widgeo.net

Thursday 27 August 2015

Wanita Wanita Yang Tiada Tandingan Di Dunia ini

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Wanita wanita yang tiada tandingan di dunia ini..Siapakah mereka mereka ini yang menjadi Pujian,ikutan dan dihormati oleh sekalian Umat Islam, mereka adalah Asiyah, Siti Hajar, Maryam, Siti Khadijah, Siti Aisha dan Siti Fatimah...



Saya akan bermula dengan kisah Seorang wanita yang sangat berkuasa di zamanya, beliau adalah Asiyah iaitu Isteri kepada Firaun..Di zamanya Asiyah A.S mempunyai kuasa yang sangat hebat, bukan saja beliau mempunyai kekayaan yang banyak tetapi mempunyai hamba yang paling ramai dan setia..pendek kata beliau mempunyai setiap benda yang boleh dimiliki oleh seorang Maharani di dunia..tetapi baginya beliau sanggup melawan dunia semata-mata untuk memelihara Agamanya iaitu Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Musa A.S..sehingga beliau diseksa oleh suaminya Firaun sehingga Mati Syahid..mari saksikan kisah beliau dibawah ini

Seterusnya wanita yang ingin saya kisahkan adalah Siti Hajar A.S iaitu Isteri kepada Nabi Ibrahim A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat sabar dan taat kepada suaminya Nabi Ibrahim A.S..pada ketika beliau ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tanah yang tandus iaitu Makkah beliau hanya bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT untuk menjaga beliau dan anaknya Nabi Ismail A.S..mari saksikan kisahnya dibawah ini..

Seterusnya Wanita yang sangat istimewa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah Maryam A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat mulia disisi Allah dan telah dipilih menjadi seorang ibu kepada seorang lagi Nabi yang Hebat iaitu Nabi ISA A.S..pada ketika semua orang Yahudi menghina dan menuduh beliau, beliau tetap teguh dan tabah dalam menerima dugaanya sehingga umat Islam dan Penganut Kristian menyanjungi beliau sebagai seorang wanita yang Istimewa yang telah melahirkan seorang anak tanpa seorang lelaki mendampingi beliau...itu adalah Mukjizat dan Kuasa Allah SWT yang tidak akan dapat ditandingi..Mari kita saksikan kisah beliau

Seterusnya wanita yang sangat mulia dan hebat ini adalah Siti Khadijah RA iaitu isteri Rasulullah SAW, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan menyokong kebenaran, Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah..Mari kita saksikan kisah beliau..
Seterusnya wanita yang sangat pintar, suci dan dihormati ini adalah Siti Aisha RA..beliau juga merupakan Anak kepada Sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar RA..Siti Aisha RA telah di pilih oleh Allah SWT sendiri untuk dijadikan Isteri Kepada Nabi Muhammad SAW...beliau merupakan seorang wanita yang boleh menjadi wanita contoh yang lengkap dan idola kepada para wanita-wanita solehah di dunia ini..Siti Aisah Merupakan seorang yang sangat pintar,terpelajar,seorang pengajar dan juga seorang pemimpin bagi golongan wanita..bahkan belia dihormati oleh kesemua Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..

Seterusnya adalah wanita yang amat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah RA..beliau merupakan anak kepada Nabi Muhammad SAW yang sangat manja dengan Ayahnya..beliau telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT sebagai pemimpin bagi wanita di syurga kelak..beliau juga merupakan Isteri kepada Saidina Ali RA dan ibu kepada saidina Hasan RA dan saidina Hussain RA. beliau juga adalah seorang wanita yang mempunyai perwatakan yang mulia seperti ayahnya..sehingga ia di gelar sebagai Az-Zahra(yang terindah)..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..

