widgeo.net

Tuesday, 21 January 2014

Memahami Hadis Dajjal Dari Perspektif Realiti

Assalamualaikum kepada saudara-saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya..Pada topik kali ini saya ingin menerangkan Simbol simbol Dajjal yang terdapat pada Hadis Nabi Muhammad SAW mengikut pemahaman dan pendapat saya..InsyaAllah..sebelum saya bermula saya ingin semua pembaca tahu bahawa ini merupakan pendapat peribadi saya dan anda diberi amaran agar tidak yakin bulat bulat dengan pendapat saya ini ..dan hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui..

Nabi Muhammad SAW Sentiasa memberi amaran dan peringatan mengenai perihal Dajjal.Disini saya akan mengupas Hadis-Hadis perihal Dajjal ini agar kita boleh lebih memahaminya dari perspektif logik dan Realiti.Mengikut pendapat saya, Hadis hadis ini merupakan Simbolik dan kita diseru untuk mengunakan akal untuk berfikir dengan lebih mendalam dalam memahami dan memecahkan kod kod yang terdapat didalam hadis Perihal Dajjal ini..mari kita bermula dengan hadis yang pertama..

Dajjal bermata satu dan matanya seperti buah anggur yang menonjol keluar

Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan, seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul."
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Mukmin, sama ada ia pandai membaca atau tidak, kerana ia akan dibaca oleh 'mata hati' bukannya mata luaran kita.

Mengikut pendapat saya hadis ini membawa maksud seperti Dajjal yang buta mata Hatinya, pengikut Dajjal dan juga manusia yang telah gagal dalam ujian fitnah Dajjal juga adalah buta mata hati dan buta(kejahilan) mereka tampak begitu menonjol sekali seperti buah anggur yang tersembul..kerana apabila mereka diberi peringatan mengenai Fitnah Dajjal, mereka akan menidakan kenyataan dan nasihat dengan hujah-hujah yang bodoh,dan dari situ kejahilan mereka adalah begitu ketara seperti buah anggur yang menonjol keluar dari mata Dajjal..

Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Maka ini lah strategi yang digunakan oleh Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta mata hati agar mereka akan tertipu dalam penilaian yang mereka buat..Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Fitnah Dajjal..
Dalam Hadis yang sama dikatakan Dajjal akan mempunyai tanda kafir di dahinya..maka pendapat saya adalah bahawa pengikut Dajjal adalah di dalam golongan orang kafir yang menjadi musuh Islam dan pada hari ini kita dapat lihat kumpulan yang bertungkus lumus dalam menjahanamkan Islam adalah satu kumpulan yang dikenali sebagai The Council on Foreign Relations yang berpusat di Amerika Syarikat..
Simbol CFR Atau (Kaf-Fa-Ra)KAFIR Pada Dahi DAJJAL

Pesawat Tempur Israel dari Kfir Brigade
Dajjal menguasai Cuaca dan iklim


" Di antara cubaan Dajjal lagi, dia memerintahkan langit menurunkan hujan, lalu hujan pun turun dari langit. Dia memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu ia pun menumbuhkan tanaman, sehingga haiwan ternakan kembali pada waktu petang dalam keadaan lebih gemuk dari sebelumnya dan lebih besar kantung susunya
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Pada hari ini Dajjal telah pun menguasai Cuaca dan Iklim dibumi ini..bagaimana anda bertanya?dengan Menggunakan satu senjata atau lebih dikenali sebagai HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program) Dajjal dapat melaksanakan Gempa bumi,Ribut taufan,Hujan lebat,Kemarau atau pun Petir yang dahsyat dengan menggunakan senjata HAARP ini..Baca disini

Dajjal bergerak selaju angin

"Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi SAW menjawab, Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.”
(Hadis Riwayat Muslim)


Mengikut pendapat saya Dajjal bergerak pantas selaju angin bermaksud Dajjal mempunyai teknologi untuk bergerak laju dengan menggunakan kapal terbang,siaran Television, Laptop dan handphone yang menggunakan Satelit..ini semua adalah teknologi milik Dajjal untuk bergerak atau menyampaikan infomasi miliknya ke serata dunia selaju angin..

