widgeo.net

Friday 27 December 2013

illuminati Dan Hiburan Yang Melalaikan Umat Islam

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana kita semua dikuasai melalui HIBURAN yang melalaikan kita sehingga kita tidak memahami realiti sebenar kehidupan kita didunia milik Allah SWT ini..


Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan penuh dengan illusi ini,kita sebenarnya telah dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ke arah kelalaian yang tidak berfaedah dan berlawanan dengan fitrah kehidupan kita di dunia ini..kita telah menganggap bahawa dunia ini adalah sebagai pentas untuk bersuka ria dan hiburan itu adalah satu aspek yang perlu ada di dalam kehidupan seharian kita..disini saya tidak lah mengatakan bahawa saya adalah penentang kepada hiburan tetapi kita perlu bijak dalam menilai dan juga mengenali jenis-jenis hiburan yang kita sertai dalam kehidupan kita yang sementara ini..
Sebelum saya mendedahkan rancangan Ahli Jemaah Dajjal terhadap kita melalui hiburan.Mari kita fahami dulu apakah fitrah dan tangunggjawab kita berada di dunia ini..Allah SWT berfirman:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Adz-Dzariat : 56

Allah SWT berfirman pada ayat diatas bahawa DIA menciptakan jin dan manusia supaya mereka menyembah-Nya dan dunia ini adalah Alam yang paling penting bagi kita semua. Di dunia inilah tempat di mana akan menentukan sama ada kita berjaya memasuki syurga Allah atau sebaliknya..maka perlukah kita membuang masa kita yang tak seberapa ini untuk hiburan yang hanya melalaikan kita daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita oleh Allah SWT..

''Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid : 20)

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja berasa teruja dengan kehebatan teknologi malahan menjadi begitu taksub sehingga sanggup membazir wang yang beribu dan masa untuk mendapatkan teknologi yang melalaikan mereka ini..
Sanggup menunggu demi mendapatkan gadget terbaru
Mari kita lihat bagaimana dan apakah kaedah yang telah digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal untuk melalaikan kita..saya akan bermula dengan kelalaian kanak-kanak di zaman ini..Permainan Video seperti Playstation, X Box,Smartphone yang mempunyai pelbagai Game telah dicipta agar Kanak-Kanak sentiasa berada didalam kelalaian seperti gambar dibawah ini..
Bukan saja kanak-kanak dizaman ini dilalaikan oleh Gadget gadget ini tetapi mereka juga didedahkan dengan unsur-unsur keganasan dan Seks melalui Game yang mereka mainkan dan tanpa kawalan ibubapa terhadap perkara ini, anak-anak kita berkemungkinan akan mempunyai sifat ganas atau tidak lagi mempunyai belas kasihan kerana sentiasa diserang oleh image image keganasan didalam kehidupan seharian mereka..
Adakah remaja di zaman ini terkecuali dari kelalaian ini..sudah tentu tidak kerana Ahli Jemaah Dajjal telah mencipta pelbagai kaedah untuk melalaikan remaja di zaman ini seperti Muzik,Sukan,Rancangan realiti dan filem filem dari Hollywood..remaja juga diserang dengan pelbagai aktiviti tidak sihat seperti menonton video video lucah dari pelbagai laman web di internet tanpa sekatan dan tidak terhenti di situ, malah remaja hari ini disajikan dengan laman Sosial seperti Facebook,Twitter,WeChat dan Instagram..Cuba bayangkan jikalau seharian tanpa laman sosial ini pasti akan menyebabkan remaja menjadi tidak stabil dan juga mengalami Stress akibat ketagihan laman sosial ini..sungguh hebat Godaan hiburan di zaman Fitnah yang memperdayakan ini..
Sukan Yang Melalaikan Remaja
Konsert muzik yang sangat merosakan Akidah
Irama muzik terutamanya dengan menggunakan walkman atau Ipod telah berjaya menukar remaja di zaman ini menjadi seperti Zombie kerana tergoda dengan irama muzik walau dimana jua mereka berada dan sentiasa lalai dan tidak menyedari keadaan sekitar mereka..

