widgeo.net

Wednesday, 11 July 2012

Politik,Pilihanraya,Demokrasi Dan SYIRIK

Disini saya akan membahaskan sesuatu yang sangat penting untuk kita fahami kerana ia berkaitan dengan dosa Syirik..ia adalah berkaitan dengan sistem Politik dan Pilihan Raya yang mengAgungkan istilah demokrasi(DEMO-CRAZY) yang asal ciptaanya adalah dari golongan yang pernah memerintah negara kita(Yakjuj dan Makjuj British)..Dan sistem demokrasi ini tidak mewakili cara sistem Islam yang sebenar..Dengan ini ramai yang masih belum sedar bahaya sistem ini pada umat dan negara Islam..InshaAllah saya akan membuktikan dakwaan saya mengenai sistem syirik yang kita laksanakan..Dan jikalau ada salah silap tolong beri komen anda dan betulkan dakwaan saya ini..




Sistem demokrasi ini telah diciptakan dan dilaksanakan oleh golongan Yakjuj dan Makjuj..dan jikalau kita memeluk sistem ini ke dalam sistem negara kita..kita juga akan tergolong dalam golongan Yakjuj dan Makjuj kerana semua manusia yang termasuk golongan mereka ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan oleh mereka..Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan pada sistem Islam jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi kuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah..

Disini saya akan sertakan dengan bukti dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..

 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini,Rasulullah SAW memberitahu bahawa di Akhir zaman nanti,umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani.Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman..Ini disebabkan mereka menafikan Al-Quran,sebagai perundangan di dalam sesebuah negara..

Bukti dari Al-Quran mengenai sistem yang Syirik ini..

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan Al-Masih Putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan(SYIRIK). At-Taubah 9:31)

“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasulullah membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'”(SYIRIK) (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).



Dengan mendalami ayat Quran tersebut bersama-sama dengan penafsiran melalui riwayat hadis di atas, kemudian dihubungkaitkan dengan realiti para pembuat hukum yang ada pada hari ini, kita dapat menyimpulkan bahawa 'tuhan-tuhan' selain Allah itu kini bukan hanya terdiri daripada para pendeta/rahib Yahudi dan Nasrani semata-mata, tetapi turut terdiri daripada wakil-wakil rakyat, penguasa dan orang-orang yang terlibat dengan pembuatan hukum selain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, ayat ini sebenarnya menegaskan tentang keharaman dalam melakukan perbuatan 'syirik' (menyekutukan Allah) dengan cara menjadikan manusia (para rahib dan pendeta) sebagai tandingan bagi Allah (sebagai 'tuhan-tuhan' selain Allah..
Sebagai Tuhan,DIA adalah zat yang wajib untuk disembah dan yang memiliki hak untuk membuat hukum.Firaun pada masa lalu telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'tuhan' dan mengambil alih peranan tersebut. Bagaimana pula dengan para wakil rakyat dan para penguasa dalam sistem demokrasi pada zaman ini yang mana secara jelas mereka dianggap sebagai satu-satunya pihak yang memiliki kuasa dalam membuat segala hukum? Mereka pada hakikatnya adalah sama dengan 'tuhan-tuhan' selain Allah..Secara zahirnya mereka memang tidak disembah oleh manusia. Namun, jika kita merujuk makna penyembahan sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW terhadap Adi bin Hatim dalam hadis di atas sebagai mentaati seluruh hukum-hukum buatan manusia, maka para wakil rakyat (termasuk para penguasa) juga merupakan 'tuhan-tuhan' yang disembah oleh manusia. Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, hukum-hukum yang mereka buat di Parlimen adalah wajib untuk ditaati oleh seluruh rakyat yang telah memilih dan mengangkat mereka sebagai wakil dan penguasa.

Masihkah Umat ini ingin terus mempertahankan sistem demokrasi yang secara jelas menghasilkan tuhan-tuhan palsu yang kemudian mereka taati seluruh hukum-hukum ciptaan mereka?! Mudah-mudahan Allah menjauhi dan melindungi kita semua daripada segala kesyirikan dan kejahatan..


Dari ayat diatas kita benar-benar dalam masalah yang besar pada hari ini kerana tanpa kita sedar kita sedang syirik dan akan tengelam bersama-sama dengan kafir yang menyembah berhala ke dalam neraka jahanam..

