widgeo.net

Friday 21 February 2014

Sains Dan Keajaiban Al-Quran

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Sains dan keajaiban Al-Quran..disini saya hendak buktikan kepada seluruh dunia bahawa Al-Quran adalah kitab yang telah diturunkan oleh Allah SWT dan diberikan kepada Nabi Terakhir iaitu Muhammad SAW..
Di dalam Al-Quran yang penuh dengan mukjizat ini, saya akan buktikan bahawa Allah SWT telah menyangkal dakwaan Kafir dan Musuh Islam bahawa Al-Quran ditulis dan ditiru oleh Nabi Muhammad SAW dari kitab Bible atau dari kitab kitab Lain..dan kita perlu tahu bahawa Allah SWT dengan sengaja menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang tidak tahu menulis dan membaca agar ia dapat menjadi perlindung dari dakwaan kafir dan Musuh Islam..baiklah saya tidak akan membuang masa dan akan terus membuktikan sekarang Keajaiban Al-Quran dari perspektif Sains yang manusia(Saintis) tidak pernah tahu sebelum ini Insya Allah..

Disini saya akan menerangkan bahawa kejadian Alam semesta iaitu teori BIG BANG ini telah diterangkan dengan penuh teliti di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah AL-ANBIYAA ayat 21:30..dimana hanya telah diketahui oleh saintis barat pada tahun 1929..

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?(AL-ANBIYAA 21:30)

Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya..(Adz-Dzaariyaat 51:47)



Keajaiban kedua adalah Al-Quran menjelaskan bahawa Bulan itu sebenarnya meminjam Cahayanya dari Matahari dan seperti biasa Saintis barat hanya mendapat tahu bahawa bulan sebenarnya tidak bercahaya dan hanya meminjam cahaya pantulan dari sinar matahari pada kurun ke 20..

Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya MATAHARI BERCAHAYA (Siroja) dan BULAN YANG MEMINJAM CAHAYANYA (Muniraa)”.. (Al-Furqan 25:61)



Keajaiban seterusnya adalah mengenai bagaimana seorang insan(manusia) dijadikan di dalam kandungan Ibunya dan Al-Quran memberi penjelasan pada setiap tahap kejadian dengan begitu jelas dan tepat sekali..Dan apabila dikaji oleh Professor Keith Moore pada tahun 70an dia juga telah mengaku bahawa Al-Quran menjelaskan dengan begitu tepat sekali dan benarlah bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang diberikan kepada Rasulullah SAW..

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta..(Al-Mu'minuun 23:12-15)

Satu lagi keajaiban Al-Quran yang tidak boleh dinafikan adalah mengenai kisah Firaun pada zaman Nabi Musa A.S yang telah mati lemas apabila mengejar Nabi Musa dilaut merah..Allah SWT telah berkata kepada Firaun bahawa kerana keengkaranya menerima petunjuk Allah,maka mayatnya akan dijadikan sebagai petunjuk kepada generasi akhir zaman kelak..dan pada tahun 1898 mayatnya telah ditemui oleh pengkaji barat..sebelum ini tiada satu saintis barat pun yang boleh membuktikan bahawa ada mayat Firaun yang telah lemas didasar laut merah seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran..

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang- orang yang melakukan kerosakan? "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di hadapanmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"(Yunus 10:90-92)



Satu lagi kisah adalah mengenai Hamman iaitu ketua arkitek dalam pembinaan Piramid-Piramid di zaman Firaun..di dalam Al-Quran,Firaun mengarahkan Hamman untuk membina bangunan yang tinggi(Piramid) untuknya dan sebelum ini pengkritik Al-Quran mengunakan pelbagai cara untuk mengatakan bahawa tiada bukti langsung dari sejarah yang mengatakan bahawa watak Hamman pernah wujud..Tetapi Allah Maha Berkuasa telah menunjukkan kepada mereka kebenaran Al-Quran dari kalangan mereka sendiri iaitu salah seorang pengkaji bahasa Mesir purba dari Jerman telah menemukan nama Hamman itu di dalam batu bersurat Mesir dan dia merupakan seorang ketua arkitek di Mesir pada zaman Firaun.Sehingga kurun ke 18 bahasa purba Mesir tidak diketahui oleh sesiapa pun kerana bahasa purba ini telah lama hilang..Saksikan video dibawah ini…

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku oleh itu, wahai Haamaan, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".(AL-QASAS 38)
Ukiran Patung Haammaan


Bukti keajaiban seterusnya yang ingin saya kongsi adalah mengenai bagaimana hujan itu terjadi dan Al-Quran sekali lagi telah menerangkan dengan begitu tepat sekali bagaimana proses hujan dihasilkan..kejadian ini hanya diketahui oleh pengkaji barat pada lewat kurun ke 20..saksikan video dibawah ini..