Satu lagi rancangan yang telah berjaya digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal adalah Sukan..dan sukan sepatutnya diamalkan untuk kesihatan tubuh badan telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan sehingga dapat digunakan di seluruh dunia agar dapat melalaikan Umat Manusia..Dan ideologi melalaikan Massa(umat manusia) telah dicipta di Rom pada tahun 264 BCE.Ini adalah kerana Raja-Raja Rom yang takut kepada pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan mereka, Maka mereka telah mengalihkan perhatian rakyat mereka daripada peristiwa yang tidak menyenangkan pemerintahan Rom pada ketika itu dengan permainan-permainan yang melalaikan rakyat mereka agar berada dalam kelalaian yang menerus..dan permaianan ini dilaksanakan di dalam Arena colosseum.. 
Sukan purba untuk melalaikan Massa
Dan hari ini kita dapat lihat kaedah yang sama dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Dajjal dengan menggunakan Sukan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian Massa dari isu-isu penting sehingga tergoda kepada kelalaian yang menyedihkan..bermacam-macam permainan sukan dicipta seperti World Cup, Acara Olimpik,liga-liga Bola sepak dan sebagainya agar dapat mengambil hati para ternakan yang ingin dikawal oleh mereka di dalam Colosseum Moden iaitu Stadium..

Akibat dari penyertaan Umat Islam maka timbul lah pergaduhan,maki hamun,pergaulan bebas antara wanita dan lelaki dan lain-lain permasalahan..lihat saja lah Umat Islam hari ini yang terperdaya dengan budaya barat..

“Apakah kau (manusia) menyangka bahwa Aku ciptakan kamu dengan main-main dan (kau kira) kamu tidak akan dikembalikan kepada KU?”Al-Mukminun (23) : 115

Lagi satu cara yang telah dipermudahkan oleh Ahli Jemaah Dajjal melalui sains dan teknologi untuk kita adalah dengan menggunakan Television sebagai alat untuk mengawal dan memanipulasi pemikiran kita tanpa kita sedari..Di zaman Ini kita tidak perlu lagi keluar dari keselesaan rumah kita untuk berhibur,kerana kita telah diberi Tell Lie Vission(TV) dan semua ini adalah alat untuk mengawal kita agar berada dalam keadaan Khayal dan lalai dari pada Isu yang sebenarnya terjadi di sekitar masyarakat kita..dengan rancangan realiti seperti Maharaja lawak, Anugerah lagu dan Akedemi Fantasia sudah cukup membuatkan kita terpengaruh dan terhibur dalam kelalaian yang menyedihkan..
Naga Merah Simbol Iblis
Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315)

“Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.”Sabda Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Sila Tonton video Sheikh Hamza Yusuf dibawah ini agar mendapat pencerahan yang bermakna..
Rancangan untuk melalaikan kita adalah rancangan yang paling penting bagi Ahli Jemaah Dajjal agar kita tidak akan mengetahui realiti kehidupan kita,tidak mengetahui rancangan mereka dan yang terpenting adalah menyebabkan kita berpaling dari Fitrah kehidupan kita dalam menyembah Allah SWT… 

Pada hari ini kita dapat lihat diseluruh pelosok dunia semua Umat manusia yang bermata satu telah berjaya dilalaikan oleh Ahli Jemaah Dajjal sehingga begitu ketara kelalaian Umat manusia dimana tidak pernah berlaku di dalam sejarah ketamadunan manusia sebelum ini..ini lah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa tiada fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Ad-Dajjal dan kita telah diberi amaran berkali-kali agar berwaspada tapi sayang sekali kita semua seperti didalam khayalan yang sungguh menyeronokkan jiwa dan raga ini..

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".(Al-Furqaan 25:30)

Kenyataan ini merupakan satu teguran dan peringatan buat saya dan juga Umat Islam yang berada diluar sana agar kita sama-sama dapat memahami realiti kehidupan kita di dunia ini agar tidak terpedaya dengan rancangan Dajjal dalam melalaikan kita dari fitrah kehidupan kita yang sementara ini..gaya hidup moden yang sedang kita peluk kini adalah salah satu senjata yang mereka gunakan untuk mempengaruhi pemikiran kita agar menjadi hamba mereka..
jangan lah kita mencampakkan diri kita dalam kebinasaan setelah diperingati dan kita perlu sentiasa berwaspada terhadap rancangan musuh Islam yang sentiasa mencuba dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan,memperdayakan dan melalaikan kita dari tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT yang sebenar di dunia ini..Sekian Wassalam..

