widgeo.net

Sunday 28 December 2014

DOSA DOSA Umat Terdahulu Di Zaman Ini

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul DOSA DOSA Umat Terdahulu Di Zaman Ini..Hari ini saya ingin mendedahkan bahawa semua Dosa-dosa yang dilakukan oleh umat terdahulu sedang dilakukan oleh Masyarakat dunia di zaman Ini..

Umat terdahulu melakukan dosa dosa besar yang sangat Dahsyat dan mereka juga telah mendapat balasan atas apa yang mereka lakukan...tetapi pada hari ini dosa dosa besar yang sangat Dahsyat ini menjadi satu perkara yang biasa bagi umat di zaman ini. Umat-umat di zaman ini sangat angkuh dan sombong apabila diberi peringatan. Mereka telah dikawal oleh nafsu mereka secara menyeluruh sehingga mereka merasakan bahawa mereka tidak akan di hisab atau di azab.
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.(Nuh 71:7)

Dosa Pembunuhan
Dosa pertama yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini adalah pembunuhan iaitu apabila Qabil membunuh saudaranya Habil.semenjak itu sehingga ke hari ini,Pembunuhan telah menjadi perkara biasa bagi Umat Manusia. Nyawa manusia adalah begitu murah bagi pembunuh-pembunuh di zaman ini.
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.(Al-Maaidah 5:32)


Dosa Zina
Dosa Zina pula berlaku ketika keturunan Qabil berhijrah keluar dari kawasan yang diduduki oleh keturunan Habil. Dosa zina telah berlaku apabila Iblis menghasut kaum Qabil untuk mencipta alatan muzik sehingga pada setiap malam sabtu mereka akan mengadakan parti-parti liar dihadapan unggun api dan wanita-wanita dari kaum Qabil akan mula menari dan mencantikan diri mereka(tabarruj) untuk mengoda kaum lelaki sehingga terjadinya perbuatan zina diantara mereka. Zina bermula pada zaman Qabil atas hasutan syaitan melalui muzik dan nyayian..betapa bahayanya muzik dan Nyayian kerana ia adalah senjata Iblis untuk menggoda Umat Manusia ke arah Dosa besar..baca disini..dan juga disini
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu(Nyayian dan Irama)dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.(Al-Israa' 17:64)


Dosa Menyembah berhala(Syirik)
Dosa menyembah berhala bermula pada zaman Nabi Nuh A.S, ia bermula apabila 5 orang ulama terkemuka meninggal dunia pada zaman Nabi Nuh..apabila Iblis melihat betapa lemahnya Iman umat Nabi Nuh, dia mula mendatangi umat Nabi Nuh dan menyuruh membuat gambaran ulama tersebut yang bernama Wadd, Suwaa', Yaghuth, Ya'uuq, dan Nasr agar dapat mengingati jasa ulama tersebut. Setelah beberapa generasi berlalu Iblis kembali dan menyeru kepada kaum Nabi Nuh untuk mendirikan berhala(patung) mereka agar dapat meminta dan menyembah mereka. Dari situ umat Nabi Nuh telah meninggalkan ajaran tauhid dan mula mengamalkan penyembahan berhala. Pada hari ini penyembahan berhala terdapat di dalam setiap agama kecuali agama Islam, dan juga tidak ketingalan artis dan pemimpin juga dipuja seperti berhala pada zaman ini..pelik-tapi-benar-kristian-katolik-menyembah-berhala
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.(Nuh 71:23)


Dosa Homosexual(Hubungan Sejenis)
Amalan Homosexual atau hubungan sejenis telah bermula pada zaman Nabi Lut A.S. Kaum Nabi Lut adalah diantara kaum yang paling keji dimuka bumi ini, kerana kecenderungan mereka untuk melakukan hubungan sejenis yang jijik lagi berdosa besar dianggap biasa.Para ulama bersepakat bahawa prilaku gay (suka sesama jenis) adalah salah satu dari perbuatan dosa yang lebih besar daripada zina. Di zaman ini amalan HomoSexual ini telah menjadi kebiasaan dan diterima oleh masyarakat dunia. Di Malaysia dianggarkan golongan HomoSexual adalah seramai puluhan ribu tidak termasuk wanita Lesbian dan golongan Transeender(Bapuk). Golongan HomoSexual di malaysia menjadi-jadi akibat daripada budaya barat dan pengaruh dari segelintir orang yang berkuasa dan ternama.
“Mengapa kamu tidak bertakwa?”Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.Mengapa kamu mendatangi jenis laki-laki di antara manusia,Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (As-Syu’ara: 160-161)

Dosa Membunuh anak perempuan..
Pada zaman Arab jahiliyah jikalau seseorang itu mendapat bayi wanita ia dianggap sebagai membawa sial dan bayi itu akan ditanam hidup-hidup..tetapi lain pula keadaanya dizaman ini..Jika di zaman jahiliyah ia berlaku hanya kepada bayi-bayi perempuan, di zaman moden ini ia dilakukan tanpa memilih jantina.akibat daripada zina atau pasangan yang sudah berkahwin tidak inginkan zuriat lagi, maka mereka akan membuang bayi atau mengugurkan bayi yang tidak bersalah..ini merupakan satu dosa yang sangat besar dan walaupun manusia di zaman ini dianggap moden tetapi fikiran mereka masih tetap kolot. Dan juga tidak ketinggalan di zaman ini sesetengah bangsa memperalatkan anak perempuan mereka untuk mendapatkan keuntunggan dari perkahwinan anak mereka iaitu dengan meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi sehingga membebankan pihak lelaki dan dari situasi tersebut ramai lelaki akan mengelak untuk berkahwin dan dari situ akan terjadi kepada peluasan penzinaan..
Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.(Al-Nahl 16:58-59)

