widgeo.net

Sunday, 17 June 2012

Sistem Yakjuj dan Makjuj yang telah kita laksanakan dengan penuh jayanya

Disini saya akan mendedahkan beberapa sistem Yakjuj dan Makjuj yang telah kita laksanakan dengan penuh jayanya dan hampir keseluruhan dunia pada hari ini telah memeluk sistem Global ini dengan begitu erat sekali yang sebenarnya telah melanggar Arahan keras pencipta kita(ALLAH S.W.T)dan tidak mengendahkan nasihat Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad Saw..

Sistem ini juga adalah seperti yang telah diberitahu oleh Rasullulah pada kita mengenai fitnah Akhir zaman dimana mahkluk pendusta iaitu Dajjal akan membawa pada kita..

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2478. 

Dari Hudzaifah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku lebih tahu tentang Dajjal daripada Dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagaikan api bergejolak yang sedang mengalir. Siapa yang menemukannya, hendaklah didatanginya sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu pejamkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air sejuk.


Hadis ini berkaitan dengan penampilan dan kenyataan(Appearance and Reality) dunia yang dibawa oleh Dajjal pada kita iaitu sistemnya yang kelihatan seperti air sungai yang jernih dan sungai api..dan Rasullulah menyuruh kita mengambil sungai yang berapi itu.mengapa anda mungkin bertanya..sekarang saya akan menjelaskan dengan sebaik yang mungkin InsyaAllah..

Pertama adalah berkenaan Riba(interest bank)

Mari kita lihat apa yang Allah berfirman tentang Riba didalam Al Quran..
Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Perang Terhadap Pengamal Riba..

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki Riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Maka jika kamu mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai.” (QS Al-Baqarah: 278~279)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki Riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia seolah-olah akan berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini juga membayangkan bahawa permusuhan antara Allah dan RasulNya dengan pengamal Riba berlaku semenjak kehidupan di dunia lagi sebelum menerima hukuman di akhirat. Maka, malanglah nasib bagi individu atau pemimpin yang tidak mempedulikan larangan tentang Riba..Dan dari firman Allah di atas kita faham bahawa Riba adalah sama sekali dilarang dalam agama Islam dan dari sudut dunia memang lah menyenangkan kita kerana kita dapat membeli rumah dan kereta yang besar dan kita sentiasa mengistiharkan bahawa adalah milik kita tetapi pada sudut penampilan sahaja(illusi) dan hakikat kenyataanya kita masih berhutang dan belum menjadi hak milik kita dan apabila tidak membayarnya akan terus ditarik balik oleh bank yang kita buat pinjaman..


Mari kita lihat apa yang Nabi kita Muhammad Saw berkata tentang pengamal riba..

Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Mas’ud R.A.: 
Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa.” (HR Ahmad; Al-Hakim mengatakannya sahih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)

Di Akhirat: Berkatalah Ibnu Abbas R.A.:Tidak diterima dari pemakan riba sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Dari segala bukti yang telah diberitahu Riba adalah haram haram haram dan umpama dilaknat oleh Allah dan kita seharusnya memandang serius terhadap pekara ini kerana riba diakhir zaman ini yang telah kita peluk akan menjadikan kita penghuni neraka jahanam..dan sebenarnya ini adalah asas kepada sistem yang dicipta oleh Yakjuj dan makjuj kepada dunia ini supaya dapat mengawal dan menjadikan kita hamba mereka melalui hutang yang kita miliki akibat cintakan dunia materialistik ini..
Perangkap Hutang Kad Kredit
Hamba Hutang Bank
Riba Di Dalam Akaun Simpanan Dan Pelaburan

Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut..Ia berlaku apabila kita meletakkan wang di dalam akaun bank seperti:

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account)

Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account)

Perlulah kita sedari,apabila kita yang menyimpan atau melabur wang didalam akaun di bank yang mempunyai sistem yang melanggar syariat Islam pastinya kita akan mendapat saham keburukan(Dosa) hasil sokongan langsungnya dari wang deposit itu,sama ada kita menyedarinya atau tidak..

