Sunday, 22 July 2012

Bahagian ke2 Rancangan Illuminati Di London Olimpik

1 Ramadan telah bermula dan tinggal Satu minggu saja lagi bermula sukan Olimpik yang kita tunggu dengan penuh semangat..tapi ia membuatkan saya tidak dapat tido dengan nyenyak kerana setelah dikaji semula kesemua Rancangan Ahli jemaah Dajjal ini didapati bahawa kemungkinan besar yang saya letak pada skala 99% mereka akan melaksanakan rancangan pengeboman atau sejenis serangan di Olimpik London tetapi mereka tidak akan melakukan rancangan ini pada perasmian pembukaan Olimpik.. Berkemungkinan pada 15 Ramadan(Hari Jumaat bersamaan dengan 3 August)ni pendapat sahaja..Allah yang Maha Mengetahui..pekara yang menyedihkan saya adalah mengenai Atlet-Atlet sukan negara kita yang berada disana dan saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk membuatkan mereka pulang dan Cuma berserah pada Allah SWT untuk menjaga keselamatan mereka di sana..

Setelah mengkaji beberapa bukti yang agak terang untuk ditonjolkan dan ingin saya kongsi dengan anda supaya anda dapat membuat penilaian dengan sendiri bukti ini..sekali lagi saya berharap kesemua ini adalah kesilapan saya dan ia tidak akan berlaku..

Terdapat banyak bukti yang saya rasa tidak boleh diendahkan dengan begitu sahaja kerana nyawa berpuluh ribu orang dalam bahaya..

Bukti pertama yang ingin saya kongsi adalah mengenai beberapa iklan dari Adidas iaitu salah satu penaja utama kepada sukan Olimpik 2012..didalam iklan ini kita dapat lihat bahawa Symbolism perkataan bom atau letupan digunakan didalam iklan mereka


Bukti kedua adalah mengenai beberapa filem dan game yang ditayangkan pada tahun ini mempunyai Symbolism  letupan menara jam yang mungkin sebenarnya adalah simbol London dan kemusnahan kota London

Ini adalah klip dari filem Mission Impossible yang terbaru berjudul Ghost Protocol (protocol of zion)dimana letupan yang dahsyat  berlaku didalam menara jam tetapi ia bukan di London tapi di Rusia..mengikut fahaman saya ia boleh dikira sebagai simbol menara jam di london ..

Ini adalah dari trailer filem Gi Joe yang terbaru..ia sekali lagi menunjukkan kemusnahan di tempat yang berkedudukan di kawasan Taman Olimpik..kemusnahan yang dahsyat berlaku dikawasan itu..

Ini pula adalah dari klip Game yang berjudul Call of duty modern warfare 3..dimana sekali lagi kita dapat lihat dengan terang bahawa serangan Bom dilakukan berdekatan dengan menara jam di kota London..

Ini pula adalah dari promo pasukan bola sepak Euro 2012 dari negara cina..di dalam klip ini juga mempunyai simbol letupan bom didalam stadium dan runtuhan stadium juga ditonjolkan didalam klip promo ini dan nama pemain yang berada ditengah tengah letupan ini juga ada kaitan dengan nama di kawasan taman Olimpik(Hacken Lee..name tempat di London adalah Hackney n Lee Valley

Gambar ini pula adalah dari filem Batman(Dark Knight Rises)dimana atlet sukan ini melihat kemusnahan stadium berlaku dihadapanya dan apa yang pelik adalah nama yang dipakai di jersinya adalah Ward..kebetulan atau tidak nama ini juga adalah nama kawasan di England (one of the districts into which certain English and Scottish boroughs are divided/Greater London is a ceremonial county made up of thirty-two London boroughs  and these divisions total 624 Wards

Bukti ketiga yang saya ingin kongsi adalah dari klip video lagu dari Kylie Minogue dan kesha yang juga mempunyai simbol bom akan diletupkan dikota London..

Klip video lagu Kylie Minogue berjudul timebom dan bertempat di kota london

Klip video lagu kesha pula berjudul blow dan mempunyai dua simbol bekenaan Olimpik dan London..simbol pertama adalah aksi tembak menembak mengeluarkan Cahaya pelangi(pelangi adalah simbol mascot olimpik)dan yang kedua adalah simbol Unicorn yang sebenarnya adalah simbol England juga
Simbol Unicorn Didalam Klip Video Kesha
Pelangi Simbol Maskot Olimpik 2012 
Bukti yang keempat adalah mengenai lagu kumpulan band yang akan digunakan pada pembukaan Olimpik 2012 di London adalah dari band bernama Clash dan tajuk lagu berjudul London Caling..lirik lagu ini sangat terang mengenai sesuatu yang dasyat akan berlaku di Olimpik..