Dosa penipuan di dalam perniagaan, rasuah dan riba
Di Zaman Nabi Shu'ayb (As) kaumnya melakukan segala kesalahan dan dosa di dalam perniagaan mereka seperti menipu timbangan, menjual barangan yang tidak berkualiti, melaksanakan Rasuah di dalam perniagaan mereka dan juga tidak ketinggalan Riba. Pada hari ini perkara yang sama dilakukan oleh Masyarakat dunia di dalam perniagaan mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntunggan yang lumayan dan tidak mempedulikan halal dan haram..maka dengan ini kita boleh simpulkan bahawa masyarakat kita sekarang adalah sama seperti kaum Nabi Shu'ayb (as)
Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).(Hud 11:84)

Dosa mengagungkan diri lebih dari Allah
Pada Zaman Nabi Hud A.S kaumnya merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan kediaman-kediaman yang indah dan mewah disetiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup kekal selama-lamanya..Malangnya kaum Aad adalah kaum yang sungguh bongkak,takbur dan angkuh sehingga mengelar diri mereka sebagai makhluk yang paling gagah dan hebat di dunia ini. Pada zaman ini makhluk seperti kaum Aad adalah begitu ramai sekali , Sehingga mereka merasakan mereka memiliki dunia ini dan hidup seperti tidak akan mati kerana merasakan mereka mempunyai harta,kuasa dan nama untuk menewaskan sesiapa pun termasuk Allah SWT..
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).(Fussilat 41:15)


Dosa Syirik(Mengaku Diri Tuhan dan mengubah Hukumnya)
Dosa yang paling besar adalah Dosa Syirik yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT..Pada zaman Nabi Ibrahim A.S dan Zaman Nabi Musa A.S iaitu Namrud dan Firaun telah mengaku diri mereka sebagai Tuhan kerana mempunyai kerajaan yang tiada tandingan di zaman mereka..mereka memerintah dengan penuh kekejaman. Pada zaman ini pula sifat atau perangai mereka diwarisi oleh hampir kesemua pemimpin di dunia ini ,dengan polis dan tentera yang mereka kuasai, mereka menzalimi sesiapa sahaja yang menentang mereka. Selain dari kekejaman, mereka juga menghalalkan apa yang Allah telah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah telah Halalkan..mereka tidak melaksanakan hukum yang telah Allah turunkan melalui kitab-kitabnya, maka mereka merasa diri mereka sebagai tuhan..baca disini Democrazy Syirik
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan ,tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah.(Al-Maaidah 5:50)
Firaun Firaun Zaman Ini
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku oleh itu, wahai Haamaan, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".(AL-QASAS 38)

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)
Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.(Al-Baqarah 258)


Dari bukti di atas yang telah saya ketengahkan ini,kita sebagai Hamba Allah SWT di zaman telah melampaui segala batas dosa-dosa besar yang boleh dilakukan oleh manusia..kerana pada zaman dahulu hanya satu kaum yang melakukan satu dosa tetapi dengan kita semua dosa dilakukan dengan serentak,maka adakah anda berasa tenang dan gembira lagi..kerana pada bila-bila masa sahaja Azab dan Bala yang sangat dahsyat dari Allah SWT boleh sampai kepada kita. Dan satu lagi, kita sudah pun berada di penghujung akhir zaman dan kiamat adalah sangat dekat dan tiada syak padanya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.(Al-Nahl 16:24-25)

Dan sungguh NGERI jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!" Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar".(Al-An'aam 6:30)

Friday 28 November 2014

Umat Islam di FITNAH dan dijadikan TAWANAN

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Umat Islam difitnah dan dijadikan Tawanan.Siri kali ini yang saya bawakan adalah merupakan kajian dan pengamatan saya,maka dengan ini anda tidak disarankan yakin bulat-bulat terhadap kajian saya ini..ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri melalui pengamatan saya..

Saya melihat bahawa Amerika Syarikat dan Eropah sedang berubah ke arah Islamik dan ini merupakan satu perkara yang positif dan juga negatif..kenapa negatif anda bertanya,ini adalah kerana Amerika dan Eropah merupakan Pusat dan juga tanah pertiwi Ahli Jemaah Dajjal, semua Rancangan mereka berpusat disana dan mereka sudah pasti tidak ingin lagi melihat Musuh mereka terutamanya Islam menguasai minda dan jiwa rakyat negara mereka..Tetapi Allah SWT Maha berkuasa dan sedang menunjukkan kepada mereka bahawa kamu merosakan Akhlak umat Islam di seberang laut tetapi Allah SWT mengindahkan Islam didalam Hati rakyat negara-negara Ahli Jemaah Dajjal itu sendiri..

