widgeo.net

Saturday 31 December 2011

Asal Usul Freemason part 1

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-14.pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia,dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar 5 juta(termasuk sekitar 480,000 orang..Di England,Scotland dan Ireland sahaja,serta lebih kurang 3 juta orang di Amerika Syarikat)Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama,Lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung(Supreme Being iaitu Al Masih-Ad Dajjal).

 Logo logo Rasmi Freemason
   
Sebahagian pengkaji sejarah di barat yang berkeyakinan,pergerakan Freemason sebenarnya sudah pun wujud di Scotland seawal abad ke 14,sebaik sahaja anggota-anggota kesatria Templar,yang dikatakan sebagai pengasas kepada pertubuhan ini ditangkap,dipenjara dan dibunuh oleh Raja Perancis Philipe Le Bel dan Paus Clement V..Bukti Freemason Di Scotland dan England Lihat Dibawah....
Scottish Rite Dan York Rite(Dan Mata Satu Dajjal)

Kenapa Pertubuhan Mereka Diharamkan??

Mereka Diharamkan Kerana mereka mengembangkan Doktrin Dan ajaran mistik,penyembelihan manusia untuk dikorbankan pada Iblis dan juga mengamalkan sihir di biara-biara mereka.Mereka memuja Jin dan Iblis untuk berkomunikasi untuk mendapatkan Ilmu Rahsia.Apa yang mereka praktikkan ini disebut Sebagai Kabbalah,sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang sejak Zaman Babylon(Namrud Dan Firaun Di Mesir).

 Nantikan Bahagian 2 Asal usul Freemason..InshaAllah..




Friday 30 December 2011

Siapakah Ahli Jemaah Dajjal ??

Mereka mengelar diri  sebagai The Illuminati(Penerima Cahaya Nur)
Mereka terdiri daripada 13 Keluarga yang berasal dari Keturunan Tentera Salib(Knights Templer)dan Kacukan Royalti Babylon,Mesir,Eropah(Rom)Dan Britain Mereka lah yang Menguasai Dunia Di sebalik Tabir Tanpa disedari oleh Umat manusia Zaman Sekarang..Mereka ini Juga adalah Keturunan Yakjuj n makjuj(Akan Diterangkan Kemudian)
Illuminati ini mempunyai pelbagai Kaedah untuk mengerakan Rancangan Jahat Mereka,dan Rancangan jahat ini dilakukan Khas untuk Tuhan/Nabi/Raja mereka iaitu Al-Masih-Ad Dajjal Yang Berangan-angan untuk Menguasai Dunia Dari Takhta Nabi Daud Dan Nabi Sulaiman A.S Di Baitul Maqdis Palestine..
Bagaimana Illuminati ini telah menguasai dunia ini..Sila Baca dan Fahami petikan ini…..

Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar. Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Dajjal dan Iblis menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua Rancangan agungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti..Saksikan video Dibawah ini untuk memahami dengan lebih lanjut


Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. Seterusnya, Freemason menjalankan Rancangan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua rancangan jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jerusalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk Tuhan mereka, iaitu Dajjal.

Thursday 29 December 2011

Dajja telah dibebaskan kedunia !!



Sabda``Rasulullah SAW’ yg bermaksud:
"Setiap Nabi telah memberi amaran kepada kaum2 mereka sendiri mengenai Dajjal. Begitu juga Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya. Tapi aku akan memberitahu kepada kamu semua apa yang tidak pernah dikatakan oleh Nabi2 sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu melihat dengan satu mata, (yakni) mata kirinya dan buta di sebelah mata kanannya yang kelihatan seperti sebiji anggur yang terapung. Tapi Tuhan kamu tidaklah bermata satu. Di antara matanya iaitu dahinya tertulis perkataan KAFIR. Dan sesungguhnya setiap mukmin dapat membacanya (melihatnya)"
Dalam hadits An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu disebutkan:

قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي اْلأَرْضِ؟ قَالَ: أَرْبَعُوْنَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ

Kami berkata: ‘Ya Rasulullah berapa lama Dajjal tinggal di bumi?’ Rasulullah berkata: ‘40 hari. Satu hari seperti satu tahun kemudian seperti sebulan kemudian seperti seminggu kemudian hari-hari lain seperti hari kalian sekarang’.”







Mari kita mengkaji Hadis ini

1) Ketibaan Dajjal Apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di atas muka bumi selama 40 hari sebagaimana Hadis di atas:
1 hari seperti 1 tahun
1 hari seperti 1 bulan
1 hari seperti 1 minggu


Dan hari-hari seterusnya adalah seperti hari biasa kita
Dalam surah al-Hajj ayat ke-47 (sila buka tafsir)
1 hari di sisi Allah adalah bersamaan 1000 tahun di dunia kita.
1 Hari = 1000 tahun

Jadi untuk memahami mengapa Nabi SAW bersabda sedemikian,mari kita lakukan sedikit pengiraan matematik mudah.

(1000 tahun kita) / (1 tahun) = 1000 tahun
(1000 tahun kita) / (12 bulan) = 83.33 tahun
(1000 tahun kita) / (52 minggu) = 19.23 tahun

Pada waktu 1 hari seperti 1 tahun - Britain merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.
Pada waktu 1 hari seperti 1 bulan - Amerika merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.
Pada waktu 1 hari seperti 1 minggu - Israel menjadi ibu pejabat pemerintahan Dajjal.

Jika diteliti sejarah, kerajaan Britain mula wujud pada tahun 929 Masihi.
1 hari = 1000 tahun, maka Britain berkuasa sehingga (929 + 1000) = 1929
Selepas Britain menyerahkan kuasa kepada Amerika Syarikat,maka Amerika Syarikat akan berkuasa selama 83.33 tahun..maka lebih kurang sehingga tahun 2012.
Kemudian Amerika akan mula menyerahkan kuasa pemerintahan mereka kepada Rejim Zionist di Israel. Mereka pula dijangka berkuasa selama +- 20 tahun.
Jadi sekarang merupakan waktu peralihan kuasa Dunia dari Amerika kepada Israel. Kita cuma boleh menjangkakan Israel berkuasa selama lebih kurang 20 tahun jika kiraan di atas adalah tepat atau hampir tepat (kerana hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tarikh2 sebenar)..dijangka tahun 2032, Dajjal akan muncul untuk Merajai dunia ini..









Wednesday 28 December 2011

Siapa itu Dajjal Dan apakah fitnah yang Dibawa oleh Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani(Christian), kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Pulau dimana Dajjal diikat(unicorn)
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Al Jassasah(pengintip)
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Hero Bangsa Yahudi
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Tak lama lagi pokok itu tidak akan berbuah.”
Pokok  kurma Di Bisan
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu pasti akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.


Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal..
Dajjal dan Iblis 
 Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal..