Sunday, 23 September 2012

Keperibadian Dan Sifat Yang Terpuji Nabi Muhammad SAW

Dunia Islam kini sungguh marah dan sedih dengan pembikinan Filem "INNOCENCE OF MUSLIMS" yang mengikut pendapat saya adalah Rancangan teliti musuh Islam terhadap Agama dan Umat Islam yang kini makin berkembang di Eropah dan Amerika, Musuh Islam kini sudah tersepit dan tidak mempunyai cara lain lagi untuk menghalang perkembangan Islam dan terpaksa mengunakan cara yang murah dan kotor ini untuk memfitnah keperibadian Nabi kita Muhammad SAW..

Sekarang dengan segala Fitnah yang sedang berlaku ke atas Nabi kita Muhammad SAW dan Agama Islam..kita Generasi Islam masa kini perlu bangun dan mempertahankan Nabi dan Agama kita dengan sedaya upaya kita,kita perlu kaji dan kenali Nabi Muhammad SAW dan kita perlu berdakwah agar manusia dapat mengenali Nabi kita Muhammad SAW yang sebenar dan ini adalah peluang yang Allah SWT telah memberi kepada kita..jangan sia siakan peluang ini..Bangkit Wahai Muslim!!! dimana sahaja anda berada bangun dan sebarkan dakwah keperibadian Manusia yang terunggul ini Muhammad SAW..

Ini adalah saudara kita dari Amerika yang telah lama berusaha memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada dunia barat..Dengarkan Dakwahnya..

Wahai Muslim dan yang bukan Muslim kenali lah Muhammad SAW dari sumber yang benar lagi terbukti..


Kita Umat Islam sepatutnya berasa beruntung dan bangga kerana kita mempunyai seorang Nabi yang begitu prihatin terhadap Umatnya dan telah memberi kita satu cara hidup yang tiada tandingannya..kepada Muslimin dimana sahaja anda berada berselawat lah keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW mudah mudahan kita mendapat syafaatnya..

Dengarkan lah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW di DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH,

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Juga kepada umat Islam dunia jangan lah anda masuk kedalam perangkap yang telah musuh Islam ini Rancangkan dengan menunjukkan keganasan dengan merosakkan harta benda atau mengambil nyawa orang..Memang benar kita berhak berasa marah, sedih dan geram tetapi bukan dengan cara keganasan kerana tindakan kita ini adalah rancangan sebenar mereka yang ingin menunjukkan pada dunia bahawa kita umat Islam suka pada keganasan dan suka bertindak dengan emosi..kita seharusnya bertenang,sabar dan mengunakan cara yang lebih efektif iaitu berdakwah pada kaum lain mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW yang sebenar..

Kepada Musuh Islam kamu perlu tahu bahawa Nabi kami Muhammad SAW adalah Manusia yang terpuji sejak diciptakan..dan kamu musuh Islam tidak boleh sesekali mengambil kepujian itu dari Muhammad SAW walau apa pun yang kamu lakukan tidak ada apa pun didunia ini boleh mengambil kepujian dan kehormatan Nabi kami..No Cartoon,No Filem,No Artikel can take away Our Nabi SAW Honour dan Rancangan kamu adalah sia sia kerana Nabi Muhammad SAW will Always be The Most blessed Man In the Universe Nothing Can Change That !!!

No comments:

Post a Comment