Thursday, 5 July 2012

Budaya Yakjuj dan Makjuj didalam Masyarakat kita

Budaya Yakjuj dan Makjuj yang saya ingin tekankan disini adalah mengenai budaya pakaian dan cara hidup didalam masyarakat kita pada Akhir zaman ini..kemana sahaja kita pergi pada hari ini kita umpama telah melupakan budaya Asal dan jati diri kita sebagai bangsa Melayu,India,Cina dan lain lain..kita lebih selesa dengan penampilan cara barat(GLOBAL) kerana kita anggap ia satu trend yang Cool dan hebat berbanding dengan trend bangsa kita..dan ada juga diantara kita yang berasa malu pada budaya sendiri..

Pada hari ini kita dapat lihat wanita yang paling ketara di Brainwash dengan budaya pakaian dan penampilan diri dari barat..disini saya akan buktikan dakwaan saya dan harap dapat memberi sedikit infomasi mengenai rancangan Yakjuj dan Makjuj terhadap wanita terutamanya wanita yang beragama Islam..
video

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan mereka meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan mereka..
Mari kita lihat bagaimana wanita hari ini telah di brainwash untuk mengikut gaya dan budaya mereka..dan tanpa segan silu mereka memakainya di khalayak ramai


Seluar jeans untuk wanita juga telah diciptakan agar kelihatan ketat dan seksi
Pakaian wanita Global yang telah menjadi ikutan masa kini
Masyarakat melayu juga minat pada baju kebaya tetapi adakah ia bersesuian dengan cara pemakaian seorang muslimah
Baju kebaya bukan untuk wanita islam
Bagaimana pula dengan fesyen yang moden yang dianggap biasa kerana hampir semua wanita yang memakainya kelihatan cantik..dan juga menjadi ikutan remaja kerana Artis-artis juga yang mempromokanya apabila berada didalam media massa




Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen (Didie Alias)
video

Lagi mengenai fesyen pakaian tetapi bukan seperti yang di atas..ini adalah rancangan yang lebih licik dari pereka fesyen Islam sendiri dan wanita Islam yang jahil dan cetek ilmu ini pula seperti tidak tahu menilai mana yang benar dan salah mengenai tertib pakaian muslimah dan apabila ia menjadi ikutan ramai wanita Islam seakan-akan tidak mempedulikannya..ini benar benar sedih kerana mereka melambangkan wanita Islam yang menutup aurat..

Kononya menutup Aurat tetapi masih jahil tentang Agama
Jubah Muslimah yang menjadi Trend
Lagi satu adalah gaya baru bertudung yang sangat jahil dan wanita memakainya tanpa rasa ingin tahu salah ke betul dan ia adalah benar benar serius kerana kemasukan anda ke syurga bergantung pada cara anda bertudung..


Pakaian yang salah dan tidak mengikut syarat muslimah
Tudung berbonggol Unta adalah Haram
“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Untuk mereka yang tidak tahu bagaimana hendak berpakaian seperti seorang Muslimah yang soleh lihat gambar di bawah ini..
Pakaian Muslimah yang sebenar


video

Dibawah ini pula saya akan menunjukkan bukti dan dakwaan bahawa masyarakat kita benar benar sedang menuju ke jalan yang Yakjuj dan Makjuj telah tetapkan untuk umat Islam yang mereka benci dan sentiasa mencari cara untuk menghilangkan tanda keIslaman kita..lihat lah bagaimana Rancangan Realiti yang merosakkan budaya dan Agama kita Rancak dipertontonkan di media massa dan mendapat sokongan dari remaja di zaman ini..

Budaya Yakjuj dan Makjuj Menjadi Biasa
Adakah ini masa depan yang kita mahu untuk Anak kita?

Adakah ini Jalan Yang ditujui oleh Remaja kita
Jenerasi jenis apa yang sedang dibina oleh kita pada hari ini
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*


Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj..
Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan.Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian seperti mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan yang harus diikuti..jikalau kita membiarkan pekara ini berlaku akan tergadailah bangsa dan Agama kita..

"Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah,siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj dan makjuj) untuk ditempatkan ke dalam Neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku.kamu adalah yang satu itu(mereka yang mengikut Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW)(jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih yang terdapat pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).



video

Gelombang Revolusi Feminism dan Budaya Pop yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj atas arahan Dajjal telah memasuki negara kita dan telah berakar umbi dengan teguh sekali sejak sekian lama..hanya dengan kesedaran dan perlaksanaan hukum Allah terhadap penyakit ini sahaja dapat kita menyelamatkan generasi yang akan datang dari gejala ini..harapan saya ibu bapa perlu lah berilmu dan mengambil berat terhadap anak anak mereka untuk mendapat pengetahuan tentang bahayanya budaya yang mereka sedang ikuti ini..yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita yang merosakkan segala pemberian Allah..Islam adalah ubat untuk segala penyakit..Wasalam..

18 comments:

  1. as salam..admin mohon jasa baik..siapa nama syeikh yang bagi lect tu ya.. C: anyway..ringkas & padat penerangan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheikh imran nazar hosein

      Delete
  2. tang ni tak ramai plak nak comment...

    ReplyDelete
  3. Sheikh Imran Hossein

    ReplyDelete
  4. syukran jazilan untuk perkongsian ini(,:

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum...Syukran! semoga info anda dpt menyedarkan umat islam Malaysia(khasnya) yg sdg taksub ngan slogan 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  6. terima kasih..membantu..

    ReplyDelete
  7. amat menarik dan menggerunkan..Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  8. TIMA KASIH ATAS INFO YG BERGUNA UTK KITA SEMUA,SESAMA AGAMA..

    ReplyDelete
  9. artis dan wartawan juga punca perosak masyarakat kerana mereka memuji-memuji artis luar negara dan tempatan memakai pakaian tidak senonoh dan mempaparkan akhlak buruk sebagai recipe tajuk dan wartawan meletakkan mereka dalam majalah dan surat khabar sebagai tontonan masyarakat menyebarkan akhlak yang tidak senonoh sebagai mengaut keuntungan pada jualan media mereka.

    ReplyDelete
  10. SUBHANALLAH, ASTAGHFIRULLAH, ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  11. Tidak akan diterima solat wanita baligh kecuali yang menggunakan khimar(Hijab)”(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)bertudung la wahai wanita islam

    ReplyDelete
  12. Anugerah Skrin 2012=sekali lagi Artis(Islam)telah diperbodohkan oleh pereka Fesyen dalam mengikuti golongan Yakjuj dan Makjuj..pasti gembira Yahudi melihat Umat Islam sebegini di malaysia..

    ReplyDelete
  13. nyatalah TV sihir perosak umat akhir zaman.. kalau budaya yakjuj makjuj berpuluh2 chanel.. chanel islamik leh dikira dgn jari.bersama2lah kita melihat dunia akhir zaman dgn mata hati yg digerakkan oleh Allah supaya kita nampak perencanaan musuh2 islam.. sama2 perbaiki diri agar peperbanyakkan amalan.. Allah Maha Menegtahui dan Maha Berkuasa.. siapa kita nak lawan timeline jadual akhir zaman Allah.. kepada umat yang masih di alam mimpi yg masih belum jumpa mata hatinya.. sama2 kita beusaha meninggalkan yg mungkar.. Alquran Hadias petunjuk Utama.. wallahuaklam

    ReplyDelete
  14. Masih ada lagi ustaz ustaz yang bagi ceramah mengatakan Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk hodoh yang masih lagi terperangkap di sebalik tembok binaan Raja Zulkarnain...

    ReplyDelete
  15. yakjuj makjuj (zionis) telah diberitakan oleh baginda Rasullullah 1400 tahun lalu....tembok binaan Raja Zulkarnain telah dilubangi sebesar ini (cantuman ibu jari dan jari telunjuk)...celakalah.....Yakjud makjud akan turun dengan laju dari tempat tinggi dan melakukan kerosakan (peperangan demi peperangan, bom-bom di lepaskan dari udara melalui jet-jet pejuang)

    ReplyDelete
  16. maksud nya ummat nabi muhammad sahaja yang dimaksudkan 1 dri 99 tu ye .....admin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Umat Nabi Muhammad SAW yang mengikut Al quran dan Sunnah Sahaja adalah yang satu itu

      Delete