akan memasukkan seseorang ke dalam syurga.” Para shahabat bertanya: “Termasuk juga anda wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ya, termasuk juga saya, kecuali jika Allah menganugerahkan ampunan dan rahmat kepadaku.(Sunan Ibn Majah kitab az-zuhd bab at-tawaqqi ‘alal-’amal no. 4201).

Amal tidak akan memasukkan seseorang di antara kalian ke syurga dan tidak pula menyelamatkannya dari neraka. Demikian juga saya, kecuali dengan rahmat Allah swt.
Apabila Hamba Allah Melihat Allah SWT di syurga pada kali pertama
Maka dengan ini saya berharap dan berdoa kita semua umat Islam dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari penerangan di atas kerana neraka Jahanam yang dicipta oleh Allah SWT adalah begitu dahsyat dan menakutkan..tiada satu pun hamba hamba Allah yang ingin dimasukan ke dalam neraka Jahanam walaupun untuk sesaat..dan neraka Jahanam adalah benar ,seksaan Allah SWT adalah benar dan janji Allah adalah benar..kita sebagai umat Islam perlu lah mengejar ke arah kebahagian yang kekal abadi iaitu Syurga..
Sesungguhnya agama (yang diredha) di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali 'Imraan 19)