Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan Kematian Dollar Amerika..ramai pengkaji dialam maya menyatakan bahawa Amerika telah hampir muflis..apakah maksud itu sebenarnya??InsyaAllah saya akan terangkan pendapat saya di episode kali ini..
Amerika Syarikat sebenarnya telah pun diiktiraf oleh Presiden Roosevelt sebagai Muflis pada tahun 1933 dan di akui oleh Kongress Amerika,akan tetapi dengan ilusi penipuan,rakyat Amerika dan dunia telah ditipu bulat-bulat dimana kononya Amerika merupakan negara terkaya didunia dan sentiasa memberi pertolongan dana kepada negara negara miskin..jadi persoalanya disini dari manakah Amerika Syarikat mendapat dana untuk membantu negara negara miskin ini?jawapanya adalah..Federal Reserve bank yang menjadi tok dalang dalam memberi dana dan Bukan Amerika Syarikat..ini adalah kerana Apabila Ahli Jemaah Dajjal membantu negara-negara miskin dengan dana,maka negara tersebut perlu mencagar sesuatu dan dalam konteks ini hasil bumi negara tersebut akan menjadi cagaran kepada pinjaman dana tersebut.apakah anda fikir Ahli Jemaah Dajjal adalah begitu baik hati sehingga sanggup memberi pinjaman berbilion Dollar dengan begitu sahaja…
Akibat dari perang melawan musuh dan juga pemberian dana kepada negara-negara ini hutang Amerika Syarikat pada hari ini telah meningkat sebanyak 16 Trilion dollar.. Sehingga kini Amerika Syarikat masih belum dapat membayar bunga hutangnya kepada Bank Federal Reserve dan jikalau ia berterusan itu bermakna rakyatnya sendiri akan menerima akibatnya..Pada tahun 1947 Amerika Syarikat menjadi tuan rumah kepada satu persidangan antarabangsa di Breton Woods untuk menamatkan kemiskinan dan kebuluran dunia, yang disebabkan oleh Perang Dunia ke 2.Idea ini adalah untuk memberi pinjaman kemanusiaan kepada negara-negara yang memerlukan, dengan mewujudkan satu Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa..tetapi siapakah yang akan menjadi AhLong dalam memberi pinjaman mega berbilion Dollar ini?siapa lagi kalau bukan Bank Federal Reserve..Dengan meletakan Ahli Jemaah Dajjal sebagai pemberi pinjaman adalah seperti memberi hak penjagaan Asrama wanita kepada perogol..Semata mata untuk layak mendapatkan pinjaman, negara-negara terdesak ini terpaksa menggadai hasil bumi mereka seperti lombong mereka, hutan mereka, syarikat-syarikat penting ,sistem pengairan dan tenaga..dan juga perlu bersetuju kepada lebih 100 Syarat-syarat yang mengungtungkan Ahli Jemaah Dajjal dan tidak lupa kepada kadar faedah pinjaman yang tinggi melangit..
Bagaimana Rakyat Amerika telah ditipu akan didedahkan didalam Video ini..
Rakyat Amerika terutamanya yang bekerja telah dijadikan mangsa untuk membayar hutang kerajaan Amerika kepada Federal Reserve Bank dengan Cukai pendapatan mereka dan Amerika Syarikat tanpa henti memberikan dana kepada negara negara lain melalui Federal Reserve…dan yang paling ketara adalah kepada Negara Haram Israel,Pakistan dan Mesir..
Negara Haram Israel menerima dana sebanyak 6 billion Dollar setahun dan tidak termasuk dari Syarikat-Syarikat Korporat Ahli Jemaah Dajjal dan dari sumber yang terbaru, Israel sedang merancang untuk meminta lebih lagi dana dari Amerika Syarikat agar dapat menguatkan sistem pertahanan negaranya.
Bukankah ia suatu pekara yang pelik dimana Sebuah negara yang telah Muflis dan tidak dapat membayar hutangnya sendiri menjadi Hero dalam membantu negara negara yang miskin…Ini adalah kerana Amerika Syarikat hanya menjadi wajah hadapan sahaja kepada Ahli Jemaah Dajjal dalam pemberian dana-dana kepada negara miskin ini..
Mari kita lihat apakah akibat yang perlu ditanggung oleh rakyat Amerika ini apabila negaranya menjadi muflis..
Hampir 40% rakyat Amerika telah kehilangan kerja dan pada setiap bulan peratusanya makin meningkat dan terbaru kita telah diberitahu bahawa lebih dari 800 ribu pekerja kerajaan Amerika seperti Polis,Bomba,Jabatan Awam dan Guru telah diberhentikan tanpa membayar pampasan gaji..dari sumber terbaru Muzium dan Taman taman awam juga telah ditutup..
Lebih 18.6 juta rumah terbiar dan 3.5 juta rakyat Amerika tanpa rumah..ini adalah akibat daripada perampasan Bank terhadap rumah-rumah yang tidak terbayar oleh rakyat Amerika dan ini telah menyebabkan lebih 3.5 juta rakyat Amerika hidup merempat dijalanan,dibawah jambatan atau dirumah-rumah perlindungan sementara..
Rumah merupakan satu keperluan asas manusia dan juga hak asasi manusia. Namun setiap hari di Amerika Syarikat, rampasan Bank ke atas lebih 10,000 rumah dan pengusiran individu dan keluarga yang tinggal di rumah-rumah dilakukan dan Kerajaan Amerika pula tidak melakukan apa apa terhadap situasi ini, lalu memberi lampu hijau kepada institusi perbankan untuk meneruskan rampasan ini..
Akhirnya rakyat Amerika yang menjadi rakyat yang paling miskin didunia dan terpaksa hidup dalam keadaan hina dan semua ini telah dan akan menjadi lebih buruk tidak lama lagi..Rancangan Ahli jemaah Dajjal untuk menjatuhkan Keseluruhan Sistem kewangan negara Amerika sedang berlangsung secara Terang-terangan dan ia tidak akan dapat dihalang oleh sesiapapun.Ini adalah Skrip yang telah ditulis semenjak Federal Reserve mengambil alih Sistem kewangan Amerika Syarikat pada tahun 1913.Saya dapat jangka semua ini akan dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam masa 7 tahun lagi,dan pada ketika itu Dollar Amerika boleh lah diistiharkan Mati dan boleh digunakan sebagai tisu tandas..
Semua tidak terjadi secara kebetulan..ia telah dirancang dengan penuh rapi untuk menjatuhkan negara Amerika yang telah sekian lamanya menjadi tungangan Ahli Jemaah Dajjal untuk menguasai dunia..dan kini apabila Amerika Syarikat telah melaksanakan tugasnya dan tidak lagi diperlukan, maka ia boleh lah dihancurkan dan dibuang dengan begitu sahaja..
Helang Atau Pheonix Amerika |
Apakah masa depan setiap negara yang mengalami Keruntuhan Kewangan Global?seperti biasa Ahli Jemaah Dajjal telah pun mempunyai penyelesaian untuk masalah yang mereka cipta ini..dan ia adalah perlaksanaan mata wang sedunia yang Satu(One Global Currency)dan dari perlaksanaan ini dapatlah Ahli Jemaah Dajjal ini menguasai kita dengan sepenuhnya..tidak percaya..baca disini Dunia Menjadi Hamba Dajjal