Thursday, 27 August 2015

Wanita Wanita Yang Tiada Tandingan Di Dunia ini

Assalamualaikum kepada saudara saudari
sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul Wanita wanita yang tiada tandingan di dunia ini..Siapakah mereka mereka ini yang menjadi Pujian,ikutan dan dihormati oleh sekalian Umat Islam, mereka adalah Asiyah, Siti Hajar, Maryam, Siti Khadijah, Siti Aisha dan Siti Fatimah...



Saya akan bermula dengan kisah Seorang wanita yang sangat berkuasa di zamanya, beliau adalah Asiyah iaitu Isteri kepada Firaun..Di zamanya Asiyah A.S mempunyai kuasa yang sangat hebat, bukan saja beliau mempunyai kekayaan yang banyak tetapi mempunyai hamba yang paling ramai dan setia..pendek kata beliau mempunyai setiap benda yang boleh dimiliki oleh seorang Maharani di dunia..tetapi baginya beliau sanggup melawan dunia semata-mata untuk memelihara Agamanya iaitu Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Musa A.S..sehingga beliau diseksa oleh suaminya Firaun sehingga Mati Syahid..mari saksikan kisah beliau dibawah ini
video

Seterusnya wanita yang ingin saya kisahkan adalah Siti Hajar A.S iaitu Isteri kepada Nabi Ibrahim A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat sabar dan taat kepada suaminya Nabi Ibrahim A.S..pada ketika beliau ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tanah yang tandus iaitu Makkah beliau hanya bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT untuk menjaga beliau dan anaknya Nabi Ismail A.S..mari saksikan kisahnya dibawah ini..
video

Seterusnya Wanita yang sangat istimewa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah Maryam A.S..beliau merupakan seorang Wanita yang sangat mulia disisi Allah dan telah dipilih menjadi seorang ibu kepada seorang lagi Nabi yang Hebat iaitu Nabi ISA A.S..pada ketika semua orang Yahudi menghina dan menuduh beliau, beliau tetap teguh dan tabah dalam menerima dugaanya sehingga umat Islam dan Penganut Kristian menyanjungi beliau sebagai seorang wanita yang Istimewa yang telah melahirkan seorang anak tanpa seorang lelaki mendampingi beliau...itu adalah Mukjizat dan Kuasa Allah SWT yang tidak akan dapat ditandingi..Mari kita saksikan kisah beliau
video

Seterusnya wanita yang sangat mulia dan hebat ini adalah Siti Khadijah RA iaitu isteri Rasulullah SAW, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan menyokong kebenaran, Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah..Mari kita saksikan kisah beliau..
video
Seterusnya wanita yang sangat pintar, suci dan dihormati ini adalah Siti Aisha RA..beliau juga merupakan Anak kepada Sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar RA..Siti Aisha RA telah di pilih oleh Allah SWT sendiri untuk dijadikan Isteri Kepada Nabi Muhammad SAW...beliau merupakan seorang wanita yang boleh menjadi wanita contoh yang lengkap dan idola kepada para wanita-wanita solehah di dunia ini..Siti Aisah Merupakan seorang yang sangat pintar,terpelajar,seorang pengajar dan juga seorang pemimpin bagi golongan wanita..bahkan belia dihormati oleh kesemua Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..
video

Seterusnya adalah wanita yang amat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah RA..beliau merupakan anak kepada Nabi Muhammad SAW yang sangat manja dengan Ayahnya..beliau telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT sebagai pemimpin bagi wanita di syurga kelak..beliau juga merupakan Isteri kepada Saidina Ali RA dan ibu kepada saidina Hasan RA dan saidina Hussain RA. beliau juga adalah seorang wanita yang mempunyai perwatakan yang mulia seperti ayahnya..sehingga ia di gelar sebagai Az-Zahra(yang terindah)..mari kita saksikan kisah beliau di bawah ini..
video

Ini lah kisah kisah wanita-wanita yang hebat dan mulia ini..wanita wanita yang diredai oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat yang boleh dan perlu dijadikan contoh dan idola kepada Muslimah-Muslimah solehin di zaman ini kerana tiada yang lebih baik dari mereka..sekian Wasalam

12 comments:

  1. review dan revision yang baik.... kipidap!

    ReplyDelete
  2. Atas mereka semua Salam. Diantara mereka, yg teristimewa ialah yg disebut namanya didalam al Quran. Ada pula yg dikisahkan pengkisahannya secara jelas dan ada yang tidak jelas. Bagaimana pula srikandi akhir zaman? Sekurang kurangnya, Adakah istri Isa Ruhullah dan istri Muhammadun Abdullah tidak setaraf mereka ini?