Maka dengan ini saya berasa Ahli Jemaah Dajjal pasti sedang merancang satu pelan agar dapat mengekang masyarakat barat daripada memeluk Islam di negara mereka khususnya Amerika dan Eropah,kerana ini adalah sungguh naif untuk merasa mereka Ahli Jemaah Dajjal hanya berdiam diri sahaja melihat Gelombang Islam berkembang terhadap masyarakat di negara mereka..dan dari sini saya dapat merasakan bahawa satu FITNAH yang dahsyat akan diformulasikan oleh mereka dalam masa terdekat ini..

Mengikut kajian saya,kita dapat lihat di Amerika Khususnya media mereka telah bermula dengan agenda fitnah terhadap umat dan Agama Islam itu sendiri dalam rancangan-rancangan yang melabelkan agama Islam sebagai satu agama yang tidak mengikut perkembangan zaman iaitu dengan mengunakan hukum Syariah dan Jihad sebagai alat untuk menakutkan-nakutkan masyarakat Amerika yang jahil terhadap agama Islam..kumpulan seperti Al-Qaeda dan Isis yang diciptakan oleh Jemaah Dajjal ini juga telah membantu dalam memburukan lagi imej Agama dan Umat Islam di seluruh dunia terutamanya di barat..

Serangan pertama berskala besar terhadap agama dan umat Islam telah dilaksanakan pada tahun 2001 dengan serangan 11 september di New York..serangan penganas yang didalangi oleh agen perisikan Mossad Israel dan CIA telah meruntuhkan bangunan World Trade center dengan siri serangan letupan Bom yang dipasang dibangunan tersebut, tetapi Umat Islam yang telah dipersalahkan atas serangan ini..dibawah ini saya akan membuktikan dimana mereka yang telah melaksanakan serangan ini..



Serangan media Amerika dan Eropah dalam memburukan Islam telah lama bermula dan tidak lama lagi mereka akan memperhebatkan lagi serangan ini..majoriti rakyat Amerika adalah sangat bodoh dan hanya mementingkan hiburan dan sukan, kerana itu rakyat Amerika sangat mudah untuk diperbodohkan dan ditakutkan oleh pihak media mereka dimana mereka akan mempercayai apa sahaja berita yang disuapkan kepada mereka..dibawah ini adalah beberapa contoh serangan mereka.


Apabila rakyat Amerika dan Eropah telah kenyang disuap dengan propanganda memburukan Islam oleh media mereka,maka akan tiba masa untuk Ahli Jemaah Dajjal melaksanakan satu serangan penganas(False Flag) yang lebih dahsyat dari 9-11 ke atas bandaraya utama Amerika syarikat atau Eropah. Mengikut pendapat saya, serangan ini akan didalangi oleh Ahli Jemaah Dajjal dan Isis yang dicipta oleh mereka Mungkin akan dipersalahkan, kerana Isis telah diciptakan untuk menjadi kambing hitam dalam rancangan serangan ke atas Amerika atau Eropah sepertimana kumpulan Al-Qaeda pada 2001 telah dipersalahkan.

Di Eropah terutamanya di England terdapat satu kumpulan yang digelar EDL(English Defence League) iaitu satu kumpulan Rasis yang khas dicipta untuk menentang umat Islam di England..dan Jikalau serangan penganas dilaksanakan di Eropah, kumpulan ini akan digerakan untuk menyerang umat Islam di England yang tidak bersalah..Tonton video dibawah ini untuk memahami kumpulan ganas ini..

Di negara Eropah seperti Perancis dan Belgium telah mula untuk menyerang umat Islam terutamanya golongan wanita dengan melarang wanita Islam bertudung dan jikalau melangar arahan tersebut, wanita Islam akan disaman oleh pihak berkuasa..

Belgium moves towards public ban on burka and niqab
Home affairs committee of Brussels federal parliament votes unanimously to ban partial or total covering of faces in public places
French Senate votes to ban Islamic full veil in public
The bill envisages fines of 150 euros for women wearing the full veil
France's Senate has overwhelmingly approved a bill that would ban wearing the Islamic full veil in public.


Satu lagi perkara yang amat merisaukan saya adalah dengan terbinanya kem-kem tahanan di seluruh Amerika Syarikat. kem-kem ini dibina oleh pertubuhan Fema(Federal Emergency Management Agency) dimana merupakan satu cabang dari Jabatan keselamatan Negara(Department of Homeland Security).Kem Kem ini sangat mirip dengan kem tahanan ketika perang dunia kedua..
Mengikut kepada pengkaji pengkaji Amerika,mereka merasakan bahawa hanya rakyat yang menentang kerajaan sahaja yang akan dimasukan ke dalam kem-kem Fema ini..tetapi saya berpendapat ia adalah untuk semua rakyat Amerika terutamanya Umat Islam apabila umat Islam difitnah dengan serangan penganas yang lebih dahsyat dari 9-11.

Selain dari Kem-Kem yang terdapat di Amerika, Ahli Jemaah Dajjal juga telah menyediakan keranda-keranda Plastik yang akan digunakan dalam pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di Amerika terutamanya lelaki Islam yang pasti akan menentang fitnah dan penindasan ini.




Anda mungkin merasakan perkara seperti ini tidak mungkin berlaku tetapi anda tersangat silap kerana ia pernah berlaku dan saya akan buktikan..Ia terjadi pada tahun 1942 apabila perang dunia kedua berlaku..kesemua warga Jepun yang juga rakyat sah Amerika syarikat telah ditahan dan dibawa ke Kem-Kem Tahanan diseluruh Amerika..