"Dajjal akan muncul dengan menaiki keldai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh meter"

Mengikut pendapat saya Hadis ini menerangkan bahawa kenderaan Dajjal adalah kapal terbang pengangkutan dan bukan lah haiwan keldai yang sebenar..kerana simbolik kepada Keldai adalah haiwan pengangkutan..

Dajjal meloncat dari bumi ke langit

"Dajjal akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi" (Abu Dawud). 

Mengikut pendapat saya Hadis di atas ini bermaksud Dajjal akan mempunyai satu alat untuk keluar dari bumi dan berlegar-legar di angkasa dan pada zaman ini kita telah dapat menyaksikan Dajjal menggunkan kapal angkasa untuk keluar dari bumi dan mengexplorasi angkasa lepas

Sila tonton video ini agar mendapat pencerahan yang bermakna

Dajjal membunuh dan menghidupkan orang 

Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal Laknatullah bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang di bunuh itu, yang kebetulanya adalah orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Di zaman ini ramai diantara manusia yang telah terpedaya dengan teknologi yang digunakan oleh Dajjal..ini adalah kerana apabila seseorang itu selamat menjalani pembedahan seperti pembedahan Jantung atau buah pinggang, manusia yang lemah Iman akan terus saja memuji kepakaran teknologi atau doktor pakar yang telah menyelamatkannya dari kematian..ini adalah satu lagi ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambanya..dan jikalau kita menjadi seperti di atas maka kita bukan sahaja telah Syirik tetapi telah gagal dan terpedaya dengan kehebatan Fitnah Dajjal..pada hari ini kita dapat lihat bagaimana manusia akan dibedah dan disambungkan semula dan ia hidup kembali..

Pembedahan jantung yang dapat menyelamatkan manusia
Lihat bagaimana Dajjal menggunakan teknologi bagi menghidupkan Manusia yang telah mati

Dajjal membawa bersama Syurga dan Neraka

Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya yang kerinting serta dia membawa Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka bagi orang Islam dan beriman kepada Allah SWT"
(Hadis Riwayat Muslim) 


Secara analoginya kita dapat lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan, kemewahan, kenikmatan hidup, cintakan dunia dan pelbagai lagi adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Dajjal juga mengoda pengikutnya dengan bermacam-macam alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan lain-lain.Baca Disini..Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka.lalai dan terpesona dengannya..
Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa bosan dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
Hamba Hamba Allah SWT ini lah yang akan mewarisi Syurga
Harta bumi keluar atas arahan Dajjal

"Dan ia(Dajjal) apabila melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya"


Dengan munculnya Revolusi perindustrian, Dajjal telah berjaya mencipta pelbagai kaedah atau peralatan untuk mengeluarkan harta-harta dari perut bumi yang sebelum ini merupakan rahsia alam dengan mudah..maka dengan teknologinya ini Dajjal dapat mengeluarkan Berlian dari bumi Afrika,Minyak dari Jazirah Arab,Getah dan Timah dari Asia dan Emas dari Amerika latin..Semua ini telah digunakan dengan sepenuhnya oleh Dajjal untuk menguasai Dunia ini..
Lombong Berlian Kimberley yang paling terkenal di Afrika
Pelantar Minyak 
Kapal Korek Bijih Timah
Lombong Emas Terbesar Didunia
Wanita golongan terakhir keluar kepada Dajjal

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."


Maksud Hadis ini adalah wanita adalah golongan terakhir dan terpenting untuk digoda,dirosakan,dilalaikan dan diperdayakan oleh Dajjal dan lelaki yang beriman perlu mengambil peranan penting untuk menyedar dan menyelamatkan golongan wanita di zaman yang penuh dengan tipu daya Dajjal..wanita adalah golongan yang lemah dan tersangat mudah untuk diperdayakan, maka kita sebagai Ayah, Suami, Abang atau adik perlu peka dengan tanggungjawab dalam memelihara golongan wanita dari Fitnah Dajjal di zaman ini..Baca disini bagaimana wanita telah diperdayakan oleh Dajjal..dan juga disini untuk memahami dengan lebih Lanjut..