Bekerja di bank

Dengan segala bukti diatas itu dapat kita simpulkan bahawa riba adalah haram secara Syar’i dengan nash Al Qur’an dan Sunnah Nabi..dan saudara dan saudari muslimin yang bekerja di bidang yang berkenaan dengan riba(bank)baik dari budak pejabat hingga ke Ketua pegawai eksekutif secara langsung membantu dalam melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Riba adalah haram secara syar’i..

Imam muslim meriwayatkan dari Jabir RA dan Bukhari dari Hadits Abu Juhaifah bahwasannya Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba,pencatat riba(Akauntan) dan saksinya..Sedangkan laknat merupakan bukti bahawa perbuatan tersebut adalah dosa besar. 


Dengan demikian, saya menyeru kepada saudara dan saudari islamku agar dapat menghindarkan diri dari pekerjaan yang berkaitan dengan Riba atau perbankan yang melaksanakan sistem Yakjuj dan Makjuj ini..ingat la bahawa kita memakan dan memberi makan pada isteri dan anak anak kita dari hasil yang tidak halal..


Hutang dan riba adalah suatu penindasan dan penghambaan yang sengaja diciptakan oleh Jemaah Dajjal(yakjuj dan Makjuj) ini agar kita terus ditindas dan menjadi hamba kepada mereka..yang kaya makin kaya dan yang miskin makin lemah dan miskin dimana hanya High Class dan Low class sahaja yang tertinggal didalam masyarakat kita..ini adalah Rancangan mereka..kepada umat islam bangun dan lihatlah keburukan dunia materialistik yang kita jayakan pada hari ini..

10 comments:

  1. boleh saya bertanya ,, bagaimana simpanan dalam bank islam( saya agak keliru) adakah dikira sbagi riba juga

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan saudara di atas, bank islam juga ada menawarkan pinjaman peribadi dan mengenakan kadar faedah 4.08% mengikut jangka masa pembayaran balik dalam masa tertentu yakni 10 - 15 tahun .. harap dapat beri penjelasan dan menjawab kekeliruan kami.. terima kasih, sangat berharapkan jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa soalan ini harus ditujukan pada pihak yang pakar mengenai perbankan islam..saya tidak bekelayakan dalam bidang ini..harap maklum

      Delete
    2. Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram?
      Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/mengapa-saya-kata-pinjaman-rumah_25.html#ixzz2S1pfGXJF

      Delete
    3. My opinion: islamic banking (saving& loan & advances) ada unsur riba, pls ask person incharged at Treasury Dept Islamic Banking on how they determine internal rate of return and using historical data and by using standard deviation they(islamic banking) determine rate of return.TQ

      Delete
  3. Direkodkan oleh Al-Imam Abu Daud,
    Direkodkan oleh Ibnu Majah,
    dan Direkodkan oleh Al-Hakim...
    dari hadis sahabat Abu Hurairah telah
    berkata:
    “Telah berkata Nabi Muhammad:
    Maksudnya:
    “Demi akan datang kepada
    manusia...
    suatu masa tiada seorang pun
    melainkan dia makan riba,
    barangsiapa tidak makan riba,
    maka dia kena debu angin riba.”
    suatu masa = zaman anda bernafas
    saat ini,
    maaf jika salah...

    ReplyDelete
  4. nak selamat d akhirat duduk rumah sewa je...pakai kereta secondhand beli tunai...kepala tak sakit, hati senang,

    ReplyDelete
  5. Tak boleh nafi sistem perbankan di bina atas asas riba. Wujudnya perbankan islam sebagai pilihan menjauhi riba. Asas perbankan islam dinisbah atas sistem jual beli dan mudharabah. Tiada unsur faedah tetapi kadar keuntungan. Tiada pinjaman tetapi pembiayaan. Nampak serupa tapi jauh tak sama.

    ReplyDelete
  6. Sheikh imran hosein dalam ceramahnya ada menghuraikan dengan lebar panajang mengenai riba. Boleh lihat di youtube untuk mendapat penjelasan yang lebih detail. Tq

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan bank2 di negara kita ini sentiasa mengamalkan riba...trust me!!... tanpa amalan riba bank2 akan lumpuh... itulah janji syaitan... cuba betulkan saya sekiranya ada bank yang tidak mengamalkan riba...bank Islam itu hanyalah pada nama sahaja... takkanlah nak beri nama bank Riba pulak... kalau di beri nama bank Islam tentulah ramai x perasan protokol bank sebenarnya...

    ReplyDelete