Perkara seperti ini juga akan terjadi pada umat Islam jikalau Ahli Jemaah Dajjal melancarkan Rancangan mereka untuk menyerang umat Islam di Eropah atau Amerika..Tonton Video dibawah ini..



Dengan huraian diatas ini saya merasakan sudah cukup untuk kita berwaspada dan memahami akan implikasi terhadap umat Islam di Amerika dan Eropah jikalau rancangan keganasan yang lebih hebat dari 9-11 dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Dajjal,sudah pasti umat Islam akan lebih ditindas dan dimalukan oleh Ahli Jemaah Dajjal Laknatullah ini..

Penindasan terhadap umat Islam pasti akan terjadi sehingga sampai ke satu peringkat, pernah diriwayatkan akan datang suatu zaman nanti umat Islam yang mahu menjalani kehidupan berteraskan Al-Quran dan Sunnah akan melalui kawasan perkuburan dan berkata; alangkah baik kehidupan kamu disana!! kerana ia tidak tertahan lagi akan penindasan yang terjadi terhadap umat Islam pada ketika itu.

Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya"

Kepada Musuh-musuh umat Islam,kejahatan kamu terhadap kami ini tidak akan kekal tetapi Seksaan dari Allah SWT Tuhan kami dan Tuhan kamu itu lebih Dahsyat dan kekal..Sekian Wassalam

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.(Fussilat 41:19-20)


Monday 13 October 2014

Pertabalan Dajjal di Israel Raya

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Pertabalan Dajjal di Israel Raya..saya memilih tajuk ini sebagai satu pendedahan yang penting untuk Umat Islam khususnya,kerana bagi saya ia sangat berkait rapat dengan masa depan kita sebagai Umat Nabi Muhammad SAW di penghujung akhir zaman ini..

Israel pada hari ini merupakan sebuah negara HARAM yang ditubuhkan oleh Golongan Yahudi dan Kristian Zionist(Yakjuj n Makjuj) dari darah dan tanah rakyat Palestin. Ia ditubuhkan pada 14 May 1948 dan kini telah 66 tahun negara haram ini menjadi simbol penyatuan Ahli Jemaah Dajjal dalam menghancurkan Palestin dan pada masa yang sama menyeksa Umat Islam di tanah suci ini..Palestin pada mulanya adalah dibawah mandat Empayar British selepas Empayar Turki Uthmaniyyah dikalahkan didalam perang dunia pertama. Empayar British yang dikuasai oleh keluarga Rothschild telah memaksa Empayar British menyerahkan Palestin kepada pertubuhan Zionist secara rahsia..seperti penyamun di malam yang gelap, pertubuhan penganas Zionist seperti kumpulan penganas Stern, Haganah dan Irgun telah melancarkan beribu ribu serangan keganansan terhadap rakyat Palestin dan juga askar askar British yang berpusat di Palestin..semua ini dirancang bersama oleh Ahli jemaah Dajjal dan kumpulan penganas zionist supaya tekanan boleh dilaksanakan terhadap Empayar British agar meninggalkan Palestin..Mandat British ke atas Palestin dan Baitul Maqdis berakhir pada 15 Mei 1948 tanpa membuat apa-apa peruntukan bagi pengganti pentadbiran di Palestin.Negara Palestin telah dibiarkan dengan begitu sahaja oleh Empayar British..

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah"(Al-Hajj 22:39-40)
Saksikan Video Dibawah ini


Mengapa golongan Yahudi Eropah perlu menubuhkan negara mereka di tanah milik Umat Islam?

Dengan tipu daya mereka ,golongan ulamak Yahudi ini telah menulis semula kitab Taurat dengan mengistiharkan bahawa tanah Palestin adalah milik mereka Yahudi secara eksklusif, dimana mereka perlu kembali dan menduduki kembali tanah yang menjadi hak mereka, Maka pertubuhan Zionist ini telah melakukan segala yang boleh untuk memujuk dan memanipulasikan pemikiran kaum Yahudi di Eropah untuk kembali ke tanah Palestin. Pada hakikatnya mereka kembali ke Palestin adalah kerana ingin mencipta satu pusat pemerintahan bagi Nabi mereka di Baitul Maqdis..ini adalah rancangan mereka dari awal perang salib lagi..Nabi mereka iaitu Dajjal Laknatullah perlu berlakon sebagai Al-Masih yang sebenar, ini adalah kerana tanggungjawab memerintah Baitul Maqdis dan Dunia sebenarnya adalah milik Nabi ISA A.S sebagai Al Masih yang sebenar..

Pusat Pemerintahan Dan Istana Dajjal Yang Ingin Dibina
Yahudi Eropah(Ashkenazi) adalah dari kaum Yakjuj dan Makjuj !!

Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, majoriti Yahudi yang berada di Israel dizaman ini adalah daripada golongan Yahudi Ashkenazi iaitu Yahudi yang berasal dari Eropah dimana asal usul mereka adalah dari kaum khazar.baca disini..
Bani Israel yang sebenar dizaman ini adalah dikenali sebagai Yahudi Sephardic dan mereka telah berhijrah ke negara Afrika, Maghribi, libya, Jordan, Syria, Iraq, Mesir, Algeria dan Turki selepas Nabi Isa A.S diangkat ke langit. Semenjak negara haram Israel ditubuhkan,Israel telah membunuh Yahudi Sephardic yang berhijrah ke Israel secara halus dan sistematik agar Yahudi Ashkenazi dapat menjadi golongan Yahudi utama di Israel..