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

Tipu daya Syaitan Dan Dajjal dalam pelbagai rupa
Dajjal Dajjal Kecil Sudah Pun Mengoda Wanita Kearah Mereka
Mengikut pendapat saya Dajjal akan muncul tidak lama lagi dimana beliau akan menyerupai seperti Manusia yang biasa dan bukan seperti makhluk yang pelik..lihat Gambar dibawah ini..

Rupa Dajjal Adalah Seperti Seorang Manusia Yang Biasa
Dajjal di dalam Imiginasi Umat Islam
H.R. ABU DAUD: 
Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


Seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan
Bangsa Bangsa Bersatu
Dengan semua penerangan di atas, saya berharap Saudara Saudari Islamku dapat memahami Realiti Symbolisma berkenaan Perihal Dajjal dari prespektif Logik Akal, agar kita sama sama dapat melindungi diri dari Fitnah yang paling dahsyat di zaman ini iaitu Fitnah Al Masih Ad-Dajjal yang sedang menerjah ke atas kita Umat Islam dari pelbagai arah InsyaAllah..kita juga perlu memahami rancangan yang digunakan oleh Musuh Islam agar kita tidak terpedaya dan terperangkap..Sekian Wasalam.

50 comments:

  1. terimakasih atas pencerahan... saya mempunyai pandangan yang sama dengan saudara.....

    ReplyDelete
  2. Tuan, fitnah-fitnah dajjal itu memang betul semuanya, pada pandangan tuan apakah bentuk cara perjuangan baginda Imam Mahdi untuk memputarkan semula keadaan ini 360 degree. Tidak ramai yang berbicara tentang bentuk perjuangan IM dan PBT. Adakah tuan bersetuju masalah dunia ketika ini adalah kuasa untuk harta.....segala yang berlaku disebabkab untuk mendapat harta....adakah mungkin harta juga jalan penyelesaian bagi memutarkan semula keadaan kepada 360 degree....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuk perjuangan Imam Mahdi pada mulanya adalah untuk menyatukan keseluruhan Umat Islam terlebih dahulu..Masalah dunia ini dicipta oleh Ahli Jemaah Dajjal agar manusia sentiasa dalam kawalan mereka..dan mereka memerlukan harta untuk menjalankan rancangan mereka agar dapat menyediakan pemerintahan untuk nabi mereka iaitu Dajjal..Harta tidak akan memainkan peranan yany penting untuk memutarkan keadaan tetapi Iman,persefahaman dan Penyatuan Ummah adalah kunci kejayaan Umat Islam..ini adalah pendapat saya..

      Delete
  3. Gambaran Dajjal buta mata-kanannya janganlah ditafsirkan secara harfiyah, melainkan secara kalam ibarat, yakni harus diertikan bahawa Dajjal tak mempunyai akhlak yang baik.

    ReplyDelete
  4. Tuan, saya setuju dengan tuan, Iman, persefahaman dan penyatuan Ummah adalah kunci kejayaan Umat Islam, pandangan tuan apakah caranya untuk kejayaan tersebut diketika ini??....mereka merancang, Allah lah maha perancang....saya masih berpendapat hanya dengan harta juga dapat menjatuhkan kerajaan Dajjal...harta yang akan diurus oleh IM dan PBT...sedang berlaku sekarang....wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masa ini tiada kemungkinan untuk kita Umat Islam berjaya kerana Yakjuj n Makjuj telah menguasai keseluruhan aspek pemerintahan didunia ini dan kita Umat Islam akan ditindas dan difitnah dengan lebih dahsyat lagi..malahan hampir 90% kaum Arab akan dibunuh dengan senjata biologi yang menyerupai Wabak..pada ketika itu Umat Islam didunia akan menjadi begitu lemah dan hilang semangat kerana penindasan yang sangat dahsyat..hanya selepas Nabi Isa Membunuh Dajjal dan Allah menghapuskan Yakjuj n Makjuj(Israel), baru lah kita Umat Islam akan menang..saya juga ingin bertanya apa maksud saudara dgn harta yg akan diurus oleh IM dan PBT sedang berlaku skrg??