Mari kita lihat apa yang telah mereka(pemimpin) menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan menjadi syirik jikalau kita menyokong sesiapa sahaja yang menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan..

1: Kilang Arak diberi Lesen untuk beroperasi di Negara Kita.. 
2:Perjudian telah diberi lesen Seperti Nombor ekor(loteri) dan Kasino di Genting
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil.. 

6:Dan jikalau ini berterusan tidak lama lagi perkahwinan sesama jantina menjadi halal kerana desakan Hak asasi manusia kerana sistem demokrasi membenarkan


Kesemua pekara diatas yang telah Allah Haramkan telah Dihalalkan..dan hanya sistem Demokrasi yang sekular seperti di Negara kita sahaja yang membenarkan pekara diatas berlaku..Akibat dari sokongan kita dan juga perlaksanaan Sistem Demokrasi yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj ini akan menyebabkan kita memasuki Neraka Jahanam..bukti?

. "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj makjuj) untuk ditempatkan ke dalam neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani)..


Satu lagi Hadis Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan(sistem) mereka..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa pada Akhir Zaman nanti syirik adalah umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita..maksud Nabi Muhammad adalah syirik nanti akan sangat sangat susah untuk dikenali oleh kita..dan pada malam yang gelap gelita ini hanya dengan cahaya sahaja yang dapat dilihat semut itu..perumpamaan kepada syirik itu nanti hanya akan dapat dilihat dengan cahaya NUR Allah sahaja)dan dengan cahaya ini barulah kita dapat mengenal pasti syirik itu..

kita sebagai rakyat yang mengundi mereka dan mengikuti Arahan mereka telah pun melakukan Dosa Syirik dan bersama mereka akan dimasukan ke Neraka Jahannam untuk selama lamanya..

Perlukah kita taat pada pemimpin kita yang berlaku zalim?

Hadis Sahih Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..


Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”


Bagaimana dengan pilihan Raya dan Parti Islam yang memperjuangkan Hukum Allah?

Para pencinta agama(Parti Islam) terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan..Mereka masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand(Dajjal) tersenyum melihat perangkapnya mengenai Umat Islam..Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap,di sini pun perangkap….Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam” telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya terus berada dalam perangkap Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj apabila mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..Contoh akan saya berikan sekarang..


Parti Ikhwanul Muslimin memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara..Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri sudah tidak memenuhi kehendak syarak..

Di dalam sistem Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan, mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) kerana Khalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi..

Banyak gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi pilihan raya masih tidak sedar dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada. Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah ini..

Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Surah Al Araf :179


Jikalau kita masih berdegil dan memberi Alasan walaupun sudah diperingatkan mengenai syirik maka ketahuilah apa yang akan berlaku pada kita nanti..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh..An nisaa 4:116

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..An-Nisaa 4:97

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar... Al Anfaal 8:73

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Adakah kita sedar bahawa kita telah meninggalkan ajaran Islam secara kesuluruhannya..dan sedang menaiki sebuah kapal yang akan tengelam tidak lama lagi..kapal ini adalah kapal yang diberi nama yang istimewa iaitu kapal Pengamal syirik..dan seperti yang kita sedar syirik adalah satu dosa yang tidak akan dimaafkan oleh Allah S.W.T.. Saya bersyukur pada Allah S.W.T telah membuka mata dan hati saya,supaya dapat memberi peringatan kepada seluruh manusia dan berhati hati dengan bahaya yang sedang kita hadapi ini..Harapan saya kita Bersatu dan Keluar dari perangkap yang dipasang oleh Dajjal ini dan Mengikut AL-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan sepenuh hati kita....lihat lah pada hari ini apa yang telah DemoCrazy ini lakukan pada umat Islam yang bersaudara..Demi pilihan Raya demokrasi ini kita telah berpecah belah hanya kerana ideologi politik sambil memaki,memfitnah dan mengaibkan sesama umat Islam..ini lah rancangan mereka yang telah berjaya memecah belahkan kita umat Islam hanya kerana fahaman politik..

Nabi saw bersabda aku tinggalkan 2 pekara selagi kamu mematuhinya kamu tidak akan sesat..Kitab Allah(Al Quran)dan Sunnahku..

