widgeo.net

Wednesday, 27 February 2013

Pemanasan Global Satu Penipuan Terancang

Pemanasan Global yang kononnya adalah dari kesalahan manusia dimuka bumi ini kini telah didedahkan sebagai satu Pembohongan besar..Beberapa saintis yang terkemuka dan termasyhur dunia semua telah bersatu untuk melabelkan kita manusia sebagai punca mengapa tragedi pemanasan Global ini berlaku kerana kita manusia dengan rakusnya merosakkan lapisan Ozon Bumi dengan menggunakan teknologi yang penuh dengan pengeluaran gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain..













Pada 17 November 2009 seorang penggodam telah memecah masuk kedalam sebuah Komputer milik profersor Phil Jones di Universiti Penyelidikan Iklim East Anglia(CRU)di United Kingdom..dimana satu daripada empat database pemanasan Global Dunia disimpan dan penggodam ini telah mendedahkan penipuan dalam penyelidikan perubahan Iklim dan pemanasan Global yang dilakukan oleh Profersor Phil Jones di Internet..

Professor Phil Jones, wrote: “I’ve just completed Mike’s Nature trick of adding in the real temps to each series for the last 20 years (i.e., from 1981 onwards
Siapakah profesor Phil Jones ini..dia merupakan seorang climatologist di University of East Anglia, di mana dia bekerja sebagai Profesor di Sekolah Sains Alam Sekitar..dia juga merupakan seorang yang dilantik oleh United Nation sebagai ketua panel kajian Pemanasan Global sedunia dan segala kajiannya sahaja yang diambil sebagai bukti oleh United Nation dan diberi kepada media untuk menjalankan propaganda dan brainwash terhadap penduduk dunia agar mempercayai pemanasan Global sedang berlaku..

Seorang pengarang British,penasihat dasar dan keturunan Peer Christopher Monckton telah melabelkan para saintis yang terlibat dalam penipuan ini sebagai jurujual ular-minyak,penyamun dan penjenayah yang telah mempergunakan wang kerajaan Britain dan Wang cukai rakyat Amerika..

Kenapa kita Masyarakat dunia perlu ditipu dan ditakutkan mengenai Pemanasan Global??

Hanya dengan cara penipuan sahaja Ahli jemaah Dajjal ini dapat mengaut keuntungan dan kuasa..penipuan yang terancang ini dapat menakutkan masyarakat dunia untuk menyerahkan segala permasalahan dunia kepada mereka..dan apabila masyarakat dunia ditakutkan dengan alasan pemanasan global dapat mencairkan ais dikutub utara sehingga akan menenggelamkan sebahagian Eropah pada tahun 2030..Tindakan dunia adalah menerima apa sahaja penyelesaian yang akan di bawa oleh ahli Jemaah Dajjal..Dan apa yang ingin dilakukan oleh Jemaah Dajjal ini adalah untuk mengenakan Cukai Karbon kepada Masyarakat dunia melalui United Nation..Dan ini adalah cara yang paling efektif untuk menipu dunia..kerana takut sehingga tidak dapat berfikir secara Rasional..saya akan menunjukkan siapakah dalang yang digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal untuk melaksanakan Propaganda Ini..

Al Gore Penipu
Dia dikenali sebagai Al Gore bekas timbalan president USA dan telah mendapat projek untuk menipu Masyarakat dunia mengenai pemanasan Global..pendusta ini juga mempunyai beberapa saham di syarikat-syarikat yang akan mengaut keuntungan daripada cukai karbon yang mungkin akan dilaksanakan oleh United Nation jikalau dunia menerima penipuan ini..



Apakah kesan jika cukai karbon diluluskan dan dilaksanakan Oleh United Nation ke atas Masyarakat Dunia..kita perlu sedar bahawa gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan ke udara adalah dari kilang makanan dan kenderaan pengangkutan..Apabila kedua dua ini dikenakan Cukai karbon maka harga makanan dan pengangkutan akan naik dengan tingginya dan ini akan menyebabkan masyarakat dunia mengalami masalah kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai masalah akan timbul seperti Masalah sosial dan kes jenayan akan meningkat..


Video di atas ini membuktikan bahawa kesatuan Eropah juga sedang menimbangkan untuk melaksanakan Cukai karbon dan telah dibantah oleh seorang ahli Kesatuan dari England..

Setelah dikaji dengan lebih mendalam bukan saja pihak pengkaji Konspirasi yang tidak mempercayai Pemanasan Global ini tetapi hampir 30,000 saintis diseluruh dunia tidak menerima penipuan ini dan telah menyaman Al Gore di mahkamah kerana menipu dunia dan Kes ini masih ditangguhkan oleh mahkamah agung di Amerika Syarikat..Tonton Video dibawah ini


Jikalau pemanasan Global ini merupakan satu penipuan yang terancang mengapa kita masih merasakan suhu dunia makin panas??
jawapanya akan saya berikan sekarang..

Hakikat sebenarnya ialah tiada masalah pun dengan lapisan Ozon dunia dan matahari lah yang menyebabkan mengapa dunia ini makin panas…Matahari kini mengalami perubahan Cuaca yang dikenali sebagai Radiasi Solar(Sun Spots)..anda mungkin akan faham dengan lebih jika anda menonton Video di bawah ini..



Beberapa Saintis di pusat kajian NASA juga menyatakan bahawa bukan bumi sahaja yang mengalami cuaca panas tetapi planet Marikh dan beberapa planet yang lebih jauh dari matahari juga mengalami pemanasan..

Mars is warming
"Some people think that our planet is suffering from a fever. Now scientists are telling us that Mars is experiencing its own planetary warming: Martian warming. It seems scientists have noticed recently that quite a few planets in our solar system seem to be heating up a bit, including Pluto.

NASA says the Martian South Pole’s “ice cap” has been shrinking for three summers in a row. Maybe Mars got its fever from earth. If so, I guess Jupiter’s caught the same cold, because it’s warming up too, like Pluto." 

Jerry D .Gray seorang pengkaji bebas dan penulis buku ART OF DECEPTION juga menyatakan bahawa matahari yang sebenarnya menjadi punca Pemanasan Global..

Perubahan Iklim berpunca daripada perubahan Matahari.tidak ada sesuatu pun yang boleh dipertikaikan.

Dengan segala bukti yang saya bawakan ini saya berharap saudara saudara dapat menilai dan memahami penipuan yang telah dilakukan oleh Jemaah Dajjal ini untuk menakut nakutkan masyarakat dunia dalam penerimaan Propaganda Pemanasan Global ini..kita telah diberikan akal fikiran Oleh Allah SWT.. Oleh itu kita perlu menilai dengan sebaik baiknya apa saje maklumat yang kita terima dari mana mana pihak agar tidak ditipu dan diperbodohkan..

Al-Hujuraat 49:6 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan..