widgeo.net

Sunday, 23 June 2013

Racun yang diutamakan dizaman fitnah ini

Cara pemakanan kita telah berubah secara drastik dizaman moden ini berbanding dengan masa lampau kerana pada zaman ini makanan adalah begitu mudah didapati dan juga disediakan dengan pelbagai jenis yang menarik perhatian nafsu pemakanan kita..Pada hari ini kita telah dibayangkan dengan illusi makanan yang diwar-warkan sebagai makanan yang berkhasiat tetapi ini adalah hanya pada penampilan sahaja..Realitinya yang sebenar adalah bertentangan dengan penampilanya..Hari ini dengan Izin Allah SWT saya akan membongkar satu lagi Rancangan Jahat Ahli Jemaah Dajjal dalam merosakkan sistem makanan kita dizaman ini..
Illusi makanan yang berkhasiat
Syarikat-Syarikat makanan Fastfood diseluruh dunia yang dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ini sanggup melabur berbillion untuk Iklan agar dapat memenuhi cita cita mereka yang sebenarnya bukan untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi adalah untuk menguasai Sistem pemakanan kita diseluruh dunia agar dapat menghapuskan kesihatan kita dengan secara Halus dan perlahan-lahan..Pekara ini akan saya buktikan dengan Dokumentari dibawah ini..Pastikan anda menontonnya....

                                                                                                 Bahagian Pertama
                                                                                                 Bahagian Kedua

Sekarang anda telah faham bagaimana mereka memanipulasi pemikiran kita untuk menerima apa sahaja yang mereka sajikan kepada kita, dimana kita juga dianggap sebahagian daripada sistem yang mereka ingin kawal..masih berasa ragu ragu dengan penjelasan video diatas?mari saksikan lagi bukti dimana Ahli jemaah Dajjal ini telah merosakkan makanan semulajadi kita dengan teknologi sains yang mereka kuasai..
                                                                                                 Bahagian Ketiga
                                                                        Bahagian Keempat

Para saintis yang dikawal oleh Jemaah Dajjal ini telah mengunakan teknologi sains untuk mengubahsuai(genetically-modified)Ramuan dalam makanan yang diproses semenjak tahun 1993.Ini adalah untuk merosakkan kesihatan kita secara halus dan teratur..adakah anda tahu bahawa tumbuhan GM seperti kacang Soya dan Jagung mempunyai gen asing yang telah dimasukan ke dalam DNA mereka dan gen yang telah dimasukkan itu sebenarnya adalah dari spesies seperti bakteria dan virus ciptaan mereka yang tidak pernah terdapat dalam sumber tumbuhan semulajadi sebelum ini..

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah sangat merbahaya dan tidak selamat..ia telah dikaitkan kepada beribu-ribu reaksi toksik dan alahan yang telah merosakan hampir setiap organ dan sistem haiwan yang diuji dalam makmal…

Cuba anda bayangkan jikalau Jagung dan soya dizaman ini telah di ubahsuai mengikut kaedah saintifik(genetically-modified)dan hampir kesemua haiwan yang diuji dimakmal mengalami reaksi yang memudaratkan..Apakah implikasinya pada kesihatan kita kerana hampir 99 peratus makanan yang kita beli dipasaraya mempunyai sumber dari jagung atau soya yang telah diubah mengikut kaedah saintifik..dan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji bebas membuktikan bahawa ia sangat memudaratkan dan adalah penyebab penyakit seperti kanser ,kerosakkan hati dan hempedu,kelembapan otak,kerosakan ginjal,penuaan dan juga kemandulan…

The American Academy of Environmental Medicine (AAEM) urges doctors to prescribe non-GMO diets for all patients. They cite animal studies showing organ damage, gastrointestinal and immune system disorders, accelerated aging, and infertility. Human studies show how genetically modified (GM) food can leave material behind inside us, possibly causing long-term problems. Genes inserted into GM soy, for example, can transfer into the DNA of bacteria living inside us, and that the toxic insecticide produced by GM corn was found in the blood of pregnant women and their unborn fetuses.Not only does this create environmental harm, GM foods contain higher residues of toxic herbicides. Roundup, for example, is linked with sterility, hormone disruption, birth defects, and cancer.