48 comments:

  1. islam ajar kita supaya berdakwh mengikut kesesuaian keadaan..di malaysia,bg melaksanakan islam,cara yg paling sesuai adalah melalui demokrasi..adakah kita perlu angkat senjata bg menegakkn islam di malaysia disebbkan menolak demokrasi?pastinya TIDAK! berkenaan ikhwanul muslimin,sepatutnya anda sbg umat islam berbangga dengan kemenangan jemaah islam ini.. jgn tulis sesedap rasa..rujuk penjelasan ulamak..tanpa ulamak,kita tidak akan faham maksud dan intipati sebenar al-quran dan hadis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan pasal dakwah la..ini pasal sistem perundanggan la..pelik bahasa melayu pun tak faham..

      Delete
    2. Mereka menyatakan dalil mengambil demokrasi sebagai tuntutan zaman. Kita harus mengikut agama, bukannya AGAMA HARUS Mengikut KESESUAIAN ZAMAN, kerana agama itu sesuai untuk semua zaman.
      Jika demokrasi itu dibenarkan dalam agama, maka kita semua akan jadi pemuas kehendak-kehendak masyarakat. Jika rakyat mahukan hiburan, maka kita akan menghidangkannya untuk meraih undi. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat, sebaliknya ulamak akan diubah oleh masyarakat sedikit demi sedikit.

      Delete
    3. bila manusia tertanam demokrasi dalam hati..mnjadi lh seprti diatas..umat islam pun akan dicaci dihina..semua demokrasi..mati hidup demokrasi...ikut akhlak nabi Muhammad S.A.W barulah politik yg benar..

      Delete
    4. Mesir masih mengekalkan perundangan penjajah sehingga kini! Malah hudud pun tidak dilaksanakan! Arak boleh diminum secara terbuka! Adakah Mesir yang hari ini diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin masih relevan dan Islamik??

      Delete
    5. saya menghormati pandangan anda kerana menyampaikan pendapat ini kepada orang ramai....
      Berdakwah terdapat pelbagai cara dan lakukan lah dengan cara terbaik dan bersungguh-sungguh

      Janganlah kita sesama umat bercanggah disebabkan perkara ini
      Yang pastinya, jangan lah kita bersuara tanpa tindakan, bertindak tanpa berfikir, dan tidak mengkaji sejarah untuk kegunaan semasa

      Delete
    6. masalah dia skrg sistem demokrasi bukn sistem islam..
      sistem org yahudi..
      islam tkkan menang dengan cara sistem kafir..
      ad faham?
      (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). surah as sajdah ayat 18

      Delete
    7. So mana Hudud?...Apa yang Hadi Awang buat..!?!..Cakap banyak..Hudud pub tak nampak...Kenapa tunding jari pada org lain...Sedangkan Najib(UMNO) yg berkuasa!...Hadi Kenyang perut makan dedak...Isu rakyat ditindas sudah tidak memjadi kepentingan buat Pa$..Malah Pa$ sibuk melacurkan agama dan hadis utk kepentingan peribadi..!...Tell u what...Words Are Cheap Noawadays...Action Speaks Louder Than Words..! So Dont Brag Too Much..!..PROVE IT!

      Delete
  2. "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-araf:179)

    kata-kata saudara ada logiknya... pernah baginda Rasullulah bersabda bahawa akan datang suatu masa, Islam akan kembali menjadi asing sebagaimana mula-mula ia datang. Jadi tersngtlah beruntung saudara kerana diberi pencerahan oleh Allah. Semoga kami yang masih dalam kesamaran juga diberi pencerahan yang sama, supaya dapat lari dari penipuan dan fitnah akhir zaman ini.

    "tunjuki kami akan jalan yang lurus, yakni jalan yang Engkau berikan nikmat kepda mereka (orng2 yg diredhai) , bukan (jalan) orng2 yang dimurkai dan bukan pula orng2 yang sesat." (alfatihah: 6-7)

    ReplyDelete
  3. http://kemunculan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. pergi haji naik unta la bro,,,kapal terbang kan dicipta yahudi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi bodoh. Unta x boleh berenang laut yg luas dan dalam. Kan kapal laut masih ada wahai unta yg bebal? lol

      Delete
    2. salam,doa nabi ketika naik unta ialah doa naik KENDERAAN,didalamnya pun disebut KENDERAAN,bukan UNTA..ini la bukti tiada satu kesilapan pun atas sunnah insyaAllah..bila ada manusia sebut2 nabi,selalu akan datang manusia lain dgn menyebut2 unta untuk buktikan sesuatu..lihatlah doa naik kenderaan yg di ajar nabi saw jika saya berbohong,nabi sebut unta atau kenderaan?kapal ke mekah itu bukan kenderaan?

      Delete
    3. salam,yahudi cipta cipta moto basikal,kamu pakaila,bila yahudi cipta "jalan" alternative untuk bina agama kamu la yg kamu kene tolak..selamat berpuasa,salam..

      Delete
  5. bro...apa latar belakang pendidikan ko...Mesir? Jordan? Arab Saudi? Tahfiz? Pondok?...cube citer skit...nampak cam terer jer MENGHURAI terjemahan hadis...hurai sendiri ke...ada sumber huraian x...kalu ada tolong share...sesedap hati jer mensyirikkan orang...
    orang BN sembahyang sembah Najib ker!?...orang PAS sembahyang sembah Nik Aziz ke!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak mensyirikkan sesiapa pun..Saya hanya menyampaikan apa yang telah lama ulamak2 dari negara lain pertikaikan tentang sistem demokrasi dan negara sekular yg terdapat pada hari ini..kalau saudara ingin mengundi..saya tidak menghalang dan terpulang pada individu masing masing untuk menerima Artikel ini..tugas saya telah selesai dengan menyampaikanya..dan saya ingin menasihati..Apabila saudara telah masuk kubur dan sedar telah syirik jangan pula kata pada malaikat yang anda tidak tahu mengenai pekara ini..terima lah sebagai seorang lelaki sejati pada hari itu..Allah yang Maha mengetahui..sekian Wasalam

      Delete
    2. anon .. kan ada video dari ulama luar tu .. nengok la .. bukan baca je .. dengar dan nengok video tu .. ni bukan pasal malaysia semata2 .. tapi negara2 islam lain di dunia yg mengguna pakai sistem pentadbiran demokrasi dalam negara mereka ..

      Delete
  6. faham tak apa yang sedara kita nak sampaikan.... beliau kata sistem tersebut mensyirikkan Allah kerana menghalalkan yang haram juga mengubah hukum2 Allah SWT... jadi ada akan jadi syirik kerana mengikut sistem tersebut... ai ... tak kan itu pun tak boleh nak faham...

    ReplyDelete
  7. mari kira semua menyokong tuan blog menjadi Perdana Menteri Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorg lg anon yg bodoh cuba bermuka bijak. 1 saja, Bodoh.

      Delete
  8. Pelik-pelik...masih ada yg sibuk nak bertanya latar belakang seseorang apabila membuat pendedahan dan menyampaikan kebenaran tentang dunia sebenar dgn berlandaskan dalil2 dari Allah S.W.T...Nabi Muhammad dulu pon bkn lulusan dr universiti unggul dunia...agaknya mcm ni la jgk dulu dia dipertikaikan oleh rakyat kota mekah bila nak menyampaikan kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak samakan Nabi dengan tuan blog ke?
      bro...Nabi menerima ilmu yakni wahyu secara terus daripada Allah S.W.T...zaman tu xde universiti pn lagi...zaman sekarang (yg dah nak kiamat ni) ilmu diperturunkan melalui institusi daripada pelbagai bidang i.e ilmu agama, sains, kemanusiaan dan mcm2 lagi...institusi tu xkisah la apa pun asalkan benar2 berkelayakan hatta sekolah pondok pun...nk menyampaikan kebenaran sekalipun mesti kena ada ilmu...mungkin sebab tu bro kt atas tu tanya apa kelulusan tuan blog...menuntut ilmu tanpa guru korang semua paham2 je la ...tuan blog banyak mentafsir hadith...byk menyampaikan apa yg "tersirat"...jadi perlu jugak kita tahu latar belakang dia utk meyakinkan pembaca apa yg disampaikan adalah betul atau imaginasi semata-mata...nak memasak pun kena belajar gak beb...org buat bisnes skim cpat kaya tipu sana sini pun pandai guna hadith gak...mungkin itu yg terlintas kt benak bro diatas tu bertanya...cuma cara bertanya tu kasar ckit...