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya dan bukanlah kamu yang (berkuasa)(AL-HIJR :22)



Seterusnya adalah mengenai bukti kekuasaan Allah SWT dalam mengasingkan dua lautan yang tidak pernah bercampur…dan pekara ini hanya ditemui ketika melakukan eksplorasi di bawah laut oleh seorang pengkaji laut berbangsa Perancis iaitu Jaques Yves Cousteau pada tahun 80an..seperti biasa apabila ia mengetengahkan kajian ini kepada seorang pengkaji Islam,pengkaji Islam itu telah menyatakan bahawa perkara ini telah lama diketahui oleh umat Islam kerana ia terdapat di dalam Al-Quran..

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu,Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya (Ar-Rahmaan 55:19-20)

Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. (Al-Furqaan 25:53)




Lagi satu keajaiban Al-Quran yang benar benar hebat adalah didalam Surah An-NUUR…mengenai rahsia laut dalam ,dimana tiada seorang manusia pun ketahui sebelum ini..kerana rahsia Laut dalam ini hanya dapat diketahui pada kurun ke 20 kerana Teknologi kapal selam perlu digunakan untuk menebusi dasar laut yang begitu dalam..tetapi Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al-Quran mengenai makhlukNYA yang diberi cahaya di dalam laut dalam ini..Pastikan anda menonton video dibawah ini..

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).(An-Nuur 24:40)


Seterusnya adalah mengenai makhluk Allah SWT yang sangat Istimewa iaitu Semut..Dalam kajian yang baru dilakukan oleh pengkaji barat telah menemui bahawa kehidupan semut adalah sangat hampir dengan manusia kerana semut menanam semut yang telah mati seperti manusia,mereka juga mempunyai sistem kerja yang terancang seperti mempunyai Ratu, Pengurus, Penyelia, Tentera, Pelombong,Pencari,Jurutera,Penjaga dan Pakar pembaikan..sekali sekala mereka bertemu dan bersembang sesama mereka..dan yang paling menarik adalah mereka mempunyai pasar untuk menukar barangan mereka..dan dari kisah Semut di dalam Al-Quran terbukti benar mengenai perkara ini..

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:17-18)



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Para nabi dalam kalangan umatnya telah keluar me­mohon hujan kepada Allah. Maka tiba-tiba dalam kalangan mereka terdapat seekor semut mengangkat anggotanya ke langit (juga memohon). Maka Nabi Sulaiman berkata, ‘Pulanglah, sesungguhnya telah mustajab permohonan kamu disebabkan se­ekor semut ini." (Riwayat al-Hakim no. 1215)

Keajaiban Al-Quran yang lain adalah mengenai cara seekor Lembu itu memproses susunya dan ia telah dinyatakan di dalam Al-Quran sebelum para saintis barat menyebarkan ke dunia Sains..

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya(Al-Nahl 16:66)


Lagi satu keajaiban Al-Quran adalah mengenai Besi yang kita manusia gunakan..semenjak dahulu kala manusia beranggapan bahawa besi adalah sumber yang timbul dari bumi tetapi ternyata mereka salah kerana Al-Quran menegaskan bahawa besi adalah dari Angkasa..dan pada hari ini Saintis barat juga mengaku bahawa asal sumber besi adalah dari angkasa dan bukan asal dari bumi kerana Sains memberikan informasi kepada kita bahawa besi termasuk logam berat tidak dapat dihasilkan oleh bumi sendiri seperti yang telah termaktub di dalam Surah Al Hadiid..mari kita teliti Surah ini..

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami TURUNKAN BESI yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Maha Perkasa.” (Al-Hadiid 57:25)

Dan Kami turunkan besi 

Dengan penilaian yang boleh kita lakukan.. Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai akses kepada pengetahuan saintifik yang dinyatakan di dalam Al-Quran pada ketika itu, oleh itu segala bukti saintifik yang terdapat di dalam Al-Quran sudah pasti adalah daripada Allah SWT..

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.(Al-Kahfi 18:1-2)


Dengan segala bukti yang telah saya jelaskan ini diharap kita umat Islam dapat mengambil pelajaran dan hikmah terhadap Kitab Al-Quran yang sangat Hebat ini.kerana ia adalah satu kitab mukjizat yang menjelaskan setiap pekara yang ada dibumi dan dilangit milik Allah SWT ini..dan kepada Umat Islam sebarkan kepada rakan- rakan anda yang bukan Islam agar hati mereka dapat kembali ke Agama Allah yang benar ini..bukti mukjizat Al-Quran tidak terhenti disini kerana masih banyak lagi Mukjizat yang dimilik oleh Al-Quran yang tidak dapat saya tonjolkan kerana atas kelemahan saya sendiri..Hanya Allah SWT yang Maha berkuasa dan Maha Bijaksana..

Kami (Allah) akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami (Allah) pada ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah benar. Dan apakah tidak cukup dengan Rab (Tuhan) kamu bahawa sesungguhnya Dia (Allah) atas segala sesuatu adalah al-Shahid (Maha Menyaksikan)? (Fussilat 41:53)