Satu lagi perkara yang lebih membimbangkan berkaitan isu ini adalah bukti yang lebih jelas iaitu terjadinya Obesiti apabila kita menjadikan makanan segera(FastFood) sebagai menu mingguan kita..Obesiti sangat menguntungkan Ahli Jemaah Dajjal kerana pelbagai penyakit akan wujud dan Syarikat Farmaseutikal akan dapat menjual ubat ubatan ciptaan mereka dan mendapat keuntungan yang lumayan dari nafsu makanan kita..


Kesilapan manusia itu sendiri mengakibatkan kita terperangkap dalam rancangan mereka kerana tabiat dan nafsu pemakanan kita yang tamak juga membolehkan kita dikawal oleh Ahli Jemaah Dajjal ini..Saya berharap mulai hari ini umat Islam dapat mengambi berat dan tanggungjawab terhadap pemakanan kamu,seperti bagaimana ia dihasilkan dan dari mana asalnya..janganlah terpedaya dengan illusi Iklan dan strategi pemasaran mereka..
Individu harus digalakkan untuk membuat keputusan ke atas keselamatan makanan yang mereka pilih berdasarkan bukti saintifik dan pilihan peribadi dan bukan dengan emosi,nafsu atau pendapat peribadi orang lain,kerana keselamatan anda bergantung kepada pilihan yang anda lakukan dizaman yang penuh tipudaya ini..Sekian Wassalam.

Thursday, 6 June 2013

Revolusi Feminisme Yang Telah Memperdayakan Wanita

Dalam masa 50 tahun yang singkat ini,ramai wanita telah kehilangan sentuhan dengan naluri semula jadi mereka yang penyayang.Oleh itu,keluarga pada zaman ini adalah dalam keadaan tidak teratur dan kucar-kacir sehingga kejatuhan moral terhadap seksualiti telah berleluasa dan kadar kelahiran juga telah menjunam ke tahap yang membimbangkan..Pekara ini tidak terjadi dengan sendirinya tetapi telah direncanakan dengan rapi oleh Ahli Jemaah Dajjal terutamanya keluarga Rockerfeller melalui Revolusi Feminisme yang telah menyelubungi keseluruhan Dunia..
Pertama sekali kita perlu ingat bahawa bagi seorang wanita, cinta adalah suatu perbuatan naluri pengorbanan diri..Mereka memberikan diri mereka untuk suami dan anak-anak mereka,maka jiwa mereka dipenuhi dengan melihat perkembangan dan kemajuan suami serta anak anak,dan dibalas dengan penerimaan kasih sayang dan terima kasih dari mereka atas pengorbanannya..
Seorang wanita membuat pengorbanan ini hanya untuk seorang lelaki sahaja yang akan menghargai beliau dan bagi si suami pula bekerja dan menyediakan pelbagai keperluan bagi keluarganya. Ini adalah intipati kontrak heteroseksual (iaitu perkahwinan) kuasa wanita dalam pertukaran untuk kuasa lelaki dinyatakan sebagai cinta. Seks adalah simbol ikatan eksklusif. Perkahwinan dan keluarga mungkin tidak untuk semua orang tetapi ia adalah jalan yang paling sempurna..

Revolusi Feminisme telah melatih(brainwash) wanita untuk menolak model ini dan menganggap sebagai "Old Fashion, stereotaip,Kongkongan dan penindasan" walaupun ia mencerminkan naluri semula jadi mereka..

Ramai wanita dizaman ini menganggap perkahwinan seperti satu masalah bagi mereka dan telah memilih untuk berjauhan dari lelaki dan ini adalah satu budaya pemikiran yang dimiliki oleh golongang wanita zaman ini..mereka tidak lagi percaya kepada fungsi ikatan perkahwinan dan kekeluargaan..bagi mereka hidup tanpa suami membawa maksud kebebasan..

Wanita diberi hak untuk menimba ilmu !!

