widgeo.net

Tuesday 21 January 2014

Memahami Hadis Dajjal Dari Perspektif Realiti

Assalamualaikum kepada saudara-saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya..Pada topik kali ini saya ingin menerangkan Simbol simbol Dajjal yang terdapat pada Hadis Nabi Muhammad SAW mengikut pemahaman dan pendapat saya..InsyaAllah..sebelum saya bermula saya ingin semua pembaca tahu bahawa ini merupakan pendapat peribadi saya dan anda diberi amaran agar tidak yakin bulat bulat dengan pendapat saya ini ..dan hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui..

Nabi Muhammad SAW Sentiasa memberi amaran dan peringatan mengenai perihal Dajjal.Disini saya akan mengupas Hadis-Hadis perihal Dajjal ini agar kita boleh lebih memahaminya dari perspektif logik dan Realiti.Mengikut pendapat saya, Hadis hadis ini merupakan Simbolik dan kita diseru untuk mengunakan akal untuk berfikir dengan lebih mendalam dalam memahami dan memecahkan kod kod yang terdapat didalam hadis Perihal Dajjal ini..mari kita bermula dengan hadis yang pertama..

Dajjal bermata satu dan matanya seperti buah anggur yang menonjol keluar

Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan, seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul."
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Mukmin, sama ada ia pandai membaca atau tidak, kerana ia akan dibaca oleh 'mata hati' bukannya mata luaran kita.

Mengikut pendapat saya hadis ini membawa maksud seperti Dajjal yang buta mata Hatinya, pengikut Dajjal dan juga manusia yang telah gagal dalam ujian fitnah Dajjal juga adalah buta mata hati dan buta(kejahilan) mereka tampak begitu menonjol sekali seperti buah anggur yang tersembul..kerana apabila mereka diberi peringatan mengenai Fitnah Dajjal, mereka akan menidakan kenyataan dan nasihat dengan hujah-hujah yang bodoh,dan dari situ kejahilan mereka adalah begitu ketara seperti buah anggur yang menonjol keluar dari mata Dajjal..

Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Maka ini lah strategi yang digunakan oleh Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta mata hati agar mereka akan tertipu dalam penilaian yang mereka buat..Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Fitnah Dajjal..
Dalam Hadis yang sama dikatakan Dajjal akan mempunyai tanda kafir di dahinya..maka pendapat saya adalah bahawa pengikut Dajjal adalah di dalam golongan orang kafir yang menjadi musuh Islam dan pada hari ini kita dapat lihat kumpulan yang bertungkus lumus dalam menjahanamkan Islam adalah satu kumpulan yang dikenali sebagai The Council on Foreign Relations yang berpusat di Amerika Syarikat..
Simbol CFR Atau (Kaf-Fa-Ra)KAFIR Pada Dahi DAJJAL

Pesawat Tempur Israel dari Kfir Brigade
Dajjal menguasai Cuaca dan iklim


" Di antara cubaan Dajjal lagi, dia memerintahkan langit menurunkan hujan, lalu hujan pun turun dari langit. Dia memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu ia pun menumbuhkan tanaman, sehingga haiwan ternakan kembali pada waktu petang dalam keadaan lebih gemuk dari sebelumnya dan lebih besar kantung susunya
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Pada hari ini Dajjal telah pun menguasai Cuaca dan Iklim dibumi ini..bagaimana anda bertanya?dengan Menggunakan satu senjata atau lebih dikenali sebagai HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program) Dajjal dapat melaksanakan Gempa bumi,Ribut taufan,Hujan lebat,Kemarau atau pun Petir yang dahsyat dengan menggunakan senjata HAARP ini..Baca disini

Dajjal bergerak selaju angin

"Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi SAW menjawab, Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.”
(Hadis Riwayat Muslim)


Mengikut pendapat saya Dajjal bergerak pantas selaju angin bermaksud Dajjal mempunyai teknologi untuk bergerak laju dengan menggunakan kapal terbang,siaran Television, Laptop dan handphone yang menggunakan Satelit..ini semua adalah teknologi milik Dajjal untuk bergerak atau menyampaikan infomasi miliknya ke serata dunia selaju angin..

"Dajjal akan muncul dengan menaiki keldai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh meter"

Mengikut pendapat saya Hadis ini menerangkan bahawa kenderaan Dajjal adalah kapal terbang pengangkutan dan bukan lah haiwan keldai yang sebenar..kerana simbolik kepada Keldai adalah haiwan pengangkutan..

Dajjal meloncat dari bumi ke langit

"Dajjal akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi" (Abu Dawud). 