70 000 North African Sephardic Jews Murdered By Israel
Siapa yang bertanggungjawab dalam penubuhan negara HARAM Israel ini?

Didalam Al-Quran , Allah SWT menegaskan bahawa Golongan Yakjuj dan Makjuj(GOG N MAGOG WORLD ORDER) merupakan golongan yang akan membawa kaum Yahudi(EROPAH) kembali ke Palestin untuk menubuhkan negara HARAM Israel..

Mustahil kepada penduduk (bani Israil) suatu negeri (Jerussalem) yang telah kami hancurkan bahawa mereka tidak kembali”. “ sehingga terbukanya tembok yang menghalang yakjuj dan makjuj, serta mereka turun dari tiap-tiap dataran yang tinggi”Al-Anbiya: 95-96

Negeri yang diduduki oleh Bani Israil pernah dihancurkan beberapa kali oleh Empayar Babylon dan Empayar Rom, dengan itu Bani Israel telah diusir dari tanah mereka. maka dengan ini, Ayat di atas menerangkan bahawasanya suatu masa nanti mereka akan kembali(Bani Israel) tetapi Bani Israel yang kembali pada 66 tahun lalu adalah Yahudi Eropah dan bukan Bani Israel yang sebenar..kerana mereka telah merampas identiti Bani Israel dan menjadikan misi mereka untuk menakluk tanah yang menjadi milik Bani Israel yang sebenar pada ketika dahulu.tetapi mereka hanya boleh berjaya dengan bantuan Yakjuj dan Makjuj iaitu kaum Khazar.
Kejatuhan Jerusalem dan pengusiran Bani Israel dari Palestin
Allah SWT telah membebaskan Yakjuj dan Makjuj ketika Rasulullah SAW masih hidup dan bangsa Yakjuj dan Makjuj inilah yang kemudian membawa mereka(Yahudi EROPAH) kembali ke Baitul Maqdis(Jerussalem) pada tahun 1917..mengikut pendapat saya bebasnya Yakjuj dan Makjuj dari tembok penghalang Zulqarnain adalah selari dengan pelepasan Dajjal laknatullah ke dunia ini.Dan perkara ini terjadi apabila Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menukar kiblah dari Baitul Maqdis ke Mekkah(KAABAH).Peristiwa itu menandakan bahawa masa untuk Bani Israel bertaubat dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi mereka telah tamat..dan hukuman pada Bani Israel telah bermula dengan Dajjal Laknatullah sebagai pembawa penyesatan kepada kaum Yahudi..sekali lagi saya menekankan bahawa pembebasan Yakjuj dan Makjuj serta Dajjal telah berlaku ketika Rasullulah SAW masih HIDUP...

Apakah yang sedang berlaku sekarang di Israel pada har ini?

kita pada hari ini hidup di zaman dimana kaum Yahudi telah kembali ke Jerusalem untuk menuntut semula tanah suci selepas pengusiran dikenakan terhadap mereka dari tanah suci hampir 2000 tahun yang lepas.Negara HARAM Israel pada hari ini merupakan satu negara sekular dan mempunyai pelembagaan syirik yang sama seperti setiap negara didunia ini,tetapi sesuatu yang pelik sedang berlaku, kerana Israel sedang cuba untuk menyamar sebagai sebuah negara keagamaan..tetapi hakikatnya adalah begitu jauh sekali..Israel mempunyai segala yang dimiliki oleh sebuah negara sekular dan lebih lagi..Israel merupakan negara yang penuh dengan rasuah, keruntuhan akhlak ,tidak bermoral ,rasis dan sexual Immorality adalah pada tahap tertinggi..sehingga penghambaan seksual berkembang pesat dinegara yang kononnya puak keagamaan menjadi tulang belakang Israel selama 66 tahun.. 

"Early 1990s until the mid-2000s, the Israeli sex industry was based on the trafficking of women from the former Soviet Union n Moldavia"..HAARETZ NEWS 2014..

"Approximately 25,000 sexual transactions for money take place everyday in Israel"..JERUSALEM POST 2001..

According to Tel Aviv's police statistics, there are more than 300 Brothels, 200 Sex clubs, and an unknown number of office providing call girls throughout the country,also there are about one million visits each month to prostitutes in Israel

Aid organizations estimate that the Israeli prostitution industry now involves about 15,000 women, men and transgender people.. 

"Jewish Rabbi Expected To Plead Guilty To Child Sex Abuse"..FailedMessiah.Com..

Kenyataan di atas mengesahkan bahawa kita kini menyaksikan pemenuhan amaran Al-Quran bahawa seksaan neraka pasti akan datang di hadapan mata mereka(Yahudi) akibat maksiat industri pelacuran dan kekejaman terhadap rakyat Palestin yang mereka lakukan ditanah suci Palestin ini..


Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.(Al Maaidah 5:78-79)

Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali..(Al-Kahfi 100-101)

 Masa Depan Israel dan penciptaan Empayar Israel Raya


Negara HARAM Israel pada awal pembentukanya merupakan hanya beberapa penempatan sahaja di daerah Tel Aviv dan Haifa di Palestin..tetapi dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penganas Zionist seperti Stern ,Haganah dan Irgun telah berjaya mengusir rakyat Palestin ke Gaza dan Ramallah..hari demi hari wilayah Palestin dirampas oleh Zionist dan apabila kuasa mereka makin kuat mereka mengunakan cara yang lebih efisen iaitu dengan peperangan terhadap negara negara Arab..perlu diketahui bahawa peperangan Israel dengan negara negara Arab hanya lah satu lakonan sahaja kerana pemimpin negara Arab hanyalah boneka kepada Israel serta membantu Israel memperluaskan tanah jajahannya secara rahsia..kenapa saya berkata begitu, ini adalah kerana setiap kali Israel berperang dengan negara Arab, Israel akan mendapat satu atau lebih wilayah baru di Palestin dan juga ditanah Arab..


-Pada tahun 1947 Ahli Jemaah Dajjal menggunakan kuasa mereka melalui Perhimpunan Agung di United Nation dalam melaksanakan
 satu pelan untuk memisahkan barat Palestin kepada dua negeri dan seperti biasa negara Arab tidak membantah pelan ini. 


-Perang Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948 mengakibatkan Israel berjaya memperluaskan tanah jajahanya sebanyak 70% di Palestin..

-Pada tahun 1967 sekali lagi negara negara arab pengkhianat ini membantu Israel mengembangkan wilayahnya dengan berlangsungnya perang 6 hari dimana Israel muncul sebagai pemenang dan berjaya mendapat wilayah di Gaza di Palestin, Semenanjung Sinai yang begitu strategik dari mesir, Tebing barat dari Jordan, Dataran Tinggi Golan(Golan Heights) dan Baitul Maqdis timur ..


Satu lagi peperangan yang terakhir bagi Israel akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini dan kali ini negara negara Arab akan dihancurkan sama sekali dengan menggunakan senjata Biologi(serangan Wabak) dimana bangsa Arab akan pupus dan tinggal hanya sedikit sahaja bilangan mereka.(Baca Disini) Dengan penghapusan kaum Arab ini, Israel akan dapat melaksanakan Empayar Israel Raya yang diidamkan oleh Golongan Zionist dan Ahli Jemaah Dajjal sejak mereka menulis didalam kitab Taurat mereka bahawa wilayah Israel yang sebenar adalah dari sungai Nil di Mesir sehingga sungai euphrates di Iraq..dan ini telah di dimasukan ke dalam bendera Negara Haram Israel melalui dua jalur biru dan di tengah tengah terdapat bintang Hexagram iaitu Negara Haram Israel..

Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah s.a.w. berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah orang-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi.



Mengikut pendapat saya masa depan negara Palestin dan rakyatnya adalah sangat suram kerana Israel dizaman ini yang mendapat sokongan dari Yakjuj dan Makjuj World Order tidak lagi dapat ditewaskan dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh menewaskan mereka selepas Allah memperkenankan Doa dari Nabi ISA A.S yang memohon kepada Allah SWT di atas bukit Turr untuk membinasakan mereka(Yakjuj Dan Makjuj)..

Pertabalan Al Masih Ad-Dajjal Di Negara Haram Israel 

Apabila Zionist berjaya menghapuskan bangsa Arab, serta perluasan Wilayah Empayar Israel Raya dilakukan, Bermulalah penghijrahan golongan Yakjuj dan Makjuj(Yahudi Eropah) dari seluruh dunia untuk kembali untuk bersama dengan Nabi mereka iaitu Dajjal Laknatullah.Maka tiba lah masa bagi Dajjal laknatullah untuk memunculkan dirinya sebagai pemerintah ulung bagi Golongan Yakjuj dan Makjuj Zionist(Yahudi Eropah) di Israel..Dan Dajjal perlu disambut dengan Istana Haikal Sulaiman yang siap dibina di Baitul Maqdis..Baca Disini
Replika Istana Dajjal yang ingin dibina di Baitul Maqdis
Mesti Tonton Video Tutorial Istana Dajjal


Yahudi menunggu kemunculan nabi mereka didalam Istana Dajjal
Satu lagi perkara penting yang ingin saya kongsikan adalah, Akhir zaman sebenarnya telah bermula ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan dan Nabi Muhammad mengkategorikan akhir zaman ini sebagai lima Fasa dan kita sekarang berada di Fasa yang keempat


Fasa Dajjal menguasai dunia pula adalah selama 40 Hari.. kerana Rasulullah SAW menerangkan bahawa Dajjal akan hidup dan menguasai Dunia selama 40 hari dan keteranganya adalah seperti berikut..Sehari seperti setahun, Sehari seperti sebulan, sehari seperti Seminggu dan hari yang berikutnya Dajjal berada didalam hari kita yang biasa..