Dizaman yang serba moden ini wanita telah diberi nafas baru dengan diberi peluang untuk bersaing dengan golongan lelaki..Pada mulanya mereka telah dibenarkan untuk menimba ilmu di sekolah dan Universiti..Dari situasi ini wanita telah dibrainwash bahawa mereka layak disamakan dengan golongan lelaki kerana ilmu dan kebijaksanaan mereka adalah setanding dengan lelaki dan dari situ timbul perasaan Ego dan kebesaran diri..Akibat dari Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh wanita pada hari ini telah membawa mereka mendapatkan jawatan dan gaji yang lebih besar dari lelaki..dan mereka telah dibraiwash untuk mengambil alih fungsi lelaki sebagai pencari nafkah keluarga..ini secara tidak langsung telah menjadikan wanita sebagai ketua keluarga..dari akibat ini wanita berasa mereka tidak perlukan lelaki lagi untuk menyara mereka..Ini lah matlamat tersembunyi revolusi feminisme dimana ia adalah untuk memusnahkan asas sesebuah keluarga yang telah dirancang rapi oleh Ahli Jemaah Dajjal khususnya Keluarga Rockerfeller..

Mengapakan Ahli Jemaah Dajjal ingin melihat wanita yang telah berkahwin untuk mengejar kerjayanya..
Ini adalah kerana 3 sebab..Pertama :Terutamanya di negara Barat wanita yang menjadi pekerja juga perlu membayar cukai pendapatan dan dengan ini Ahli Jemaah Dajjal ini dapat menambah kekayaanya daripada pungutan cukai pendapatan golongan wanita..
Sebab kedua pula adalah apabila seorang ibu mula bekerja sepenuh masa maka masa untuk mendidik dan penjagaan anak telah diambil alih oleh orang gaji atau pusat jagaan kanak kanak..Jikalau dirumah orang gaji selalunya tidak mengambil perhatian yang serius ke atas anak dan ia membiarkan television yang mendidik anak anak dan akibat dari ini anak itu juga akan dibrainwash oleh siaran kartoon yang ditontonya..dan apabila meningkat remaja pula mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya..masalah ini juga berlaku dinegara kita..masalah sosial yang terjadi adalah kerana anak anak tidak dipantau oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk mengejar kerjaya masing masing..http://adam-thehiddentruth.blogspot.com/2012/04/bahaya-kartunwalt-disney-pada-minda.html
Sebab ketiga pula adalah dari akibat ibu yang berkerja juga akan mengakibatkan keluarganya tidak mendapat makanan yang berkhasiat kerana telalu penat dengan tugasan kerja sehingga terpaksa mengharapkan makanan dari kedai.. pekara ini dapat kita lihat secara langsung di Malaysia..kaum ibu perlu sedar bahawa masakan mereka bukan sahaja berkhasiat malah boleh merapatkan kasih sayang suami dan anak anaknya terhadap si Ibu..
Akibat dari Revolusi femenisme ini juga telah menyebabkan wanita pada hari ini dibrainwash untuk taksub dalam mementingkan fashion dan penampilan diri walaupun ia bercanggah dengan Budaya dan Hukum Agama..ada diantara yang sanggup menjadi model dengan memperagakan tubuh hanya kerana wang dan populariti..tanpa segan silu wanita pada hari ini sanggup memakai apa sahaja asalkan ia digelar wanita moden..Wanita pada hari ini juga telah pun memakai pakaian seperti lelaki agar dapat mengambil peranan lelaki dalam Masyarakat..http://adam-thehiddentruth.blogspot.com/2012/07/budaya-yakjuj-dan-makjuj-didalam.html

Artikal ini bukan lah untuk menyekat kebebasan Wanita untuk maju bersama golonggan lelaki tetapi ia adalah lebih kepada teguran,peringatan dan juga pendedahan kepada Rancangan Ahli Jemaah Dajjal terhadap wanita dizaman Ini..ini adalah realiti dunia pada hari ini..dan wanita Islam perlu menjaga dan mengawal diri daripada terjebak dan terpedaya dengan Fitnah Dajjal yang dikenali sebagai Revolusi Femenisme ini..Sekian Wasalam..