Ini lah kisah kisah wanita-wanita yang hebat dan mulia ini..wanita wanita yang diredai oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat yang boleh dan perlu dijadikan contoh dan idola kepada Muslimah-Muslimah solehin di zaman ini kerana tiada yang lebih baik dari mereka..sekian Wasalam

Tuesday 28 July 2015

Nation Of Islam SESAT

Persatuan Nation Of Islam di Amerika merupakan Satu persatuan Yang SESAT dan tidak ada kaitan langsung dengan Islam yang sebenar..ini adalah kerana persatuan ini merupakan satu persatuan yang diberi lampu hijau oleh Ahli Jemaah Dajjal untuk beroperasi di Amerika Syarikat agar dapat menyesatkan Kaum kulit hitam Amerika yang jahil.Persatuan ini ditubuhkan oleh seorang Dajjal Kecil yang bernama  Wallace D.Fard Muhammad pada july 4 1930 di Amerika Syarikat..

Wallace D.Fard Muhammad mengangap dirinya sebagai Allah dan mengelar dirinya sebagai Mahdi atau Al Masih..Dibawah ini merupakan kenyataan muridnya iaitu Elijah Muhammad ketika pertama kali berjumpa dengan Fard Muhammad..

"Who are you, and what is your real name?" He said, "I am the one that the world has been expecting for the past 2000 years. I said to him again, "What is your name?" He said, "My name is Mahdi; I am God, I came to guide you into the right path that you may be successful and see the hereafter.

Ini merupakan kenyataan yang Kufur dan Syirik oleh Fard Muhammad kepada Elijah Muhammad yang merupakan pewaris kepada persatuan Nation Of Islam..Selepas Fard hilang pada bulan Jun 1934, Nation of Islam dipimpin oleh Elijah Muhammad..dibawah ini merupakan kenyataan Kufur dari Elijah Muhammad pula..
Almighty God, Allah, who appeared in the person of Master Fard Muhammad, has given us the knowledge of self and others, and we are now spreading it. Allah chose me to teach you this particular subject: “Accept your Own and be Yourself.” This was His first and foremost teaching for us. This is the teaching and these are the words of Almighty God, Allah, to us in the Person of Master Fard Muhammad, to whom praises are due forever and ever.


Pada hari ini Nation Of Islam diketuai oleh Louis Farrakhan Muhammad yang meneruskan ajaran sesat yang dibawa oleh Fard Muhammad dan Elijah Muhammad..Louis Farrakhan juga memperjuangkan Dianetics..Dianetics adalah satu set idea dan amalan mengenai hubungan metafizik antara minda dan badan yang dicipta oleh L. Ron Hubbard pengasas Scientology dan diamalkan oleh pengikut Scientology(Persatuan Ahli Jemaah Dajjal).
Louis Farrakhan

Nation Of Islam juga mempunyai satu hari yang penting yang di gelar sebagai Saviors Day. Saviors day atau Hari Penyelamat adalah hari cuti kepada Nation Of Islam dalam memperingati kelahiran Pengasas, Penyelamat dan Tuhan mereka iaitu Fard Muhammad..



Daripada kenyataan kenyatan pemimpin Nation Of Islam, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Nation Of Islam merupakan satu persatuan yang Sesat dan tiada kaitan dengan Agama Islam langsung..

Hamba Allah Yang bernama El-Hajj Malik El-Shabazz atau dikenali seluruh dunia sebagai Malcolm X pernah cuba untuk membawa Nation Of Islam ke jalan Islam yang sebenar tetapi ia telah dihalang oleh Ahli Jemaah Dajjal dan mereka berjaya membunuh El-Hajj Malik El-Shabazz supaya kesesatan Nation of Islam berterusan sehingga ke hari ini..

Tonton Video dibawah ini agar dapat fahami lebih lagi mengenai Nation Of Islam

Saya berharap dengan pendedahan ini dapat lah saudara saudari memahami dengan lebih lagi mengenai kesesatan persatuan Nation Of Islam ini dan persatuan ini tidak ada kaitan langsung dengan Islam yang sebenar..Sekian Wassalam.

*Sumber dari islamwakeup101.blogspot.com*

Monday 6 April 2015

Perang Nuklear Armageddon Makin Hampir

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Perang Nuklear Armageddon Makin Hampir..
Benarkah Perang Nuklear makin Hampir dengan kita??mari kita dengar penjelasan dan Ulasan dari mereka-mereka di bawah ini..