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:
“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)


Kesimpulan hadis diatas ialah Dajjal hidup dalam 4 fasa, iaitu:

1 hari = Setahun (Britain menjadi pusat pemerintahan Dajjal)
1 hari = Sebulan (Amerika menjadi pusat pemerintahan Dajjal)
1 hari = Seminggu (Israel menjadi pusat pemerintahan Dajjal)
Dan selebihnya = Seperti hari kita iaitu 24 jam sehari semalam (Dajjal muncul secara Fizikal dan menguasai dunia dari Israel Raya)

Allah SWT dengan sengaja membiarkan Yahudi di Israel melakukan Fasad(kekejaman)mereka ke atas umat Islam..Dan kini Yahudi zionist menjadi lebih sombong kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah umat terpilih dan akan mewarisi tanah suci Palestin untuk selama lamanya..Yahudi diseluruh dunia merasakan bahawa zaman Emas yang mereka miliki pada zaman Nabi Daud A.S dan Sulaiman A.S kini akan kembali apabila Empayar Israel Raya dilaksanakan dan diketuai oleh Al Masih mereka iaitu Dajjal laknatullah..tetapi mereka tidak tahu bahawa Allah SWT sebenarnya hendak mereka semua (Yahudi Zionist) dikumpulkan bersama untuk permudahkan Hukuman Ilahi dilaksanakan terhadap mereka di negara HARAM Israel ini..

Walau apa pun rancangan yang Ahli Jemaah Dajjal dan Yahudi Zionist(Yakjuj dan Makjuj) ini formulasikan, mereka tetap akan menerima kekalahan dan seksaan yang tersangat pedih..Janji Allah SWT adalah benar dan pasti..Umat Islam lah yang akan menang pada akhirnya..Diharap saudara saudari mendapat memahami penulisan ini agar dapat disebarkan kepada rakan rakan Islam anda..semua umat Islam perlu sedar apa yang bakal tiba di negara Suci Palestin tidak lama lagi..Sekian Wassalam.

Thursday 11 September 2014

Rothschild Duta Iblis BHG 2..

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana keluarga Rothschild menjadi Duta kepada IBLIS. Kepada sesiapa yang belum membaca bahagian pertama,sila baca disini dahulu..


Semuanya bermula dari Mayer Amschel Baur (Rothschild) yang berada di Jerman pada 1760, Mayer Amschel Baur telah melakukan perjanjian bersama Iblis untuk menjadi duta beliau dan memastikan keturunanya melaksanakan setiap rancangan Iblis dalam menguasai manusia. Mayer Amschel Baur seperti yang diketahui adalah seorang penganut Yahudi Talmud dan mempunyai kepakaran didalam bidang sihir dan magik yang dipelajarinya dari kitab Kabala Yahudi..

Dari Kitab Kabbalah itu Mayer Amschel Baur telah mempelajari cara untuk berhubung dengan Iblis dan dengan itu Dia telah berjaya berhubung Iblis dan melakukan perjanjian untuk melaksanakan tugasan serta rancangannya..Sebenarnya keluarga Rothschild adalah penyembah Iblis tetapi dengan segala tipu daya mereka telah mengaburi mata masyarakat dunia dengan melakonkan watak sebagai penganut Yahudi. Ini semua adalah tipu daya mereka agar dapat berlindung dibelakang agama Yahudi dan dapat mengunakan identitinya dalam menguasai Negara Haram Israel..

"Lucifer is very much alive, He is our god, and we are His chosen people." -Mayer Amschel Rothschild,banker 33° Scottish rite Mason n founding father of the illuminati

Kesemua Keturunan Rothschild memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan rancangan Iblis di akhir zaman ini dan mereka merupakan ketua-ketua Rahib bagi agama Syaitan (illuminati) yang mendahului didalam ritual penyembahan terhadap tuhan mereka iaitu Iblis laknatullah..maka dengan ini Iblis dan hulu balangnya membantu keluarga Rothschild untuk menjadi keluarga yang paling kaya,berkuasa dan terpengaruh didunia agar dapat melaksanakan tugasan Iblis dengan lebih efisien..

Pada tahun 1770 Mayer Amschel Rothschild telah melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu kumpulan rahsia yang dinamakan sebagai illuminati dan telah melantik serta memberi kepercayaan kepada beberapa keluarga Yahudi (penyembah Syaitan) untuk melaksanakan rancangan New World Order atau lebih tepat lagi satu Order Secular yang membawa manusia jauh daripada keimanan dan ketaqwaan terhadap pencipta kita iaitu ALLAH SWT..kerana itu adalah hasrat Iblis dari awal penciptaan manusia lagi..kita dapat lihat pada hari ini bagaimana manusia telah hilang pedoman,mengabaikan fitrah kehidupan dan keimanan mereka..

"Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)..(Al-A'raf: 16-17)

Apakah rancangan pertama Duta Iblis ini membantu Iblis membawa keturunan Nabi Adam ke neraka Jahanam??

Senjata utama yang digunakan oleh keluarga Rothschild adalah Riba Riba Riba Dan Riba..hampir 90% penduduk dunia hari ini telah memeluk Riba ke dalam pangkuan mereka dan jikalau Umat Islam faham akan implikasi Dosa Riba ini kita pasti tidak akan dapat tidur dengan lena lagi..keluarga Rothschild dengan bijaksana telah menguasai bank of England pada tahun 1815 dan telah diarah oleh Iblis laknatullah untuk menyerang manusia terutamanya umat Islam mengenai Wahyu terakhir yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW iaitu wahyu mengenai larangan mengamalkan RIBA..Mereka telah menubuhkan The Federal Reserve,IMF dan Bank Dunia untuk mengawal ekonomi England, Amerika Syarikat, dan seterusnya ekonomi dunia. Kita tidak terlepas dari Riba perbankan..Inilah rancangan Maha Jahat mereka tanpa kita sedari. Inilah konsep Lending Money On Interest!Rothschild telah berjaya untuk membawa umat Islam ke neraka dengan Dosa Riba yang sangat dahsyat ini.. 