The Clash’s ‘London Calling’ Makes For A Bizarre 2012 Olympics Ad
London calling to the faraway towns Now that war is declared and battle come down
London calling to the underworld(Alam Jin)
Come out of the cupboard, all you boys and girls
London calling, now don't look at us
All that phoney Beatlemania has bitten the dust
London calling, see we ain't got no swing
Cept for the ring of that truncheon thing
CHORUS
The ice age is coming, the sun is zooming in
Engines stop running(minyak naik) and the wheat is growing thin(makanan makin mahal)
A nuclear error,(Serangan Nuklear) but I have no fear
London is drowning-and I live by the river
London calling to the imitation zone
London calling upon the zombies of death
Quit holding out-and draw another breath
London calling-and I don't wanna shout
But when we were talking-I saw you nodding out
London calling, see we ain't got no highs
Except for that one with the yellowy eyes(Dajjal)

Dan bukti yang kelima adalah yang saya rasa sangat penting..seorang wartawan England yang telah menyamar dan memasuki menjadi Pekerja sekuriti di stadium olimpik menyatakan bahawa sistem sekuriti di taman Olimpik sangat lemah dan mendapat berita dari orang atasan yang menyatakan mereka mungkin perlu jalankan pengosongan  (evacuvation)  pengunjung  keluar dari kota London..dan yang paling menyeramkan adalah dia juga mendapat info mengenai 200 ribu keranda plastik telah dibawa masuk ke England dari Luar negara..Keranda plastik sebanyak 200 Ribu??nak wat apa??ni adalah persoalan yang sangat penting untuk di persoalkan..sila dengar interview radio ini..


Dan bukti yang terakhir ini tidak dapat dipastikan dengan betul tetapi pada 6 jun 2012 sistem pembentungan dan saliran air di bawah taman Olimpik ditutup untuk seminggu akibat kerosakan pada saluran air di taman Olimpik..(Certain stations will be completely closed for several days, including Hyde Park Corner and Marble Arch which will be closed for weeks at a time.)Adakah ini masanya mereka meletakan Bom-bom?

Selepas meneliti semua fakta dan bukti ini saya baru faham kenapa seorang pemuda yang bernama Rik Clay telah dibunuh(report polis mengatakan dia telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan hostelnya)dia merupakan orang pertama yang telah mendedahkan bukti mengenai simbol dan rancangan Ahli Jemaah Dajjal ini untuk Olimpik 2012 di London pada june 2008..(Rik Clay was murdered, and his blog removed just like that!!.)kata seorang yang mengenali Rik Clay..

Disini ada sesuatu yang menarik untuk difikirkan kerana kata kata Arnold Schwarzenegger yang mengatakan ada sesuatu yang besar akan berlaku di Olimpik dan Mikael Jackson juga sebelum dibunuh ada mengatakan tentang 2012 dan kita perlu memberitahu pada penonton di london sebelum terlambat saksikan klip video ini


Seperti yang kita tahu Sudah pasti Umat Islam yang digelar sebagai penganas akan dipersalahkan jikalau apa apa yang berlaku di London dan media akan memainkan peranan yang sangat penting untuk Memprogram minda seluruh dunia untuk membenci umat dan Agama Islam..tetapi didalam Filem V 4 Vendeta memberi bukti bahawa apa apa kejadian penganas adalah kerja Agensi perisikan atas arahan kerajaan itu sendiri

Kepada saudara islamku yang telah mengkritik saya dan cara saya..saya minta luangkan masa anda untuk menonton video ini agar dapat anda faham apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan..Terima Kasih..


"Kita sekarang berada di ambang transformasi global, apa yang kita inginkan adalah krisis besar dan bangsa-bangsa sedunia akan menerima New World Order" - David Rockefeller(Ahli Jemaah Dajjal)


Video yang sangat penting untuk ditonton oleh Anda..video ini adalah untuk Ahli yang baru menyertai kumpulan Ahli Jemaah Dajjal..Saksikan!!