Sunday 17 November 2013

Misteri Agenda Kewangan Amerika dan Kematian Dollar

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan Kematian Dollar Amerika..ramai pengkaji dialam maya menyatakan bahawa Amerika telah hampir muflis..apakah maksud itu sebenarnya??InsyaAllah saya akan terangkan pendapat saya di episode kali ini..


Sebelum kita menjerumus kepada tajuk Misteri Agenda Kewangan Amerika dan kematian Dollar, mari kita menyelami sejarah kewangan negara Amerika terlebih dahulu..Pada tahun 1913 Ahli Jemaah Dajjal telah menjatuhkan Ekonomi Amerika Syarikat dan dari situ satu Institusi perbankan yang dinamakan Sebagai Federal Reserve Bank telah ditubuhkan untuk mengawal keseluruhan sistem kewangan negara Amerika dan Ahli Jemaah Dajjal telah mendapat kawalan penuh terhadap kewangan Amerika Syarikat…Saksikan Video dibawah ini untuk memahami rancangan Ahli Jemaah Dajjal yang bijak ini..


Amerika Syarikat sebenarnya telah pun diiktiraf oleh Presiden Roosevelt sebagai Muflis pada tahun 1933 dan di akui oleh Kongress Amerika,akan tetapi dengan ilusi penipuan,rakyat Amerika dan dunia telah ditipu bulat-bulat dimana kononya Amerika merupakan negara terkaya didunia dan sentiasa memberi pertolongan dana kepada negara negara miskin..jadi persoalanya disini dari manakah Amerika Syarikat mendapat dana untuk membantu negara negara miskin ini?jawapanya adalah..Federal Reserve bank yang menjadi tok dalang dalam memberi dana dan Bukan Amerika Syarikat..ini adalah kerana Apabila Ahli Jemaah Dajjal membantu negara-negara miskin dengan dana,maka negara tersebut perlu mencagar sesuatu dan dalam konteks ini hasil bumi negara tersebut akan menjadi cagaran kepada pinjaman dana tersebut.apakah anda fikir Ahli Jemaah Dajjal adalah begitu baik hati sehingga sanggup memberi pinjaman berbilion Dollar dengan begitu sahaja…


Akibat dari perang melawan musuh dan juga pemberian dana kepada negara-negara ini hutang Amerika Syarikat pada hari ini telah meningkat sebanyak 16 Trilion dollar.. Sehingga kini Amerika Syarikat masih belum dapat membayar bunga hutangnya kepada Bank Federal Reserve dan jikalau ia berterusan itu bermakna rakyatnya sendiri akan menerima akibatnya..Pada tahun 1947 Amerika Syarikat menjadi tuan rumah kepada satu persidangan antarabangsa di Breton Woods untuk menamatkan kemiskinan dan kebuluran dunia, yang disebabkan oleh Perang Dunia ke 2.Idea ini adalah untuk memberi pinjaman kemanusiaan kepada negara-negara yang memerlukan, dengan mewujudkan satu Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa..tetapi siapakah yang akan menjadi AhLong dalam memberi pinjaman mega berbilion Dollar ini?siapa lagi kalau bukan Bank Federal Reserve..Dengan meletakan Ahli Jemaah Dajjal sebagai pemberi pinjaman adalah seperti memberi hak penjagaan   Asrama wanita kepada perogol..Semata mata untuk layak mendapatkan pinjaman, negara-negara terdesak ini terpaksa menggadai hasil bumi mereka seperti lombong mereka, hutan mereka, syarikat-syarikat penting ,sistem pengairan dan tenaga..dan juga perlu bersetuju kepada lebih 100 Syarat-syarat yang mengungtungkan Ahli Jemaah Dajjal dan tidak lupa kepada kadar faedah pinjaman yang tinggi melangit..

Bagaimana Rakyat Amerika telah ditipu akan didedahkan didalam Video ini..