      Delete
  9. assalamualaikum .. saudara2 ngk tak video yang di sertakan sekali tuh ? lepas tu sambung2an video tersebut yg ada kat youtube yg tidak di sertakan tu .. itu dari ulama luar negara .. ni kita bukan citer pasal negara kita saja (padahal negara kita ni umpama secubit gula dalam tabung gula je .. bagi makna yg sedikit atas kejayaan puak kuffah di zaman ini) ..sebenarnya pendedahan ni bahkan mencakupi kepada seluruh dunia sekarang yang mengguna pakai sistem pentadbiran demokrasi .. yang terang2 di bawa oleh puak kuffah .,. di cipta yahudi .. untuk mencapai matlamat dan keinginan nya .. sedikit demi sedikit kita dah lari dari kehidupan islam yang sebenar yang di bawa rasulullah saw .. bahkan sistem pentadbiran/politik yg di bawa oleh rasulullah saw adalah khalifah .. dan pentadbiran khalifah banyak beza dengan demokrasi .. terlalu berbeza .. even demokrasi skrg pun sudah tidak demokrasi .. wujudnya puak penentang dan puak mempertahankan .. bila jadi nya perkara ini .. berlaku perselihan pendapat .. perpecahan kaum.. bersalahan sesama islam .. bahkan islam menegah kita sesama islam dari berpecah .. memutuskan silaturrahim .. dsbgnya .. renung2kan .. ambil la kenyataan ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan saudara..sistem islam dan perundangan yang Allah berikan adalah yang terunggul didunia..tak perlu lah nak pakai sistem kapir yang dilaknat 2..harap2 kita umat islam bersatu dengan sistem islam yang sejati lagi hebat..Sunnah dan Al quran ada jawapannya..ulamak kena memainkan peranan yang penting untuk mencari jawapanya..jgn makan gaji n bodek je..

      Delete
  10. kita menerima sistem yang dibawa masuk oleh lord william reid ataupun suruhanjaya reid semasa tanah melayu mendapatkan kemerdekaan daripada british pada tahun 1957.disitulah bermula segalanya..dan semakin teruk..demokrasi umpama candu dalam masyarakat kita hari ini.satu pencapaian yang sangat membimbangkan.islam tidak akan bersatu dibawah payung demokrasi,dan khalifah Imam Mahdi R.A tidak akan muncul selagi tidak tertegak nya khilafah dibumi ini.ini adalah kenyataan yang sah!!maka bermula lah dari sedikit,kerana dari yang sedikit akan bercantum dan bersatu dan seterusnya akan menguatkan sistem khalifah dibumi ini..masanya dah tiba....

    ReplyDelete
  11. Sekarang kita melihat ulama-ulama politik mendekati golongan tak bermoral untuk meraih undi, bukannya menasihati atau memperbetulkan mereka. Bagaimana ulama-ulama politik yang dahulunya tegas menjadi liberal hanya kerana undi golongan sekular. Bagaimana ulama-ulama politik boleh bersekongkol dengan musuh-musuh nyata Islam hanya kerana undi, bukannya untuk menyampaikan agama. Dan mereka mengelabui pemikiran masyarakat awam yang jahil dengan hujah-hujah yang bathil untuk menghalalkan tindakan mereka.
    Tugas mereka berdakwah, tetapi mereka tidak sedar mereka telah didakwah secara halus oleh musuh-musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam.

    ReplyDelete
  12. salam...semua planet , matahari , bulan , bintang , binatang dll bergerak dan hidup mengikut atutan/hukum allah . tapi apa ke bongok manusia pulak nak buat hukum sendiri ? nak tunjuk pandai dgn allah , tak nak rujuk al quran , apa ke bahlul , nak pergi marikh pun terkial-kial , nak booking neraka apa , nb mohamad pun pakai al quran , nak tunjuk pandai , pergi lah masuk neraka sorang-sorang jangan ajak org lain