    ReplyDelete
  3. salam,sejak akhir2 ni dgr banyak rumours akan terjadi kat malaysia 20th-25th september ni contoh KLCC runtuh etc,ada maklumat atau tanda2?

    ReplyDelete
  4. Ape yg saya rasa hanya kemungkinan runtuhnya ekonomi global pada bulan sep atau Oct..atau pun suatu pertumpahan darah kt Palestine oleh izrael laknatullah

    ReplyDelete
  5. macam mana pulak dgn teknologi CERN recruitment service yang akan dilancarkan pada 23rd september?cuba tgk video ni https://www.youtube.com/watch?v=F0YaFUbbCUo and cuba type kat google maps september 23rd 2015

    ReplyDelete
  6. Teknologi CERN ini adalah sangat merbahaya untuk umat sejagat...jika salah langkah boleh memusnahkan dunia..# Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".(Al-Baqarah 2:11)

    ReplyDelete
  7. Hello,

    Seperti yang saya katakan, Yahudi merupakan bangsa Kanaan, dari segi bahasa dan budaya, bukan keturunan. Bangsa Kanaan ini bangsa yang jahat. Bangsa ini berasal dari keturunan Qabil/Cain. Berikut merupakan senarai bangsa pertuturan Kanaan seperti di bawah:

    1) Amorit/Amorites
    2) Amonit/Ammonites
    3) Edom/Edomites
    4) Amalek/Amliq/Amalekites
    5) Ibrani/Bani Israel/Yahudi/Jews
    6) Moab/Moabites
    7) Phoenicia/lLubnan/Lebanese
    8) Madyan/Midianites

    Jadi bangsa Kanaan lah dalang utama dan pertama segala kerosakan dan kejahatan di dunia ini.

    Seperti contoh, bangsa Amalek merupakan dalang utama yang perkenalkan sembahan berhala kepada penduduk semenanjung Arab.

    Yahudi pula bangsa pertama mencetuskan terorisme kepada dunia melalui pembunuhan keluarga diraja Austria-Hungary yang menyebabkan perang dunia 1.

    Bom atom merupakan ciptaan Yahudi Kanaan iaitu dari Albert Einstein dan Edward Teller.

    Bangsa Kanaan dari keturunan Qabil/Cain juga yang pertama dan utama mencipta senjata, seni mempertahankan diri serta peralatan muzik.

    Bangsa Kanaan berasal dari Kanaan bin Ham bin Nuh, isteri Ham kemungkinan besar berasal dari keturunan Qabil/Cain yang berada dalam bahtera Nuh. Ham berupakan bapa kepada keturunan Afrika.

    Hanya Yahudi, Amalek dan Madyan sahaja bangsa bukan kanaan, tetapi kanaan dari segi bahasa dan budaya, bukan darah keturunan.

    Yahudi berasal dari Nabi Ibrahim sebelah Siti Sarah.

    Amalek dari Aram bin Sam bin Nuh.

    Manakala Madyan dari keturunan Nabi Ibrahim sebelah Keturah, melayu juga dari sebelah Keturah.

    Jadi janganlah kita jadikan bahasa dan budaya Kanaan sebagai kehidupan seharian kita kerana entiti Kanaan adalah agenda jahat syaitan.

    Lihat link di bawah untuk percaya apa yg saya katakan:

    https://en.wikipedia.org/wiki/Semitic_people

    https://en.wikipedia.org/wiki/Curse_and_mark_of_Cain

    https://www.youtube.com/watch?v=EOrOdplJnV0

    https://www.youtube.com/watch?v=hbiYONKHLV0

    http://wol.jw.org/en/wol/d/r1/lp-e/1200003041

    http://www.libermundus.org/the-secrets-of-lucifer/the-satanic-bloodlines.html

    p/s: hope you guys enjoy my theories and research, thank you :)

    ReplyDelete
  8. lamanye x update blog

    ReplyDelete
  9. Mintak maaf semua..saya terlampau buzy buat masa ni..tak berkesempatan untk update blog

    ReplyDelete
  10. Salam author, wht do u think abt siti zulaikha? Does she really exist? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wbt..Siti zulaikha memang wujud dia adalah isteri Al-Aziz yg ingin mengoda Nabi Yusuf..Yūsuf:29 - Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

      Delete