Wednesday, 23 July 2014

Serangan DAJJAL Telah Bermula Ke Atas Malaysia

Assalamualaikum kepada saudara saudari Sekalian..kita sekali lagi digemparkan dengan serangan PENGANAS terhadap Malaysia dan seperti kita sedia Maklum 4 bulan yang lepas kita telah diserang oleh PENGGANAS yang sama apabila mereka telah merampas pesawat MH370.Apa yang ingin saya terangkan disini adalah supaya kita semua dapat faham bahawa tiada apa yang berlaku secara kebetulan apabila Ahli Jemaah Dajjal yang menjadi dalang sesuatu rancangan..
Disini saya akan menerangkan mengikut kajian dan pendapat saya mengenai kejadian serangan mereka yang terbaru ini terhadap Malaysia..terpulang kepada mana mana individu sama ada hendak menerima atau menolak pendapat saya ini..

Saya berpendapat bahawa pesawat MH17 tidak diserang dengan menggunakan pelancar peluru berpandu BUK seperti yang diwar-warkan oleh media,tetapi diserang menggunakan senjata terbaru dari Amerika Syarikat iaitu senjata Laws(iaitu Senjata Laser berkuasa tinggi)..kerana jikalau mereka menggunakan pelancar peluru
berpandu BUK, ia akan dapat dikesan oleh radar dan satelit Rusia yang sedang dalam tinjauan seluruh ruang angkasa Ukraine dan Rusia.Dan Rusia pula akan dapat membuktikan dari mana serangan itu berpunca..tetapi jika mereka menggunakan LAWS ia tidak akan dapat dikesan..dengan cara ini baru lah pihak Amerika dan sekutunya dapat menyalahkan Rusia agar mendapat alasan untuk memburukkan imej Rusia dimata dunia..
LAWS Senjata Laser berkuasa tinggi

Tonton video dibawah ini agar dapat memahami dengan lebih lanjut..

Siaran media CNN menjadi dalang pertama dalam memfitnah Rusia menembak jatuh kapal penumpang pada pukul 10malam waktu Malaysia tanpa apa apa bukti yang kukuh..dan CNN terus melakukan simulasi video bagaimana Militan pro Rusia menembak jatuh MH17 dengan mengunakan pelancar peluru berpandu BUK buatan Rusia..Jikalau benar peluru berpandu BUK digunakan, kita perlu faham hanya dengan Coded Radar Response dari Transponder Signal pesawat sahaja dapat mengenal pasti sesebuah kapal terbang..maka dengan ini mereka tidak dapat melakukan kesilapan dalam menjatuhkan pesawat MH17 kerana ia akan terbukti sebuah pesawat penumpang didalam sistem peluru berpandu BUK itu dan juga peluru berpandu BUK akan menghasilkan kepulan Asap yang amat ketara, dan tidak ada mana mana pihak yang telah menunjukkan bukti buat masa ini..



Kita juga telah mendapat satu sumber dari jabatan ketenteraan Rusia yang mengatakan bahawa pesawat MH17 diarahkan oleh Ukraine Air Traffic Controller untuk menyimpang 14km dari laluan penerbangan awam..ini adalah sangat misteri dan ia perlu disiasat oleh pihak MAS dan kerajaan Malaysia..
According to Pravda News (pravdanews.info) just before the collapse of Malaysia Airlines Flight MH17, an Air India Dreamliner enroute Birmingham from New Delhi heard the Ukraine ATC ask MH17 to change route.

Selain dari menganalisa kotak hitam, Badan penyiasat Malaysia perlu juga meminta segala data dari syarikat Boeing kerana mereka pasti mempunyai data sama ada MH17 telah diserang menggunakan Roket atau tidak..

Satu lagi perkara yang penting yang perlu kita ketahui adalah kenapa Malaysia telah dijadikan mangsa oleh Ahli Jemaah Dajjal adalah kerana Malaysia merupakan satu satunya negara Islam yang mempunyai keberanian bersuara di PBB dan di media dunia mengenai hak rakyat Palestin. selain itu negara Malaysia juga telah mengadakan Tribunal Jenayah Perang pada tahun 2011 terhadap George Bush Jr dan Tony Blair,dan mereka telah didapati bersalah atas jenayah terhadap keamanan, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Afganistan dan Iraq..sekali lagi Malaysia telah melaksanakan Tribunal Jenayah perang pada 2013 terhadap General Amos Yaron dan negara Haram Israel, dan didapati bersalah dalam melakukan jenayah perang,jenayah terhadap kemanusian dan pembunuhan beramai-ramai..

