widgeo.net

Sunday, 13 October 2013

Illuminati,Hollywood Dan Rahsia Mata Satu

Disini saya ingin membawa sebuah tajuk yang menarik untuk bacaan saudara saudari sekalian..ia adalah mengenai betapa TAKSUBnya Hollywood dalam menzahirkan Symbolism Mata Satu kepada dunia..didalam media yang dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ini,mereka telah mendapat satu jalan untuk menunjuk-nunjuk kekuasaan mereka didalam Industri perfileman Hollywood..dan saya akan membuktikan ketaksuban mereka terhadap Symbol Mata Satu ini..Pada hari ini kita telah dijamu dengan gambar gambar Mata Satu dihampir setiap poster wayang milik Hollywood..

Seperti yang kita sedia maklum Symbolism Mata Satu ini bukan sahaja diletakkan di poster poster wayang Hollywood tetapi juga di Arena muzik barat,Korea,Jepun,Bollywood,Iklan Fesyen,Syarikat-syarikat barat dan banyak lagi..ini semua dilakukan untuk menunjukan kekuasaan mereka pada Industri tersebut dan juga tidak ketinggalan dalam mengagungkan watak Mata Satu ini..Siapakah watak Mata Satu ini dimana hampir kesemua Ahli Jemaah Dajjal ingin mengagungkanya..

Watak Mata Satu ini sebenarnya Adalah Iblis Laknatullah dan bukan Dajjal seperti yang diwar-warkan sebelum ini..kenapa Iblis dan bukan Dajjal,saya akan terangkan dan buktikan disini..Mari kita baca Kisah Nabi Idris A.S dengan Iblis laknatullah

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Ini pula adalah kisah dari pertemuan Iblis Laknatullah dengan Nabi Muhammad SAW…Iblis disini telah diarahkan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan tidak boleh menipu walaupun dalam penampilanya dan perlu hadir dalam keadaan yang sebenar..

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras,Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W. seperti seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W..
Wajah Iblis Laknatullah Yang Sebenar
Kesimpulan yang kita boleh buat adalah, Iblis laknatullah lah yang berMata satu sejak Zaman Nabi Idris A.S dan pada Zaman Nabi Muhammad SAW Iblis masih berMata Satu,tetapi bagaimana pula dengan Dajjal yang juga diketahui dari Hadis Nabi Muhammad SAW dimana ia juga bermata satu..Ini adalah mengikut pendapat peribadi Penulis dan anda tidak disarankan untuk mempercayai atau meyakininya..Saya berpendapat bahawa Dajjal bukan berMata Satu..kerana Apa yang dimaksudkan dengan Mata Satu oleh Hadis Nabi Muhammad SAW adalah Dajjal adalah buta pada mata Hatinya dan bukan Mata sebenarnya..Dajjal adalah makhluk yang tidak akan mendapat Nur atau Hidayah dari Allah SWT kerana itu lah Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa Dajjal adalah buta mata(hatinya) dan Jikalau difikirkan Logik akal Orang yahudi dan Ahli Jemaah Dajjal adalah Perfectionist dan tidak akan menerima seorang yang buta mata sebelah sebagai Nabi atau Tuhan mereka..

Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim

Dibawah ini saya akan membuktikan betapa taksubnya Ahli Jemaah Dajjal dari industri Perfileman Hollywood kepada Simbol Mata Satu Iblis Ini yang sentiasa dizahirkan pada poster poster filem mereka..

Sherlock Holmes





Despicable Me
Green lantern














Terminator



LOST



Sudahkah anda lihat bagaimana taksubnya mereka dengan Mata Satu Iblis ini di industri perfileman Hollywood..masih banyak lagi poster filem yang boleh dibongkarkan tetapi saya sarankan anda mencarinya sendiri..Satu lagi mengenai Hollywood ini adalah nama Hollywood itu sendiri sebenarnya berasal dari Kayu Holly iaitu kayu yang digunakan oleh Ahli sihir pada zaman dulu
Kayu Sihir Holly

Kayu Sihir Holly
Daripada Kartun Tom n Jerry mereka menyatakan bahawa presiden Hollywood adalah Iblis Laknatullah.mari kita saksikan apa yang diajar kepada anak anak kita didalam kartun ini..



Jikalau anda ingin tahu lebih mengenai agenda perosak minda kanak-kanak tekan disini..
Dan juga disini..Simbol-illuminati-dan-unsur-dajjal.

