widgeo.net

Thursday 27 August 2015

Wanita Wanita Yang Tiada Tandingan Di Dunia ini

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Wanita wanita yang tiada tandingan di dunia ini..Siapakah mereka mereka ini yang menjadi Pujian,ikutan dan dihormati oleh sekalian Umat Islam, mereka adalah Asiyah, Siti Hajar, Maryam, Siti Khadijah, Siti Aisha dan Siti Fatimah...



Saya akan bermula dengan kisah Seorang wanita yang sangat berkuasa di zamanya, beliau adalah Asiyah iaitu Isteri kepada Firaun..Di zamanya Asiyah A.S mempunyai kuasa yang sangat hebat, bukan saja beliau mempunyai kekayaan yang banyak tetapi mempunyai hamba yang paling ramai dan setia..pendek kata beliau mempunyai setiap benda yang boleh dimiliki oleh seorang Maharani di dunia..tetapi baginya beliau sanggup melawan dunia semata-mata untuk memelihara Agamanya iaitu Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Musa A.S..sehingga beliau diseksa oleh suaminya Firaun sehingga Mati Syahid..mari saksikan kisah beliau dibawah ini

Seterusnya wanita yang ingin saya kisahkan adalah Siti Hajar A.S iaitu Isteri kepada Nabi Ibrahim A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat sabar dan taat kepada suaminya Nabi Ibrahim A.S..pada ketika beliau ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tanah yang tandus iaitu Makkah beliau hanya bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT untuk menjaga beliau dan anaknya Nabi Ismail A.S..mari saksikan kisahnya dibawah ini..

Seterusnya Wanita yang sangat istimewa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah Maryam A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat mulia disisi Allah dan telah dipilih menjadi seorang ibu kepada seorang lagi Nabi yang Hebat iaitu Nabi ISA A.S..pada ketika semua orang Yahudi menghina dan menuduh beliau, beliau tetap teguh dan tabah dalam menerima dugaanya sehingga umat Islam dan Penganut Kristian menyanjungi beliau sebagai seorang wanita yang Istimewa yang telah melahirkan seorang anak tanpa seorang lelaki mendampingi beliau...itu adalah Mukjizat dan Kuasa Allah SWT yang tidak akan dapat ditandingi..Mari kita saksikan kisah beliau

Seterusnya wanita yang sangat mulia dan hebat ini adalah Siti Khadijah RA iaitu isteri Rasulullah SAW, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan menyokong kebenaran, Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah..Mari kita saksikan kisah beliau..
Seterusnya wanita yang sangat pintar, suci dan dihormati ini adalah Siti Aisha RA..beliau juga merupakan Anak kepada Sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar RA..Siti Aisha RA telah di pilih oleh Allah SWT sendiri untuk dijadikan Isteri Kepada Nabi Muhammad SAW...beliau merupakan seorang wanita yang boleh menjadi wanita contoh yang lengkap dan idola kepada para wanita-wanita solehah di dunia ini..Siti Aisah Merupakan seorang yang sangat pintar,terpelajar,seorang pengajar dan juga seorang pemimpin bagi golongan wanita..bahkan belia dihormati oleh kesemua Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..

Seterusnya adalah wanita yang amat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah RA..beliau merupakan anak kepada Nabi Muhammad SAW yang sangat manja dengan Ayahnya..beliau telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT sebagai pemimpin bagi wanita di syurga kelak..beliau juga merupakan Isteri kepada Saidina Ali RA dan ibu kepada saidina Hasan RA dan saidina Hussain RA. beliau juga adalah seorang wanita yang mempunyai perwatakan yang mulia seperti ayahnya..sehingga ia di gelar sebagai Az-Zahra(yang terindah)..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..

Ini lah kisah kisah wanita-wanita yang hebat dan mulia ini..wanita wanita yang diredai oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat yang boleh dan perlu dijadikan contoh dan idola kepada Muslimah-Muslimah solehin di zaman ini kerana tiada yang lebih baik dari mereka..sekian Wasalam