Rakyat Amerika terutamanya yang bekerja telah dijadikan mangsa untuk membayar hutang kerajaan Amerika kepada Federal Reserve Bank dengan Cukai pendapatan mereka dan Amerika Syarikat tanpa henti memberikan dana kepada negara negara lain melalui Federal Reserve…dan yang paling ketara adalah kepada Negara Haram Israel,Pakistan dan Mesir..

In fiscal 2013, U.S. government funding for humanitarian assistance and international development will total around $23 billion..In addition, the U.S. will spend around $14 billion in fiscal 2013 for foreign military assistance – that's money spent on training foreign armies and providing them with weapons.

Negara Haram Israel menerima dana sebanyak 6 billion Dollar setahun dan tidak termasuk dari Syarikat-Syarikat Korporat Ahli Jemaah Dajjal dan dari sumber yang terbaru, Israel sedang merancang untuk meminta lebih lagi dana dari Amerika Syarikat agar dapat menguatkan sistem pertahanan negaranya.


Negara Mesir pula menerima dana sebanyak 1.2 Billion Dollar setahun dan ia telah ditambah walaupun kerajaan Mesir diketuai oleh Ikwanul Muslimin pada ketika itu yang kononya menentang dasar Luar Amerika terhadap negara Palestin

Negara Pakistan(American Republik Of Pakistan) pula mendapat dana sebanyak 1.8 billion Dollar setahun dari Amerika,kerana sentiasa taat pada arahan Amerika untuk menjadi musuh dalam selimut kepada Umat Islam sejak 2001..dimana Amerika Syarikat dibenarkan untuk menggunakan lapangan terbang tentera Pakistan dan menyerang Umat Islam yang tidak berdosa dengan pesawat Amerika(Drone)..dan pada hari ini rakyat Pakistan sendiri menjadi mangsa serangan Drone Ini
Bukankah ia suatu pekara yang pelik dimana Sebuah negara yang telah Muflis dan tidak dapat membayar hutangnya sendiri menjadi Hero dalam membantu negara negara yang miskin…Ini adalah kerana Amerika Syarikat hanya menjadi wajah hadapan sahaja kepada Ahli Jemaah Dajjal dalam pemberian dana-dana kepada negara miskin ini..
Mari kita lihat apakah akibat yang perlu ditanggung oleh rakyat Amerika ini apabila negaranya menjadi muflis..


Hampir 40% rakyat Amerika telah kehilangan kerja dan pada setiap bulan peratusanya makin meningkat dan terbaru kita telah diberitahu bahawa lebih dari 800 ribu pekerja kerajaan Amerika seperti Polis,Bomba,Jabatan Awam dan Guru telah diberhentikan tanpa membayar pampasan gaji..dari sumber terbaru Muzium dan Taman taman awam juga telah ditutup..

Lebih 18.6 juta rumah terbiar dan 3.5 juta rakyat Amerika tanpa rumah..ini adalah akibat daripada perampasan Bank terhadap rumah-rumah yang tidak terbayar oleh rakyat Amerika dan ini telah menyebabkan lebih 3.5 juta rakyat Amerika hidup merempat dijalanan,dibawah jambatan atau dirumah-rumah perlindungan sementara..

Rumah merupakan satu keperluan asas manusia dan juga hak asasi manusia. Namun setiap hari di Amerika Syarikat, rampasan Bank ke atas lebih 10,000 rumah dan pengusiran individu dan keluarga yang tinggal di rumah-rumah dilakukan dan Kerajaan Amerika pula tidak melakukan apa apa terhadap situasi ini, lalu memberi lampu hijau kepada institusi perbankan untuk meneruskan rampasan ini..


Akhirnya rakyat Amerika yang menjadi rakyat yang paling miskin didunia dan terpaksa hidup dalam keadaan hina dan semua ini telah dan akan menjadi lebih buruk tidak lama lagi..Rancangan Ahli jemaah Dajjal untuk menjatuhkan Keseluruhan Sistem kewangan negara Amerika sedang berlangsung secara Terang-terangan dan ia tidak akan dapat dihalang oleh sesiapapun.Ini adalah Skrip yang telah ditulis semenjak Federal Reserve mengambil alih Sistem kewangan Amerika Syarikat pada tahun 1913.Saya dapat jangka semua ini akan dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam masa 7 tahun lagi,dan pada ketika itu Dollar Amerika boleh lah diistiharkan Mati dan boleh digunakan sebagai tisu tandas..