THESE PLOTS CAN BE STOPPED IF ENOUGH PEOPLE BECOME AWARE OF THIS INFORMATION AND THE ‘ILLUMINATI’ ARE FORCED TO CANCEL THEIR PLANS..Saya harap sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyebarkan pada semua dan berharap dengan pendedahan ini kita tahu bahawa bukan umat Islam atau penganas Islam yang melaksanakan rancangan Ini dan dengan pendedahan ini Rancangan Ahli Jemaah Dajjal ini dapat dibatalkan kerana ramai yang sudah tahu rancangan mereka dan berdoa pada Allah SWT agar dapat MELINDUNGI Atlet sukan negara kita jikalau pekara yang tidak diingini berlaku di kota London..Allah yang Maha mengetahui..Sekian Wasalam

Wednesday, 11 July 2012

Politik,Pilihanraya,Demokrasi Dan SYIRIK

Disini saya akan membahaskan sesuatu yang sangat penting untuk kita fahami kerana ia berkaitan dengan dosa Syirik..ia adalah berkaitan dengan sistem Politik dan Pilihan Raya yang mengAgungkan istilah demokrasi(DEMO-CRAZY) yang asal ciptaanya adalah dari golongan yang pernah memerintah negara kita(Yakjuj dan Makjuj British)..Dan sistem demokrasi ini tidak mewakili cara sistem Islam yang sebenar..Dengan ini ramai yang masih belum sedar bahaya sistem ini pada umat dan negara Islam..InshaAllah saya akan membuktikan dakwaan saya mengenai sistem syirik yang kita laksanakan..Dan jikalau ada salah silap tolong beri komen anda dan betulkan dakwaan saya ini..




Sistem demokrasi ini telah diciptakan dan dilaksanakan oleh golongan Yakjuj dan Makjuj..dan jikalau kita memeluk sistem ini ke dalam sistem negara kita..kita juga akan tergolong dalam golongan Yakjuj dan Makjuj kerana semua manusia yang termasuk golongan mereka ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan oleh mereka..Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan pada sistem Islam jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi kuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah..

Disini saya akan sertakan dengan bukti dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..

 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini,Rasulullah SAW memberitahu bahawa di Akhir zaman nanti,umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani.Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman..Ini disebabkan mereka menafikan Al-Quran,sebagai perundangan di dalam sesebuah negara..

Bukti dari Al-Quran mengenai sistem yang Syirik ini..

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan Al-Masih Putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan(SYIRIK). At-Taubah 9:31)

“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasulullah membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'”(SYIRIK) (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).



Dengan mendalami ayat Quran tersebut bersama-sama dengan penafsiran melalui riwayat hadis di atas, kemudian dihubungkaitkan dengan realiti para pembuat hukum yang ada pada hari ini, kita dapat menyimpulkan bahawa 'tuhan-tuhan' selain Allah itu kini bukan hanya terdiri daripada para pendeta/rahib Yahudi dan Nasrani semata-mata, tetapi turut terdiri daripada wakil-wakil rakyat, penguasa dan orang-orang yang terlibat dengan pembuatan hukum selain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, ayat ini sebenarnya menegaskan tentang keharaman dalam melakukan perbuatan 'syirik' (menyekutukan Allah) dengan cara menjadikan manusia (para rahib dan pendeta) sebagai tandingan bagi Allah (sebagai 'tuhan-tuhan' selain Allah..
Sebagai Tuhan,DIA adalah zat yang wajib untuk disembah dan yang memiliki hak untuk membuat hukum.Firaun pada masa lalu telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'tuhan' dan mengambil alih peranan tersebut. Bagaimana pula dengan para wakil rakyat dan para penguasa dalam sistem demokrasi pada zaman ini yang mana secara jelas mereka dianggap sebagai satu-satunya pihak yang memiliki kuasa dalam membuat segala hukum? Mereka pada hakikatnya adalah sama dengan 'tuhan-tuhan' selain Allah..Secara zahirnya mereka memang tidak disembah oleh manusia. Namun, jika kita merujuk makna penyembahan sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW terhadap Adi bin Hatim dalam hadis di atas sebagai mentaati seluruh hukum-hukum buatan manusia, maka para wakil rakyat (termasuk para penguasa) juga merupakan 'tuhan-tuhan' yang disembah oleh manusia. Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, hukum-hukum yang mereka buat di Parlimen adalah wajib untuk ditaati oleh seluruh rakyat yang telah memilih dan mengangkat mereka sebagai wakil dan penguasa.

Masihkah Umat ini ingin terus mempertahankan sistem demokrasi yang secara jelas menghasilkan tuhan-tuhan palsu yang kemudian mereka taati seluruh hukum-hukum ciptaan mereka?! Mudah-mudahan Allah menjauhi dan melindungi kita semua daripada segala kesyirikan dan kejahatan..


Dari ayat diatas kita benar-benar dalam masalah yang besar pada hari ini kerana tanpa kita sedar kita sedang syirik dan akan tengelam bersama-sama dengan kafir yang menyembah berhala ke dalam neraka jahanam..