      Delete
    2. dajjal muncul ketikamana sistemnya diragut, dirobek dan dicincang cincang oleh Imam Zaman, yang terpilih dan dipilih. kononya dia mahu menghalang kebangkitan Haq, sebab itulah dia muncul secara zahir tetapi bilamana dia muncul, zahirlah pula Isa yang akan dihadapinya. kesian dia...

      Delete
    3. Assalamualaikum wbt, hadis mengenai harta di akhir zaman....

      Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

      -ABS-

      Delete
  5. En.khalid cuba baca blog bradokapak dia mengatakan dajjal adalah dari kalangan orang islam sebab itu orang islam akan mudah mengikut dajjal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam bermaksud menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa..maka dengan Istilah ini tiada kemungkinan Dajjal adalah dari kalangan orang Islam..Dajjal diciptakan oleh Allah SWT untuk bangsa yahudi kerana mereka telah menolak semua Nabi Allah dan Dajjal juga telah diciptakan untuk menjadi satu Ujian yang besar kepada umat Manusia di penghujung Akhir Zaman ini

      Delete
    2. dia itu Islam (tunduk menyerah diri kepada Pencipta) pada zahirnya tetapi batinnya ingin setara Pencipta. maka kemungkinan Dajjal adalah dari orang Islam lebih tinggi dari kemungkinan dajjal adalah dari bukan islam. oleh kerana dia adalah seorang yang sangat berpengaruh dan terkenal ketika kemunculannya, umat Islam secara ijmak dan majoriti akan mengikutinya. maka hanya tinggal hamba Allah yang dipelihara dan disucikan dari fitnahnya, maka tinggallah golongan gharib dan asing sepertimana yang dikatan "beruntunglah orang yang asing, beruntunglah orang yang asing, beruntunglah orang yang asing". Golongan dagang ini ialah minoriti sepertimana minoritinya ahli Tauhid ketika permulaan zaman kenabian Muhammad. zaman Nabi hanya sekitar 40 orang sahaja ketika di makkah. jika sekarang 1.5 billion umat Islam dikatakan manoriti juga ia adalah suatu yang pelik.

      dia itu buta sebelah matanya, maksudnya dia tahu, alim, allamah didalam fekeh tetapi buta tidak mengerti dan tidak mengenal Sang Pencipta disisi satu lagi. dia menipu umat Islam dengan hukum hakam yang dikatakan hukum islam tetapi ia langsung tiada kena mengena dengan hukum Islam sepertimana yang dibawa Nabi. itulah dajjal ketua penipu akhir zaman. berbanding orang kafir yang memang anti islam, sang dajjal lebih licik, tindakannya lebih sadis.

      jika dajjal itu seorang yang kafir, sudah tentu tiada gelaran penipu padanya kerana majoriti umat islam memang tidak percaya kepada orang kafir.

      Delete
    3. Jikalau dajjal itu dari kalangan orang Islam,mengapa kaum yang sangat teruja dan bertungkus-lumus melaksanakan segala persiapan untuknya adalah dari Kaum Yahudi dan Kristian yang menyembah Iblis?? Hampir semua Syarikat Global yang besar menggunakan Lambangnya(Dajjal)..dan yang mengawal pemerintahan dunia hari ini adalah dari golongan yang memusuhi umat Islam..