 The tribunal found George Bush and Tony Blair guilty of crimes against peace, crimes against humanity, and genocide as a result of their roles in the Iraq War.

“The Tribunal is satisfied, beyond reasonable doubt, that the first defendant, [General] Amos Yaron, is guilty of crimes against humanity and genocide, and the second defendant, the State of Israel, is guilty of genocide.”

Maka dari sini sesiapa yang mempunyai akal pasti akan sedar bahawa selepas anda telah menentang Ahli Jemaah Dajjal dan memalukan mereka dipentas dunia, sudah pasti mereka akan membalas dendam terhadap pelaku mereka..maka pendapat saya adalah serangan terhadap MH370 dan MH17 merupakan permulaan pembalasan mereka terhadap negara Malaysia..dalam diam mereka sedang memberi amaran kepada Malaysia dan Malaysia perlu berwaspada dimasa hadapan..

Kita juga perlu faham dimana kita tidak boleh mengharapkan Amerika atau sekutunya untuk mencari bukti yang boleh dipercayai atau pun bukti yang diserahkan kepada kita..ini adalah kerana apa sahaja siasatan bebas yang berlaku, akan dimanipulasikan oleh mereka..oleh itu saya menasihati kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak Rusia untuk mendapatkan bukti kejadian ini..kerana Rusia adalah lebih komited dan jujur dalam kejadian ini kerana mereka merupakan pihak yang difitnah oleh Amerika dan Sekutunya..
Media Antarabangsa Memfitnah Rusia
Dari sekarang rakyat malaysia perlu proaktif dalam menilai apa sahaja maklumat yang diterima dari media-media antarabangsa atau tempatan kerana anda belum tentu akan diberi infomasi yang benar dari mereka,kerana Ahli Jemaah Dajjal juga sedang merancanakan satu rancangan untuk menarik Malaysia masuk ke dalam kancah perang yang mereka akan cipta dari kejadian MH17 ini..kita dan kerajaan Malaysia perlu berwaspada dan dengan apa saja cara pun perlu mengelak daripada terjerumus ke dalam peperangan yang bakal berlaku..Sekian dari saya Wassalam..

Thursday, 10 July 2014

Khilafah Islam dari Disneyland

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Khilafah Islam dari Disneyland 
Berita terbaru yang kita dapat dari Iraq, iaitu terbinanya kembali negara khilafah dan pelantikan khalifah benar-benar sepadan dengan perancangan Zionis tersebut. Kita sekarang dapat menjangka akan berlakunya beberapa kejadian yang mengemparkan yang akan memberikan peluang kepada Israel untuk melaksanakan agendanya ke arah order baru dunia iaitu Pax Judaika..



Agenda yang telah dirancang oleh Ahli Jemaah Dajjal adalah seperti dibawah ini...

1. Khilafah sunni akan melancarkan peperangan yang sengit dan ganas keatas semua kawasan yang berada di wilayah Iraq Utara dan timur laut Syria yang mana ianya bertujuan untuk memprovokasi Syiah Iran dan Iraq agar membuat tindak balas ketenteraan. Turki akan menanti dengan sabar akan tindak balas tentera Iran sebelum masuk campur dalam peperangan tersebut agar puak Sunni dapat mencapai kemenangan. 

2. Sekarang ini saya menjangka, dengan rasa amat kesal sekali yang mana tidak lama lagi, zionis akan mendapat salah satu dari matlamat yang mereka idamkan selama ini, iaitu tercetusnya peperangan saudara antara Sunni dan Syiah dikalangan umat Islam.

3. Pihak barat akan mengambil kesempatan atas semua yang berlaku ini dengan beberapa cara iaitu:
a) Dengan hati-hati mereka akan menyusun agar imej Islam menjadi satu kuasa yang sedang bangkit dan mengancam seluruh ketamadunan dunia.
b) Keganasan dalam bentuk peperangan saudara dikalangan umat Islam.

c) Perang saudara di Pakistan antara Sunni dan Syiah dan antara Sunni dengan kerajaan Pakistan, untuk menyerang dan memusnahkan loji nuklear dan senjata nuklear Pakistan dan memastikan Pakistan menjadi sebuah negara yang bercerai berai. Saya menjangka akan muncul seorang pemimpin Hindu yang baru dan amat bermusuh dengan Islam yang mana dia dengan senang hati menyertai usaha untuk mencerai beraikan Pakistan.