    ReplyDelete
  13. Salam, xpayah la nak gaduh. Tuan blog nie sekadar nak bercerita kepada kita apa yg dia & org lain nampak. Kalau ada sesapa antara kita yg masih xnmpk & berkeras dgn pendapat sendiri, itu terserah kepada anda & anda boleh menilainya. Tujuan penyampaian & penulisan sudah jelas tertulis. Kalau anda boleh nak mencari dlm laman web mengenai tajuk yg berkaitan dgn 'Sistem Demokrasi' & terjumpa blog ini, maknanya anda setapak untuk menjelaskan teka-teki dlm minda anda itu. Seperti saya jugak la, mencari makna demokrasi kerana bagi saya ada sesuatu 'missing puzzle' dari sistem ciptaan manusia ini. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  14. Cuba pikir cara simple....dlm democrazy...kalau 2/3 ahli dlm parlimen decide yang judi bola or riba' yg ada dlm sistem perbankkan skg nie HALAL...amacam?...fikir2kan...itulah apabila akibatnya apabila manusia dibenarkan membuat hukum...akhirnya nafsu akan mengambil alih...hukum Tuhan yang jelas HARAMnya pun buleh jadi 'HALAL'...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana Democrazy ini negara tercinta kita ni hampir jatuh ke tangan Dajjal..org cina bersatu..kita melayu tak habis2 fitnah sana sini..sedar lah wahai Umat Islam..kenapa tak nak bersatu..Musuh Islam semua dah bersatu..kalau tak faham2 lagi saya pun tak tau nak ckp ape dah..

      Delete
  15. As salam..ok sekarang kita sebagai rakyat apa perlu buat menentang demokrasi tambahan dengan kerajaan negara yang zalim kita ada sekarang?mohon dibenteras atau bagaimana?mohon pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang zalim bro?negara kita macam syria ke bro?sikit2 zalim..kalau zalim sek agama takde..ulamak tkde,pas tkde..ustaz azhar idrus pun tk boleh berdakwah..lu fikir la sendiri kan ada otak..jgan dengar ckp ulamak munafik je bro..lagi2 si Nuar penipu 2

      Delete
  16. so cuba bagi penyelesaian, mcm mana kita nak betulkan semua ni.. mcm mana kita semua nak balik ke jalan islam? rasanya pemimpin baca x blog mcm ni? apa yg kita boleh buat?

    ReplyDelete
  17. dah sampai masanya kita semua tolak sistem demokrasi ni..
    meh degar apa pak lan cakap perihal demokrasi..
    http://www.youtube.com/watch?v=G2i1fPvvtpM

    ReplyDelete
  18. aku anti demokrasi bawaan barat
    artikel ni memang betul.
    aku jijik melihat saudara2ku yg memuja demokrasi.
    terutama macai yang cincai.
    bodoh betul mereka semua nih. lembu2 bodoh yg sedia untuk disembelih.
    1 jer gelaran yg layak bagi umat islam yg menyokong demokrasi(bawaan barat nih)

    B.O.D.O.H

    ReplyDelete
  19. aku suka sangat artikal ni....kelantan, kedah, selangor...masih tx boleh laksanakan hukum syariat..padahal sudah menang pilihanraya...inilah demokrasi terpaksa kalah dengan sistem walaupun telah menang..nak cuci perigi buruk tapi kena masuk kedalamnya..inilah masalah demokrasi tajaan barat...amerika bergadai berbilion dollar untuk tegakkan demokrasi tajaannya diseluruh tanah arab tapi kita masih tak dapat lihat...ikutlah sunnah. Kita dipaksa undi orang yang aklak tx elok atas alasan dia adalah parti kita atau parti perikatan..padahal jika ikut sunnah kita kena pilih orang yang ada iman, aklak dan ilmu.Last-last akan ada orang yang memerintah negara kita yang tiada iman, aklak teruk, tiada ilmu atau orang kafir yang sebenarnya kitalah yang undi mereka kerana parti telah tetapkan orang ini yang perlu diundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. negeri2 yg anda sebutkan tu tertakluk pada kerajaan persekutuan lah BODOH. ingat boleh suka2 je ke ? kalau blh buat undang2 sendiri, dah lama selangor , kelantan , kedah turunkan harga minyak!!! pasal apa x turun2 lagi? pasal kuasa untuk menurunkan harga TERLETAK PADA KERAJAAN PERSEKUTUAN...hadoi la...