Dibawah ini ada satu Iklan yang sangat menarik dari Sony Ericsson dan saya berharap anda luangkan masa anda untuk menonton Iklan ini..Iklan ini membawa msg yang sangat penting..


Dengan pendedahan ini diharap anda semua telah faham mengenai Simbol Mata Satu yang sentiasa dipamerkan di media massa dan poster poster filem Hollywood..dan simbol ini adalah berkait rapat dengan pemujaan dan pengagungan Iblis oleh Ahli Jemaah Dajjal yang ingin benar menunjukkan kuasa mereka dari Industri perfileman Hollywood..dengan menyokong Industri ini anda terbabit secara langsung dalam Mass programming mereka terhadap minda anda..Nasihat saya jikalau anda ingin juga menonton filem mereka,pastikan anda mempunyai kawalan yang penuh terhadap minda anda dan tidak terpedaya dengan dakyah mereka..Hollywood adalah tipu daya Ahli Sihir yang moden dizaman ini..berhati hati lah wahai saudara Islamku..Sekian Wassalam..

15 comments:

  1. SALAM...Dajal melihat dengan mata kirinya,dan buta mata kanannya!! ini adalah simbol dimana mata kirinya adalah "external vision" ataupun pndangan luaran..manakala mata kananya adalah simbol kepada "internal blindness" ataupun buta dalaman

    ReplyDelete
  2. We, The people, especially in the West, have allowed Hollywood hype to distort our sense of reality. None of this is by accident. All has been carefully planned.Our world is held hostage by an illusion run by a Satanic cult..

    --Ryan--

    ReplyDelete
    Replies
    1. We must remember..the enemy has only images and illusions behind which he hides his true motives. Destroy the image and you will break the enemy.

      Delete
  3. Haha iblis dia ingat Nabi Idris A.S 2 bodoh..padan muka dia sampai skrg mata dia buta akibat kebodohan dia..

    ReplyDelete
  4. Simbol atau lambang tersembunyi adalah perantara kekuatan yang digunakan pengikut aliran sesat untuk memohon bantuan kekuatan jahat dalam dunia ghaib dan pemujaan setan. Tetapi penggunaannya lebih berkesan jika dalam bentuk tiga dimensi. Simbol digunakan orang untuk menarik perhatian kuasa² gelap. Sebagian besar dari kita belum sepenuhnya menyedari kekuatan misterius dari simbol-simbol yang disalahgunakan. Dan anda juga tidak dapat merubah keadaan dengan membantu budaya² simbolisma yang sedang disusun sebagai rasukan mantra kegilaan terhadap ummah.

    ReplyDelete
  5. awatlah hangpa semua ni bodoh sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang bodoh sgt MR Bijak?cuba Xplain??

      Delete
  6. en penulis... cammane dengan simbol parti keadilan rakyat PKR? simbol mata satu gak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sensitif soalan saudara ini..tapi saya akan menjawap..Yes... ia adalah simbol mata satu..apa motif sebenar ia digunakan, itu hanya ketua parti Keadilan Rakyat sahaja yang tahu..

      Delete
  7. selain daripada PKR ...kat negara kite ni ade lagi ke guna simbol mata satu...yang en dedahkan banyak kat negara barat hollywood...

    ReplyDelete
  8. saudara khalid al-walid

    saya suka baca penulisan saudara. penerangan yang terperinci untuk setiap topik yang dibincangkan
    baru-baru ni saya terbaca di ipoh malay mengenai guy fawkes
    saya pernah terperasan saudara menggunakan gambar topeng guy fawkes sebagai gambar profile
    saya terjah blog saudara bagi memastikannya, benar saudara menggunakan topeng tu

    adakah saudara alert tentang guy fawkes?
    saya mahukan kepastian

    yang ingin tahu

    ReplyDelete
  9. Saya cuma berminat dengan Topeng itu dan pada hari ini Topeng Guy Fawkes adalah Simbol kepada Penentangan terhadap kezaliman dan ketidakadilan..tapi itu tak bermaksud kita memperjuangkan menegakkan kuasa Katolik..

    ReplyDelete
  10. bagusnya kalau saya dikurniakan anugerah ilmu memehami yg tersirat seperti penulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala puji tertentu bagi Allah SWT yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

      Delete
  11. Belajarlah mengenal, belajarlah bercinta...maka automatik kita akan tahu apa yang patut di benci...

    ReplyDelete