Semua tidak terjadi secara kebetulan..ia telah dirancang dengan penuh rapi untuk menjatuhkan negara Amerika yang telah sekian lamanya menjadi tungangan Ahli Jemaah Dajjal untuk menguasai dunia..dan kini apabila Amerika Syarikat telah melaksanakan tugasnya dan tidak lagi diperlukan, maka ia boleh lah dihancurkan dan dibuang dengan begitu sahaja..

Mengikut kepercayaan Ahli Jemaah Dajjal burung Phoenix apabila tiba masanya untuk mati ia akan membina sebuah Sarang dan ia akan ditinggalkan dan mati ditempat lain..Dari pengamatan saya Amerika Syarikat adalah burung Phoenix itu dan Israel adalah sarang yang dibina oleh burung Phoenix itu..mengapa saya berkata begitu..mari kita lihat Simbol Amerika yang boleh disimbolkan sebagai burung Phoenix dan Simbol bangunan parlimen Israel dikenali sebagai Knesset(Nest)
Bangunan Parlimen Israel Atau Lebih Dikenali Sebagai kNESSet  

Helang Atau Pheonix Amerika
Kepada mereka yang merasakan Artikel ini hanya untuk rakyat Amerika sahaja dan tidak akan membawa apa apa masalah kepada negara mereka, mereka tersangat lah silap,kerana kesemua kerakyatan Dunia perlu sedar akan kesan kejatuhan Ekonomi (matawang Dollar)negara Amerika yang akan menyebabkan keseluruhan negara didunia ini akan ditarik bersama-sama dan akan terjadilah Keruntuhan kewangan Global seperti yang telah dirancang oleh Ahli Jemaah Dajjal sejak kian lamanya..dan setiap negara yang pernah berdagang dengan Dollar Amerika akan menghadapi situasi yang sama terutamnya negara-negara Arab yang telah menjual minyak mereka kepada Amerika Syarikat yang sentiasa berurusan dengan Dollar Amerika..Mari kita fahami dengan lebih lanjut dari klip video ini..

Apakah masa depan setiap negara yang mengalami Keruntuhan Kewangan Global?seperti biasa Ahli Jemaah Dajjal telah pun mempunyai penyelesaian untuk masalah yang mereka cipta ini..dan ia adalah perlaksanaan mata wang sedunia yang Satu(One Global Currency)dan dari perlaksanaan ini dapatlah Ahli Jemaah Dajjal ini menguasai kita dengan sepenuhnya..tidak percaya..baca disini Dunia Menjadi Hamba Dajjal


Sekian dari saya penulis untuk sesi pencerahan kali ini..Dimana sahaja anda berada disarankan berusaha untuk mendidik atau menyebarkan maklumat ini agar mereka yang belum lagi mengetahui mengenai Fitnah Dajjal ini dapat mengetahuinya....Semoga Allah SWT membalas usaha anda..sekian Wasalam..

Sunday 13 October 2013

Illuminati,Hollywood Dan Rahsia Mata Satu

Disini saya ingin membawa sebuah tajuk yang menarik untuk bacaan saudara saudari sekalian..ia adalah mengenai betapa TAKSUBnya Hollywood dalam menzahirkan Symbolism Mata Satu kepada dunia..didalam media yang dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ini,mereka telah mendapat satu jalan untuk menunjuk-nunjuk kekuasaan mereka didalam Industri perfileman Hollywood..dan saya akan membuktikan ketaksuban mereka terhadap Symbol Mata Satu ini..Pada hari ini kita telah dijamu dengan gambar gambar Mata Satu dihampir setiap poster wayang milik Hollywood..

Seperti yang kita sedia maklum Symbolism Mata Satu ini bukan sahaja diletakkan di poster poster wayang Hollywood tetapi juga di Arena muzik barat,Korea,Jepun,Bollywood,Iklan Fesyen,Syarikat-syarikat barat dan banyak lagi..ini semua dilakukan untuk menunjukan kekuasaan mereka pada Industri tersebut dan juga tidak ketinggalan dalam mengagungkan watak Mata Satu ini..Siapakah watak Mata Satu ini dimana hampir kesemua Ahli Jemaah Dajjal ingin mengagungkanya..