      Delete
  20. IKUTILAH JALAN KEBENARAN ITU JANGAN HIRAUKAN WALAUPUN SEDIKIT ORANG MENGIKUTINYA!JAUHKANLAH DIRIMU DARI JALAN JALAN KESESATAN DAN JANGANLAH TERPESONA DENGAN BANYAKNYA ORANG ORANG YANG MENEMPUH JALAN KEBINASAAN! -----

    ReplyDelete
  21. Salam.pembaca sekalian, jgn bermusuh sesama islam.jgn mempertikaikan ayat alquran dan hadith.bumi kita huni ni dah terlalu uzur.dari makhluk yg menghuni bumi sblum nabi adam sehinggalah nabi adam diturunkan sebagai khalifah dan sehinggalah nabi muhammad SAW yg terakhir dan sesudah itu telah byk tanda2 kiamat semakin hampir.ulamak2 semakin dipinggirkan berbanding artis atau ahli politik.buka mata dan hati dan selalulah berdoa agar dilindungi ALLAH dr fitnah dajjal yg berleluasa sekarang dan mohonlah hidayah dn petunjuk agar kita selamat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum!

    UMNO dan PAS yang mengamalkan sistem politik demokrasi adalah terlibat dalam melakukan berbagai-bagai bentuk syirik seperti berikut :

    1. Menyerahkan kuasa pemerintahan kpd manusia.

    2. Membuat undang-undang manusia.

    3. Menjalankan undang-undang manusia.

    4. Mentaati undang-undang manusia.

    5. Setuju dan redha kpd undang-undang manusia.

    Syirik tanpa taubat akan masuk neraka. Ramai yg akan masuk neraka termasuk para mufti dan ulama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO dah tentu faham secular.Yang aku hairan ni PAS pun ikut demokrasi juga .Jadi bagitu PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

      Delete
    2. Bush kata kita tidak boleh lawan extremist ugama dengan senjata dan bom sahaja kita lawan dengan menyebarkan demokrasi ka seluruh dunia.

      Delete
  23. Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak MEMPUNYAI SEBARANG SEKUTU DALAM PEMERINTAHanNYA; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.(Al-Furqaan 25:2)

    ReplyDelete
  24. good explanation..maklumat yg sgt2 jelas..btl2 mencerahkan minda sya..sistem democracy mmg mengkucar kacirkan..bila la sistem khalifah akan tertegak..kita tggu je la..ia akn pasti tertegak..keep it up bro..teruskan dakwah2 sebegini..jgn hiraukan tohmahan org yg xblh terima kenyataan tu..jrg org berdakwah or memberi peringatan ttg perkara sebegini..kebanyakan peringatan ttg islam dan keimanan..dorg xtaw betapa bahayanya rahsia2 yg sdg dilakukan oleh musuh2 kita..kta mmg xsedar lngsg..mmg sukar utk mempercayainya tp kita manusia Allah tlh berikan akal utk berfikir..cubala fkir secara positif..sumanya suda dinyatakan dlm al quran n hadis nabi..wlpn xnmpk secara lngsng or ssh utk difahami kebenarannya tp ianya nak kita berfikir secara mendlm..zaman skg adalh zaman yg penuh fitnah dan penipuan..thnks to admin atas dakwah n peringatan ini..teruskan mendedah perkara2 yg blaku didunia ini tanpa kita sedari..

    ReplyDelete
  25. Assalam..penat la bc komen yg negativ ni..pls la..xbokeh terima pndpt tuan blog .sila belah yer..jgn anter komen anda..menyibuk weeii..

    ReplyDelete
  26. Saya pernah dengar satu tamsilan..Alangkah kurang bijak jika kita gunakan mangkuk tandas sebagai tempat mengisi air..walaupun mangkuk tandas itu baru dibeli di kedai hardware. Walaupun nampak canggih dan boleh diketengahkan supaya mangkuk tandas dijadikan bekas minuman..tetapi jika diperhalusi ia masih tampak kurang bijak..hee!

    ReplyDelete

  27. , وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
    Walan tardho 'ankal yahudu walan nasharo hatta tattabi'a millatahum, "Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

    ReplyDelete