Narendra modi
Bolehkah tentera bersenjata Pakistan yang terus-terusan mendapat bantuan dari NATO dalam peperangan yang tidak adil atas negara Afganistan dan telah melakukan penindasan yang kejam ke atas penduduk Afghanistan muslim yang tidak bersalah, menjangka untuk mendapat pembelaan dari Allah? Bolehkah mereka berharap kepada bantuan daripada orang Islam yang telah mereka khianati secara berterusan?
Mungkin kepimpinan tentera bersenjata Pakistan masih belum sedar yang agama Islam sebenarnya langsung tidak berkompromi dengan penindasan, dan mereka akan menanggung akibat dari bantuan dan syubahat mereka terhadap penindasan yang telah berlaku.


4. Saya percaya yang pihak barat akan berusaha untuk memujuk Iran agar melancarkan serangan ke atas Arab Saudi dengan berjanji yang Mekah dan Madinah akan jatuh ke tangan pemerintahan Syiah. Tawaran ini amat sukar ditolak kerana ianya dapat membantu kemunculan Imam Mahdi Palsu dan seterusnya pengiktirafan Imam Mahdi yang akan dipilih dan dipersiapkan oleh Zionis. 
Imam Mahdi Syiah
5. Peperangan biologi (wabak) ke atas orang Arab, sebagaimana yang diramalkan oleh Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa sallam yang akan menghapuskan mereka(baca disini)

Telah diriwatkan oelh Auf bin Malik: saya telah menemui Rasulullah SAW semasa perang tabuk,sementara Baginda SAW sedang berehat di khemah,Baginda SAW bersabda:Terdapat enam perkara tibanya Akhir Zaman:

1- Kematianku
2- Penaklukan Jerusalem
3- 
Satu wabak yang menimpa kamu (Arab) sebagaimana wabak itu menimpa biri-biri 
4- Meningkatnya kekayaan, sehinggakan apabila seseorang diberikan 100 Dinar, dia masih tidak berpuas hati
5- Satu wabak yang mana tidak ada bangsa Arab yang tidak kena (semua jenis wabak) 

6- Satu genjatan senjata antara Bani al Asfar yang akan mengkhianati dan menyerang kamu kemudiannya dibawah lapan panji dengan setiap panjia mempunyai 12,000 orang tentera


Maka dengan ini kita sebagai umat Islam diseluruh dunia hendak lah berwaspada dan jangan terperangkap didalam rancangan Ahli Jemaah Dajjal untuk memecahbelahkan kita sesama Umat Islam.ciptaan sebuah kumpulan yang mengelar diri sebagai Isis dan terciptanya Khilafah ditanah Iraq dan Syria hanya lah satu penipuan yang besar yang datang dari Disneyland untuk memperdayakan umat Islam sedunia..
Robin Cook telah dibunuh oleh Jemaah Dajjal
Kumpulan Isis ini adalah satu kumpulan Haram lagi Zalim dan kita harus menolak dengan sepenuhnya,kerana mereka adalah Agen-Agen yang hanya digunakan oleh musuh Islam untuk memburukkan lagi agama Islam seperti Al-Qaeda..mereka telah menumpahkan darah Umat Islam Iraq,Syria dan beberapa Ulama Sunni yang tidak sehaluan dengan mereka telah dihapuskan..mereka adalah pembunuh kejam,musuh Islam dan juga satu kumpulan ajaran sesat..

Saya menyeru kepada rakyat Islam di malaysia yang Bermazhab Sunni dan Syiah ,apabila Fitnah ini menerjah ke negara arab dan Pakistan jangan lah kita terpedaya dan berperang sesama bangsa kerana Ahli Jemaah Dajjal telah hampir dalam memecah-belahkan kita melalui politik maka dengan ini mereka akan mencuba dengan cara melagakan kita melalui fahaman mazhab pula..Awas Wahai Rakyat Malaysia Jangan Terpedaya..

Nasihat dari Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa sallam:
"Akan terjadi satu bencana yang akan menghapuskan orang-orang Arab yang mana mereka yang terbunuh dan yang membunuh kedua-duanya berada dalam api neraka. Pada masa itu lidah akan menjadi lebih tajam daripada pedang." - Musnad Ahmad.