Mengikut pendapat saya Hadis di atas ini bermaksud Dajjal akan mempunyai satu alat untuk keluar dari bumi dan berlegar-legar di angkasa dan pada zaman ini kita telah dapat menyaksikan Dajjal menggunkan kapal angkasa untuk keluar dari bumi dan mengexplorasi angkasa lepas

Sila tonton video ini agar mendapat pencerahan yang bermakna

Dajjal membunuh dan menghidupkan orang 

Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal Laknatullah bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang di bunuh itu, yang kebetulanya adalah orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Di zaman ini ramai diantara manusia yang telah terpedaya dengan teknologi yang digunakan oleh Dajjal..ini adalah kerana apabila seseorang itu selamat menjalani pembedahan seperti pembedahan Jantung atau buah pinggang, manusia yang lemah Iman akan terus saja memuji kepakaran teknologi atau doktor pakar yang telah menyelamatkannya dari kematian..ini adalah satu lagi ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambanya..dan jikalau kita menjadi seperti di atas maka kita bukan sahaja telah Syirik tetapi telah gagal dan terpedaya dengan kehebatan Fitnah Dajjal..pada hari ini kita dapat lihat bagaimana manusia akan dibedah dan disambungkan semula dan ia hidup kembali..

Pembedahan jantung yang dapat menyelamatkan manusia
Lihat bagaimana Dajjal menggunakan teknologi bagi menghidupkan Manusia yang telah mati

Dajjal membawa bersama Syurga dan Neraka

Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya yang kerinting serta dia membawa Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka bagi orang Islam dan beriman kepada Allah SWT"
(Hadis Riwayat Muslim) 


Secara analoginya kita dapat lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan, kemewahan, kenikmatan hidup, cintakan dunia dan pelbagai lagi adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Dajjal juga mengoda pengikutnya dengan bermacam-macam alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan lain-lain.Baca Disini..Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka.lalai dan terpesona dengannya..
Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa bosan dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
Hamba Hamba Allah SWT ini lah yang akan mewarisi Syurga
Harta bumi keluar atas arahan Dajjal

"Dan ia(Dajjal) apabila melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya"


Dengan munculnya Revolusi perindustrian, Dajjal telah berjaya mencipta pelbagai kaedah atau peralatan untuk mengeluarkan harta-harta dari perut bumi yang sebelum ini merupakan rahsia alam dengan mudah..maka dengan teknologinya ini Dajjal dapat mengeluarkan Berlian dari bumi Afrika,Minyak dari Jazirah Arab,Getah dan Timah dari Asia dan Emas dari Amerika latin..Semua ini telah digunakan dengan sepenuhnya oleh Dajjal untuk menguasai Dunia ini..
Lombong Berlian Kimberley yang paling terkenal di Afrika
Pelantar Minyak 
Kapal Korek Bijih Timah
Lombong Emas Terbesar Didunia
Wanita golongan terakhir keluar kepada Dajjal

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."


Maksud Hadis ini adalah wanita adalah golongan terakhir dan terpenting untuk digoda,dirosakan,dilalaikan dan diperdayakan oleh Dajjal dan lelaki yang beriman perlu mengambil peranan penting untuk menyedar dan menyelamatkan golongan wanita di zaman yang penuh dengan tipu daya Dajjal..wanita adalah golongan yang lemah dan tersangat mudah untuk diperdayakan, maka kita sebagai Ayah, Suami, Abang atau adik perlu peka dengan tanggungjawab dalam memelihara golongan wanita dari Fitnah Dajjal di zaman ini..Baca disini bagaimana wanita telah diperdayakan oleh Dajjal..dan juga disini untuk memahami dengan lebih Lanjut..

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

Tipu daya Syaitan Dan Dajjal dalam pelbagai rupa
Dajjal Dajjal Kecil Sudah Pun Mengoda Wanita Kearah Mereka
Mengikut pendapat saya Dajjal akan muncul tidak lama lagi dimana beliau akan menyerupai seperti Manusia yang biasa dan bukan seperti makhluk yang pelik..lihat Gambar dibawah ini..

Rupa Dajjal Adalah Seperti Seorang Manusia Yang Biasa
Dajjal di dalam Imiginasi Umat Islam
H.R. ABU DAUD: 
Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


Seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan
Bangsa Bangsa Bersatu
Dengan semua penerangan di atas, saya berharap Saudara Saudari Islamku dapat memahami Realiti Symbolisma berkenaan Perihal Dajjal dari prespektif Logik Akal, agar kita sama sama dapat melindungi diri dari Fitnah yang paling dahsyat di zaman ini iaitu Fitnah Al Masih Ad-Dajjal yang sedang menerjah ke atas kita Umat Islam dari pelbagai arah InsyaAllah..kita juga perlu memahami rancangan yang digunakan oleh Musuh Islam agar kita tidak terpedaya dan terperangkap..Sekian Wasalam.