widgeo.net

Friday, 27 December 2013

illuminati Dan Hiburan Yang Melalaikan Umat Islam

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana kita semua dikuasai melalui HIBURAN yang melalaikan kita sehingga kita tidak memahami realiti sebenar kehidupan kita didunia milik Allah SWT ini..


Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan penuh dengan illusi ini,kita sebenarnya telah dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ke arah kelalaian yang tidak berfaedah dan berlawanan dengan fitrah kehidupan kita di dunia ini..kita telah menganggap bahawa dunia ini adalah sebagai pentas untuk bersuka ria dan hiburan itu adalah satu aspek yang perlu ada di dalam kehidupan seharian kita..disini saya tidak lah mengatakan bahawa saya adalah penentang kepada hiburan tetapi kita perlu bijak dalam menilai dan juga mengenali jenis-jenis hiburan yang kita sertai dalam kehidupan kita yang sementara ini..
Sebelum saya mendedahkan rancangan Ahli Jemaah Dajjal terhadap kita melalui hiburan.Mari kita fahami dulu apakah fitrah dan tangunggjawab kita berada di dunia ini..Allah SWT berfirman:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Adz-Dzariat : 56

Allah SWT berfirman pada ayat diatas bahawa DIA menciptakan jin dan manusia supaya mereka menyembah-Nya dan dunia ini adalah Alam yang paling penting bagi kita semua. Di dunia inilah tempat di mana akan menentukan sama ada kita berjaya memasuki syurga Allah atau sebaliknya..maka perlukah kita membuang masa kita yang tak seberapa ini untuk hiburan yang hanya melalaikan kita daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita oleh Allah SWT..

''Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid : 20)

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja berasa teruja dengan kehebatan teknologi malahan menjadi begitu taksub sehingga sanggup membazir wang yang beribu dan masa untuk mendapatkan teknologi yang melalaikan mereka ini..
Sanggup menunggu demi mendapatkan gadget terbaru
Mari kita lihat bagaimana dan apakah kaedah yang telah digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal untuk melalaikan kita..saya akan bermula dengan kelalaian kanak-kanak di zaman ini..Permainan Video seperti Playstation, X Box,Smartphone yang mempunyai pelbagai Game telah dicipta agar Kanak-Kanak sentiasa berada didalam kelalaian seperti gambar dibawah ini..
Bukan saja kanak-kanak dizaman ini dilalaikan oleh Gadget gadget ini tetapi mereka juga didedahkan dengan unsur-unsur keganasan dan Seks melalui Game yang mereka mainkan dan tanpa kawalan ibubapa terhadap perkara ini, anak-anak kita berkemungkinan akan mempunyai sifat ganas atau tidak lagi mempunyai belas kasihan kerana sentiasa diserang oleh image image keganasan didalam kehidupan seharian mereka..
Adakah remaja di zaman ini terkecuali dari kelalaian ini..sudah tentu tidak kerana Ahli Jemaah Dajjal telah mencipta pelbagai kaedah untuk melalaikan remaja di zaman ini seperti Muzik,Sukan,Rancangan realiti dan filem filem dari Hollywood..remaja juga diserang dengan pelbagai aktiviti tidak sihat seperti menonton video video lucah dari pelbagai laman web di internet tanpa sekatan dan tidak terhenti di situ, malah remaja hari ini disajikan dengan laman Sosial seperti Facebook,Twitter,WeChat dan Instagram..Cuba bayangkan jikalau seharian tanpa laman sosial ini pasti akan menyebabkan remaja menjadi tidak stabil dan juga mengalami Stress akibat ketagihan laman sosial ini..sungguh hebat Godaan hiburan di zaman Fitnah yang memperdayakan ini..
Sukan Yang Melalaikan Remaja
Konsert muzik yang sangat merosakan Akidah
Irama muzik terutamanya dengan menggunakan walkman atau Ipod telah berjaya menukar remaja di zaman ini menjadi seperti Zombie kerana tergoda dengan irama muzik walau dimana jua mereka berada dan sentiasa lalai dan tidak menyedari keadaan sekitar mereka..

Satu lagi rancangan yang telah berjaya digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal adalah Sukan..dan sukan sepatutnya diamalkan untuk kesihatan tubuh badan telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan sehingga dapat digunakan di seluruh dunia agar dapat melalaikan Umat Manusia..Dan ideologi melalaikan Massa(umat manusia) telah dicipta di Rom pada tahun 264 BCE.Ini adalah kerana Raja-Raja Rom yang takut kepada pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan mereka, Maka mereka telah mengalihkan perhatian rakyat mereka daripada peristiwa yang tidak menyenangkan pemerintahan Rom pada ketika itu dengan permainan-permainan yang melalaikan rakyat mereka agar berada dalam kelalaian yang menerus..dan permaianan ini dilaksanakan di dalam Arena colosseum.. 
Sukan purba untuk melalaikan Massa
Dan hari ini kita dapat lihat kaedah yang sama dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Dajjal dengan menggunakan Sukan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian Massa dari isu-isu penting sehingga tergoda kepada kelalaian yang menyedihkan..bermacam-macam permainan sukan dicipta seperti World Cup, Acara Olimpik,liga-liga Bola sepak dan sebagainya agar dapat mengambil hati para ternakan yang ingin dikawal oleh mereka di dalam Colosseum Moden iaitu Stadium..

Akibat dari penyertaan Umat Islam maka timbul lah pergaduhan,maki hamun,pergaulan bebas antara wanita dan lelaki dan lain-lain permasalahan..lihat saja lah Umat Islam hari ini yang terperdaya dengan budaya barat..