Mari kita lihat apa yang telah mereka(pemimpin) menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan menjadi syirik jikalau kita menyokong sesiapa sahaja yang menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan..

1: Kilang Arak diberi Lesen untuk beroperasi di Negara Kita.. 
2:Perjudian telah diberi lesen Seperti Nombor ekor(loteri) dan Kasino di Genting
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil.. 

6:Dan jikalau ini berterusan tidak lama lagi perkahwinan sesama jantina menjadi halal kerana desakan Hak asasi manusia kerana sistem demokrasi membenarkan


Kesemua pekara diatas yang telah Allah Haramkan telah Dihalalkan..dan hanya sistem Demokrasi yang sekular seperti di Negara kita sahaja yang membenarkan pekara diatas berlaku..Akibat dari sokongan kita dan juga perlaksanaan Sistem Demokrasi yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj ini akan menyebabkan kita memasuki Neraka Jahanam..bukti?

. "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj makjuj) untuk ditempatkan ke dalam neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani)..


Satu lagi Hadis Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan(sistem) mereka..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa pada Akhir Zaman nanti syirik adalah umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita..maksud Nabi Muhammad adalah syirik nanti akan sangat sangat susah untuk dikenali oleh kita..dan pada malam yang gelap gelita ini hanya dengan cahaya sahaja yang dapat dilihat semut itu..perumpamaan kepada syirik itu nanti hanya akan dapat dilihat dengan cahaya NUR Allah sahaja)dan dengan cahaya ini barulah kita dapat mengenal pasti syirik itu..

kita sebagai rakyat yang mengundi mereka dan mengikuti Arahan mereka telah pun melakukan Dosa Syirik dan bersama mereka akan dimasukan ke Neraka Jahannam untuk selama lamanya..

Perlukah kita taat pada pemimpin kita yang berlaku zalim?

Hadis Sahih Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..


Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”


Bagaimana dengan pilihan Raya dan Parti Islam yang memperjuangkan Hukum Allah?

Para pencinta agama(Parti Islam) terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan..Mereka masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand(Dajjal) tersenyum melihat perangkapnya mengenai Umat Islam..Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap,di sini pun perangkap….Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam” telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya terus berada dalam perangkap Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj apabila mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..Contoh akan saya berikan sekarang..


Parti Ikhwanul Muslimin memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara..Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri sudah tidak memenuhi kehendak syarak..

Di dalam sistem Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan, mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) kerana Khalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi..

Banyak gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi pilihan raya masih tidak sedar dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada. Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah ini..

Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Surah Al Araf :179


Jikalau kita masih berdegil dan memberi Alasan walaupun sudah diperingatkan mengenai syirik maka ketahuilah apa yang akan berlaku pada kita nanti..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh..An nisaa 4:116

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..An-Nisaa 4:97

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar... Al Anfaal 8:73

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Adakah kita sedar bahawa kita telah meninggalkan ajaran Islam secara kesuluruhannya..dan sedang menaiki sebuah kapal yang akan tengelam tidak lama lagi..kapal ini adalah kapal yang diberi nama yang istimewa iaitu kapal Pengamal syirik..dan seperti yang kita sedar syirik adalah satu dosa yang tidak akan dimaafkan oleh Allah S.W.T.. Saya bersyukur pada Allah S.W.T telah membuka mata dan hati saya,supaya dapat memberi peringatan kepada seluruh manusia dan berhati hati dengan bahaya yang sedang kita hadapi ini..Harapan saya kita Bersatu dan Keluar dari perangkap yang dipasang oleh Dajjal ini dan Mengikut AL-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan sepenuh hati kita....lihat lah pada hari ini apa yang telah DemoCrazy ini lakukan pada umat Islam yang bersaudara..Demi pilihan Raya demokrasi ini kita telah berpecah belah hanya kerana ideologi politik sambil memaki,memfitnah dan mengaibkan sesama umat Islam..ini lah rancangan mereka yang telah berjaya memecah belahkan kita umat Islam hanya kerana fahaman politik..

Nabi saw bersabda aku tinggalkan 2 pekara selagi kamu mematuhinya kamu tidak akan sesat..Kitab Allah(Al Quran)dan Sunnahku..