Watak Mata Satu ini sebenarnya Adalah Iblis Laknatullah dan bukan Dajjal seperti yang diwar-warkan sebelum ini..kenapa Iblis dan bukan Dajjal,saya akan terangkan dan buktikan disini..Mari kita baca Kisah Nabi Idris A.S dengan Iblis laknatullah

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Ini pula adalah kisah dari pertemuan Iblis Laknatullah dengan Nabi Muhammad SAW…Iblis disini telah diarahkan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan tidak boleh menipu walaupun dalam penampilanya dan perlu hadir dalam keadaan yang sebenar..

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras,Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W. seperti seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W..
Wajah Iblis Laknatullah Yang Sebenar
Kesimpulan yang kita boleh buat adalah, Iblis laknatullah lah yang berMata satu sejak Zaman Nabi Idris A.S dan pada Zaman Nabi Muhammad SAW Iblis masih berMata Satu,tetapi bagaimana pula dengan Dajjal yang juga diketahui dari Hadis Nabi Muhammad SAW dimana ia juga bermata satu..Ini adalah mengikut pendapat peribadi Penulis dan anda tidak disarankan untuk mempercayai atau meyakininya..Saya berpendapat bahawa Dajjal bukan berMata Satu..kerana Apa yang dimaksudkan dengan Mata Satu oleh Hadis Nabi Muhammad SAW adalah Dajjal adalah buta pada mata Hatinya dan bukan Mata sebenarnya..Dajjal adalah makhluk yang tidak akan mendapat Nur atau Hidayah dari Allah SWT kerana itu lah Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa Dajjal adalah buta mata(hatinya) dan Jikalau difikirkan Logik akal Orang yahudi dan Ahli Jemaah Dajjal adalah Perfectionist dan tidak akan menerima seorang yang buta mata sebelah sebagai Nabi atau Tuhan mereka..

Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim

Dibawah ini saya akan membuktikan betapa taksubnya Ahli Jemaah Dajjal dari industri Perfileman Hollywood kepada Simbol Mata Satu Iblis Ini yang sentiasa dizahirkan pada poster poster filem mereka..

Sherlock Holmes





Despicable Me
Green lantern














Terminator



LOST



Sudahkah anda lihat bagaimana taksubnya mereka dengan Mata Satu Iblis ini di industri perfileman Hollywood..masih banyak lagi poster filem yang boleh dibongkarkan tetapi saya sarankan anda mencarinya sendiri..Satu lagi mengenai Hollywood ini adalah nama Hollywood itu sendiri sebenarnya berasal dari Kayu Holly iaitu kayu yang digunakan oleh Ahli sihir pada zaman dulu
Kayu Sihir Holly

Kayu Sihir Holly
Daripada Kartun Tom n Jerry mereka menyatakan bahawa presiden Hollywood adalah Iblis Laknatullah.mari kita saksikan apa yang diajar kepada anak anak kita didalam kartun ini..



Jikalau anda ingin tahu lebih mengenai agenda perosak minda kanak-kanak tekan disini..
Dan juga disini..Simbol-illuminati-dan-unsur-dajjal.

Dibawah ini ada satu Iklan yang sangat menarik dari Sony Ericsson dan saya berharap anda luangkan masa anda untuk menonton Iklan ini..Iklan ini membawa msg yang sangat penting..


Dengan pendedahan ini diharap anda semua telah faham mengenai Simbol Mata Satu yang sentiasa dipamerkan di media massa dan poster poster filem Hollywood..dan simbol ini adalah berkait rapat dengan pemujaan dan pengagungan Iblis oleh Ahli Jemaah Dajjal yang ingin benar menunjukkan kuasa mereka dari Industri perfileman Hollywood..dengan menyokong Industri ini anda terbabit secara langsung dalam Mass programming mereka terhadap minda anda..Nasihat saya jikalau anda ingin juga menonton filem mereka,pastikan anda mempunyai kawalan yang penuh terhadap minda anda dan tidak terpedaya dengan dakyah mereka..Hollywood adalah tipu daya Ahli Sihir yang moden dizaman ini..berhati hati lah wahai saudara Islamku..Sekian Wassalam..