“Apakah kau (manusia) menyangka bahwa Aku ciptakan kamu dengan main-main dan (kau kira) kamu tidak akan dikembalikan kepada KU?”Al-Mukminun (23) : 115

Lagi satu cara yang telah dipermudahkan oleh Ahli Jemaah Dajjal melalui sains dan teknologi untuk kita adalah dengan menggunakan Television sebagai alat untuk mengawal dan memanipulasi pemikiran kita tanpa kita sedari..Di zaman Ini kita tidak perlu lagi keluar dari keselesaan rumah kita untuk berhibur,kerana kita telah diberi Tell Lie Vission(TV) dan semua ini adalah alat untuk mengawal kita agar berada dalam keadaan Khayal dan lalai dari pada Isu yang sebenarnya terjadi di sekitar masyarakat kita..dengan rancangan realiti seperti Maharaja lawak, Anugerah lagu dan Akedemi Fantasia sudah cukup membuatkan kita terpengaruh dan terhibur dalam kelalaian yang menyedihkan..
Naga Merah Simbol Iblis
Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315)

“Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.”Sabda Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Sila Tonton video Sheikh Hamza Yusuf dibawah ini agar mendapat pencerahan yang bermakna..
Rancangan untuk melalaikan kita adalah rancangan yang paling penting bagi Ahli Jemaah Dajjal agar kita tidak akan mengetahui realiti kehidupan kita,tidak mengetahui rancangan mereka dan yang terpenting adalah menyebabkan kita berpaling dari Fitrah kehidupan kita dalam menyembah Allah SWT… 

Pada hari ini kita dapat lihat diseluruh pelosok dunia semua Umat manusia yang bermata satu telah berjaya dilalaikan oleh Ahli Jemaah Dajjal sehingga begitu ketara kelalaian Umat manusia dimana tidak pernah berlaku di dalam sejarah ketamadunan manusia sebelum ini..ini lah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa tiada fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Ad-Dajjal dan kita telah diberi amaran berkali-kali agar berwaspada tapi sayang sekali kita semua seperti didalam khayalan yang sungguh menyeronokkan jiwa dan raga ini..

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".(Al-Furqaan 25:30)

Kenyataan ini merupakan satu teguran dan peringatan buat saya dan juga Umat Islam yang berada diluar sana agar kita sama-sama dapat memahami realiti kehidupan kita di dunia ini agar tidak terpedaya dengan rancangan Dajjal dalam melalaikan kita dari fitrah kehidupan kita yang sementara ini..gaya hidup moden yang sedang kita peluk kini adalah salah satu senjata yang mereka gunakan untuk mempengaruhi pemikiran kita agar menjadi hamba mereka..
jangan lah kita mencampakkan diri kita dalam kebinasaan setelah diperingati dan kita perlu sentiasa berwaspada terhadap rancangan musuh Islam yang sentiasa mencuba dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan,memperdayakan dan melalaikan kita dari tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT yang sebenar di dunia ini..Sekian Wassalam..

10 comments:

  1. terimakasih tuan,
    memang amat benar pandangan anda, namun begitu sangat sedikit yang menyedari dan ingin menjauhkan diri dari hiburan yang melalaikan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pencerahan yang sangat bermakna ini..moga ramai yang akan menyedarinya kelak..

    ReplyDelete
  3. Rasanya dah trlambat dah En.Khalid untuk menasihati pemuda pemudi zaman skrg....hampir semua dah dilalaikan oleh dajjal....kalu kita tegur kita di katakan kolot plak....hai fitnah dajjjjall dh merosakan umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yang terlambat Saudaraku..yang penting kita perlu tahu bahawa tahu jikalau kita meletakan sesuatu melebihi dari menyembah Allah maka kita telah menyembah selain dari Allah..dan itu merupakan tukan kita..dan zaman sekarang Hiburan telah diletakan melebihi Ibadah..maka tarik lah mereka pemuda pemudi dengan cara yang berhemah dan bijak agar mereka akan sedar dan akan berubah..

      Delete
  4. nwo owo ialah sistem yg sama, cuma ganti orang baru je11 January 2014 at 23:11

    NWO dan OWO is already here lama dah

    Orang2 tua old world order (owo) pelan2 kereput knockout, maka diganti dgn generasi seterusnya iaitu sekarang...

    Generasi Z=Zion

    istilah yg dibuat barat untuk menjadikan anak2 muda sedunia sebagai pewaris sistem antikristos di bandar2 metropolis state.

    So secara teknikal, pengobses duit dan kerja untuk sistem antikristos dah lama sekeliing hasil dari buatan old world order dan akan diwarisi kepada anak-anak generasi Z=Zion NWO

    sekian

    ReplyDelete
  5. zombiee... are coming... brain..brain..brain..ooo patutlah zombie duk sebut brain brain..bukan nak makan otak tapi nak merosakan otak(pemikiran)..............aku pun same duk main game zombie...kui2 kui2..

    ReplyDelete
  6. why ada generasi X and Y......myb mereka sudah maklum dunia hampir sampai ke penghujungnya....

    ReplyDelete
  7. Seorang yang bijaksana tidak akan menyibukkan diri melainkan untuk tiga tujuan: mencari bekal untuk hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yg halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali R.A berkata : " Dunia berjalan mundur, sedangkan akhirat berjalan kedepan, masing-masing adalah hamba, maka jadilah hamba akhirat dan janganlah kamu menjadi hamba dunia kerana hari ini hanyalah beramal dan tidak ada hisab, sedangkan hari esok ada hisab dan tiada amal lagi.

      Delete
  8. benar sekali.ummat islam dikepung dengan agenda yahudi zionis.

    ReplyDelete