Video di atas telah menerangkan bahawa pengkaji barat juga sedang didalam proses pemberitahuan mengenai perang Nuklear yang bakal tiba, jadi kita terutamanya umat Islam di Malaysia sepatutnya bergerak ke arah pemahaman mengenai apa yang bakal tiba kerana ia adalah mengenai survival kita..

Mari kita lihat dari Prespektif ulama Islam pula mengenai Perang Malhamah ini(Armageddon)..

Video di atas ini membuktikan bahawa segelintir Ulamak Islam tidak lah berada di dalam keadaan tidur di buai mimpi dan Juga faham serta sedar akan Implikasi senario Perang Nuklear yang bakal tiba..

Ahli Jemaah Dajjal sedang melakukan pelbagai rancangan agar dapat menolak Amerika Syarikat ke dalam perang dunia ketiga dengan Rusia agar Israel dapat menguasai dunia ini selepas lebih dari separuh dunia ini Hancur Lebur di dalam perang Nuklear yang mereka sedang laksanakan
Mengikut sumber IAEA, Amerika Syarikat mempunyai Lebih dari 8 Ribu Peluru berpandu Nuklear dan bersedia untuk pelacaran pada bila bila masa..Begitu juga dengan Rusia yang mempunyai Lebih dari 10 Ribu Peluru berpandu Nuklear..jikalau peperangan ini terjadi kita di Malaysia pasti akan terjebak sama...

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(Al-Baqarah 2:11-12) 

Peperangan malhamah ini pasti akan berlaku kerana Allah SWT telah mengkhabarkan di dalam Al -Quran bahawa setiap bandar akan di musnahkan sebelum tibanya Kiamat

Video di bawah ini mempunyai grafik Seram dan Ganas



Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).(Al-Israa' 17:58)

Adakan kita sudah bersedia untuk menghadapi peperangan Malhamah yang akan dilaksanakan oleh Yakjuj dan Makjuj ini tidak lama lagi ? Pendedahan ini bukan lah untuk menakut-nakutkan anda semua...tetapi ia adalah lebih kepada Amaran agar kita sebagai umat Islam sentiasa berwaspada dan terus meningkatkan amal soleh kita agar jikalau peperangan ini berlaku..inshaAllah kita tidak perlu risau apabila kita bertemu dengan pencipta kita Allah SWT..Sekian Wassalam.

Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
Al-An'aam 6:48


Saturday 21 February 2015

Boneka-Boneka Dajjal Dalam Merosakkan Image Islam

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Boneka-Boneka Dajjal dalam merosakkan Image Islam.Seperti yang telah saya jangkakan Ahli Jemaah Dajjal telah melaksanakan rancangan untuk memburukkan Agama dan Umat Islam dengan melancarkan serangan berangkai keganansan terhadap penduduk di Australia dan Perancis. (Umat Islam Di Fitnah).
Tanpa membuang masa, setelah masuknya tahun baru mereka telah bertindak untuk memburukkan Islam di mata dunia. Dan mengikut pendapat saya , ini baru permulaan kepada serangan mereka terhadap image Islam dan dari semasa ke semasa mereka akan melaksanakan serangan keganasan di Eropah atau Amerika untuk membakar lagi sentimen kebencian terhadap Islam di mata dunia..

Sekarang saya akan membongkarkan bagaimana mereka telah mengunakan Boneka-boneka Mind Control untuk melaksanakan serangan tersebut dimana Boneka ini kononnya mewakili Umat dan agama Islam..Ahli Jemaah Dajjal mempunyai kepakaran untuk memukau atau Mind Control manusia sejak zaman perang dunia kedua lagi dan kepakaran ini dicipta oleh saintis-saintis German(Nazi)dan selepas perang dunia kedua, kepakaran Mind Control ini telah dibawa ke Fasiliti-fasiliti Ahli Jemaah Dajjal di setiap negara yang dikuasai oleh mereka terutamanya di England, Amerika,Perancis dan Israel..ia telah diperbaiki oleh seorang pakar yang bernama Ewen Cameron yang melaksanakan ujian ke atas pesakit-pesakit mental di hospital Sakit Jiwa..Mind Control Victims Win Court Case