Thursday, 5 July 2012

Budaya Yakjuj dan Makjuj didalam Masyarakat kita

Budaya Yakjuj dan Makjuj yang saya ingin tekankan disini adalah mengenai budaya pakaian dan cara hidup didalam masyarakat kita pada Akhir zaman ini..kemana sahaja kita pergi pada hari ini kita umpama telah melupakan budaya Asal dan jati diri kita sebagai bangsa Melayu,India,Cina dan lain lain..kita lebih selesa dengan penampilan cara barat(GLOBAL) kerana kita anggap ia satu trend yang Cool dan hebat berbanding dengan trend bangsa kita..dan ada juga diantara kita yang berasa malu pada budaya sendiri..

Pada hari ini kita dapat lihat wanita yang paling ketara di Brainwash dengan budaya pakaian dan penampilan diri dari barat..disini saya akan buktikan dakwaan saya dan harap dapat memberi sedikit infomasi mengenai rancangan Yakjuj dan Makjuj terhadap wanita terutamanya wanita yang beragama Islam..

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan mereka meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan mereka..
Mari kita lihat bagaimana wanita hari ini telah di brainwash untuk mengikut gaya dan budaya mereka..dan tanpa segan silu mereka memakainya di khalayak ramai


Seluar jeans untuk wanita juga telah diciptakan agar kelihatan ketat dan seksi
Pakaian wanita Global yang telah menjadi ikutan masa kini
Masyarakat melayu juga minat pada baju kebaya tetapi adakah ia bersesuian dengan cara pemakaian seorang muslimah
Baju kebaya bukan untuk wanita islam
Bagaimana pula dengan fesyen yang moden yang dianggap biasa kerana hampir semua wanita yang memakainya kelihatan cantik..dan juga menjadi ikutan remaja kerana Artis-artis juga yang mempromokanya apabila berada didalam media massa




Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen (Didie Alias)

Lagi mengenai fesyen pakaian tetapi bukan seperti yang di atas..ini adalah rancangan yang lebih licik dari pereka fesyen Islam sendiri dan wanita Islam yang jahil dan cetek ilmu ini pula seperti tidak tahu menilai mana yang benar dan salah mengenai tertib pakaian muslimah dan apabila ia menjadi ikutan ramai wanita Islam seakan-akan tidak mempedulikannya..ini benar benar sedih kerana mereka melambangkan wanita Islam yang menutup aurat..

Kononya menutup Aurat tetapi masih jahil tentang Agama
Jubah Muslimah yang menjadi Trend
Lagi satu adalah gaya baru bertudung yang sangat jahil dan wanita memakainya tanpa rasa ingin tahu salah ke betul dan ia adalah benar benar serius kerana kemasukan anda ke syurga bergantung pada cara anda bertudung..


Pakaian yang salah dan tidak mengikut syarat muslimah
Tudung berbonggol Unta adalah Haram
“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Untuk mereka yang tidak tahu bagaimana hendak berpakaian seperti seorang Muslimah yang soleh lihat gambar di bawah ini..
Pakaian Muslimah yang sebenar



Dibawah ini pula saya akan menunjukkan bukti dan dakwaan bahawa masyarakat kita benar benar sedang menuju ke jalan yang Yakjuj dan Makjuj telah tetapkan untuk umat Islam yang mereka benci dan sentiasa mencari cara untuk menghilangkan tanda keIslaman kita..lihat lah bagaimana Rancangan Realiti yang merosakkan budaya dan Agama kita Rancak dipertontonkan di media massa dan mendapat sokongan dari remaja di zaman ini..

Budaya Yakjuj dan Makjuj Menjadi Biasa
Adakah ini masa depan yang kita mahu untuk Anak kita?

Adakah ini Jalan Yang ditujui oleh Remaja kita
Jenerasi jenis apa yang sedang dibina oleh kita pada hari ini
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*


Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj..
Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan.Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian seperti mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan yang harus diikuti..jikalau kita membiarkan pekara ini berlaku akan tergadailah bangsa dan Agama kita..

"Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah,siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj dan makjuj) untuk ditempatkan ke dalam Neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku.kamu adalah yang satu itu(mereka yang mengikut Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW)(jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih yang terdapat pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).




Gelombang Revolusi Feminism dan Budaya Pop yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj atas arahan Dajjal telah memasuki negara kita dan telah berakar umbi dengan teguh sekali sejak sekian lama..hanya dengan kesedaran dan perlaksanaan hukum Allah terhadap penyakit ini sahaja dapat kita menyelamatkan generasi yang akan datang dari gejala ini..harapan saya ibu bapa perlu lah berilmu dan mengambil berat terhadap anak anak mereka untuk mendapat pengetahuan tentang bahayanya budaya yang mereka sedang ikuti ini..yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita yang merosakkan segala pemberian Allah..Islam adalah ubat untuk segala penyakit..Wasalam..