Apakah impilikasi Dosa Riba dan adakah kita hamba yang tidak beriman jikalau kita mengamalkan Riba??

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman…(Al-Baqarah: 278)

Adakah anda sedar bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang terhadap pengamal riba..

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al Baqarah: 279)

Perisytiharan perang oleh Allah SWT dan Rasul itu membawa pengertian lebih luas ,Malah peperangan ini sebagaimana diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar kalamNya adalah diisytiharkan ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan sosialnya.Dosanya sangat besar dimana dapat menghapuskan berkah daripada individu serta masyarakat, bahkan dapat mendatangkan bencana di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya...(Al-Baqarah: 275)

Mari kita lihat sabda Nabi Muhammad SAW mengenai Riba..

Rasulullah saw. bersabda "Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk diseksa oleh Allah." (HR Hakim)

Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan: "Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama." (HR Muslim)

Rasulullah saw bersabda.: "Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorang pun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).
Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 orang pelacur” (HR Ahmad & at-Thabrani).


Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat;
"Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka"



Riba sejak dahulu hingga kini merupakan alat penindasan, perhambaan, eksploitasi, kezaliman, pemerasan, penghisap darah, penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya. Semua itu bukan hanya terjadi pada peringkat individu sahaja, malah terjadi terhadap bangsa, umat dan negara. ini merupakan Rancangan Utama Ahli Jemaah Dajjal..

Kezaliman Riba Terhadap Individu dan Penjajahan Dunia

Kezaliman Riba boleh dilihat secara nyata dari peringkat sesama individu sehinggalah kepada peringkat penjajahan dunia, khususnya apa yang dilakukan oleh negara yang kuat dan kaya ke atas negara yang lemah dan miskin seperti apa yang terjadi ke atas negara-negara Dunia Ketiga. Melalui hutang dengan sistem riba, akhirnya kekayaan negara-negara Dunia Ketiga terus dirampas dan mengalir ke Institusi Jemaah Dajjal seperti IMF dan Bank Dunia, dengan hutang itu pula, negara-negara Islam dijerat dan dibonekakan dengan mudah oleh negara-negara besar.baca disini 

Penjajahan ekonomi ini seterusnya mengakibatkan kepada penjajahan fizikal yang memperolehi ketaatan negara Dunia Islam serta Negara membangun. Akibatnya kita akan sebati dan lali dengan riba sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap Asing, Pelik dan Bodoh. 

Peranan Ulama didalam Dunia Islam

Ulama yang kita miliki hari ini juga Jahil terhadap perkara ini dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai rancangan musuh terhadap umat Islam dan jikalau ada ilmu sekali pun mereka hanya membisu,pekak dan membutakan diri.ia tersangat mendukacitakan kerana mereka juga telah kehilangan pandangan MATA HATI mereka dimana tidak mampu lagi untuk menilai dan memahami rancangan Licik musuh Islam terhadap mereka dan kita semua..Ulama pada akhir zaman ini telah ditundukkan oleh pemerintah bagi kepentingan diri mereka. Mereka telah menjual diri demi kepentingan dunia..Ulama zaman sekarang juga bukan sahaja membenarkan riba ini berlangsung dengan Fatwa-fatwa mereka tetapi juga menghalang Ulama yang Ikhlas dalam proses memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam mengenai perancang musuh terhadap kita..

Pada hari ini Umat Islam sendiri seperti tidak kisah lagi mengenai Riba kerana mereka melihat bahawa Ulama yang mereka sanjungi sendiri tidak mendedahkan dan menghalang mereka dari terus terjebak ke dalam Riba. Umat Islam di zaman ini sendiri telah di brainwash oleh budaya moden yang mementingkan Materialistik seperti rumah besar,kereta besar,telifon bimbit berjenama dan barangan rumah yang berjenama..Rancangan ini juga telah dipermudahkan dengan wujudnya Kad Kredit yang membolehkan bayaran dilakukan secara ansuran dan semestinya disertakan dengan Riba..Ini juga adalah salah satu perangkap Iblis terhadap umat Islam..

Akhir sekali saya ingin memperingatkan anda semua, iaitu rancangan ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan rapi dan teliti oleh keluarga Rothschild selaku Duta bagi Iblis laknattullah dalam memastikan kita terutamanya Umat Islam Akhir Zaman akan menempah tiket ke neraka dengan menggunakan sistem yang telah mereka ciptakan ini (Riba)..sudah tiba masanya untuk keluarga Rothschild melaksanakan Rancangan yang paling mega mereka ke arah penubuhan sebuah kerajaan dunia (World Government) yang berpangkalan di Baitul Maqdis dengan menghambakan umat di seluruh dunia dengan sistem perbankan mereka melalui One World Currency (matawang Global)..baca disini..
Inilah yang dikatakan Riba yang telah digunakan oleh keluarga Rothschild dalam memerangkap umat Islam sedunia di akhir zaman ini..Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri..Sekian Wasalam...