Bagaimana Boneka-Boneka Diprogram dan Di Brainwash

Penyerang-penyerang di Perancis ini telah diprogram oleh agen perisikan Mossad di satu fasiliti rahsia dan akan digerakan pada masa tertentu agar dapat melaksanakan serangan False Flag. Lihat video dibawah ini untuk memahami bagaimana boneka-boneka ini dibrainwash untuk melaksanakan misi mereka..




Setelah mereka diprogram atau dibrainwash mereka akan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan menunggu masa untuk di gerakkan. Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka telah diprogram dan mereka akan menjalani kehidupan seperti biasa sehingga tiba masanya untuk mereka digerakkan..jikalau rancangan yang ingin dilaksanakan itu belum tiba masanya lagi maka mereka akan dipanggil dari semasa ke semasa untuk diuji (Mind Service)..lihat video dibawah ini 
Boneka-boneka ini akan dipanggil melalui keyword atau Password yang telah dimasukan ke dalam minda mereka sejak hari pertama mereka diprogram..Dalam usaha untuk mengaktifkan boneka tersebut(trigger) satu kod akses yang spesifik atau kata laluan (isyarat atau arahan) diperlukan maka dengan ini setiap boneka mempunyai kod akses tersendiri..dan hanya pengendali(Handler) mereka sahaja yang tahu akan Keyword untuk mengaktifkan mereka bagi  menerima arahan baru..lihat bagaimana seseorang boleh diaktifkan hanya dengan menggunakan kata laluan..
Setelah selesai Programing minda Boneka-boneka ini maka mereka bolehlah digerakkan untuk melaksanakan misi mereka tanpa apa-apa rintangan dan akan mendapat keputusan cemerlang dalam perlaksanaan misi Ahli Jemaah Dajjal seperti di Perancis..mari kita lihat bagaimana seorang boneka boleh membunuh tanpa belas kasihan terhadap sasaran yang telah ditentukan oleh pengendalinya(Handler)
Saksikan video ini sehingga habis..
Programing mind control untuk membunuh adalah dinamakan sebagai Delta .Program Delta asalnya dibangunkan untuk melatih ejen khas atau tentera elit (iaitu Delta Force , Batalion Pertama Bumi , CIA, Mossad , dan lain-lain ) dalam operasi rahsia. Boneka-boneka ini juga diprogram agar tidak akan merasa takut, sakit, tiada belas kasihan dan sangat sistematik dalam menjalankan tugasan mereka..program membunuh diri juga diterapkan didalam program Delta ini agar selepas selesai tugasan yang diberikan kepada mereka, mereka akan membunuh diri supaya tiada bukti yang dapat di cungkil dari mereka oleh pihak berkuasa..

Mari kita lihat bagaimana Bill Clinton iaitu bekas presiden Amerika dalam keadaan Statik setelah di mind control..


Dibawah ini adalah Video-video pengakuan mangsa Mind Control

Perkara-perkara yang telah saya dedahkan di atas adalah satu realiti berlaku di zaman ini..kebolehan Ahli Jemaah Dajjal dalam menguasai minda seseorang agar menjadi boneka mereka dalam pelbagai rancangan jahat..dan perkara sebegini adalah tidak mustahil untuk berlaku kerana memukau manusia adalah sangat mudah dan kita di malaysia juga pernah mendengar kes-kes pukau dijalanan..

Saya berharap dengan pendedahan ini, jikalau saudara-saudari mendapat berita mengenai serangan penganas di mana-mana sahaja, maka selidiklah sebelum membuat kesimpulan bahawa ia dilakukan oleh umat Islam ataupun tidak..kerana Ahli Jemaah Dajjal sedang dalam proses melakukan apa sahaja agar dapat memburukkan Agama serta Umat Islam..Sekian Wassalam..