      Delete
    4. Permusuhan dan penentangan terhadap Islam kerana tidak dapat menerima Islam adalah sesuatu yang sangat besar. Tetapi dia yang mengubah sesuatu hukum dari hukum Tuhan terlebih lebih besar, walaupun hanya satu hukum sahaja, kerana ia ingin menjadi setara atau lebih dari Tuhan. Zaman sekarang hukum Tuhan dah jadi cam biskut ja. Sekejap halal sekejap haram. Pelopornya ialah ulama su' dan ketua mereka ialah ketua penipu, jaguh penipu sepanjang zaman. Mengajak manusia beriman dan manusia menyangka mereka beriman padahal Tuhan sudah sebut, 'sebenarnya mereka tidak beriman'

      Seperti dosa riba yang sangat besar. Walaupun ia menzalimi manusia dan menindas manusia tetapi ia tidak menyebabkan kehilangan nyawa secara direct. Berbanding dgn dosa membunuh yang disifatkan jika kamu membunuh satu nyawa seolah olah kamu membunuh semua nyawa manusia. Tetapi, walaupun kedua dua dosa itu sangat besar, apalah sangat nak banding dgn dosa mensyirikkan Tuhan. Org musyrik mensyirikkan Tuhan dan mempelbagaikan Tuhan, maka dia menyamaratakan Tuhan dgn selainnya. tetapi si penipu itu mensyirikkan Tuhan dgn menukar hukum hukumnya maka dia mahu lebih tinggi dari Tuhan. Bezakan.

      Yang menentang Islam itu memang bersungguh sungguh menentang Islam dan menyediakan tapak untuk pemimpin mereka. Dajjal itu akan menjadi pemimpin mereka kerana kelebihannya. dia bukan calang calang manusia, bukan juga tin kosong tetapi hebat mcm mana pun dia tetap seorang hamba. Iblis tu kambing hitam saja, siapa yang sembah dia mcm sembah kambing hitam saja, tiada yang istimewa pun padanya. Terdapat hamba Allah yang tak melihat pun golongan ini.

      Kamu fikir, siapa golongan gharib? Siapa golongan dagang? Siapa golongan asing? Yang diketahui pada setiap zaman, para arifin dan wali wali Allah, merekalah paling asing pada zaman mereka dan mereka adalah sangat minoriti pada setiap zaman. Kenapa? Zaman ini, siapa minoriti? Jangan kata 1billion atau 2billion lebih jiwa manusia sebagai minoriti..

      Delete
  6. Tuan saya nak tanya hadis nabi tentang sahabat nabi yg terkandas di sebuah pulau dan bertemu makhluk gergasi yg dirantai mengaku dia adalah dajjal..adakah dajjal berbadan gergasi? Dalam hadis tu dajjal dikatakan berbadan besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkemungkinan Dajjal mempunyai susuk badan yang tegap dan ketinggian 7 kaki.. dan saya pasti ia bukan seperti gergasi .Wallahu a'lam..

      Delete
    2. Assalamualaikum khalid pm saya number tuan, say perlu bg tahu tuan sesuatu yg sangattt mustahakkk!! Ni email saya syahrulnaim12@gmail.com

      Delete
  7. berkenaan Dajjal...saya setuju dengan pendapat saudara...

    ReplyDelete
  8. Tuan, selain senjata mengawal cuaca dajjal juga boleh mengawal minda,membuat keputusan. Dalam pru 13, nurul izah memacak bendera bendera kecil berbagai warna. Biru muda pilihan utama dajjal. Tweter,facebook,doremon dan katon mata satu. Berbagai dakyah dan propaganda disebar melalui internet iklan dan filem. Dikatakan umno rasuah rasis dan macam macam lagi .dajjal tahu bagaimana sistem sel saraf otak berfungsi . Berkemungkinan dajal menyebar data data mengunakan satelit dan pemancar dibumi terus keotak tanpa melalui media terus ke sel kaler biru otak mempengaruhi keputusan memangkah seiapa perlu diundi. Sesiapa yang tiada kalimah lailahaillallah akan mengikut keputusan dajjal macam cina jesus .yg adaa selalu sebut laillahailaaah akan membuat keputusaan sendiri. Selawat dan kalimah sahadah benteng otak kita menolak pancaran senjata minda daajjal. Saya tak pandai terangkan harap boleh paham. Nak tanya apa warna pakaian imam mahdi hitam atau biru gelap,

    ReplyDelete
  9. Tambah cerita ,milo promosi exttra 50g. Warna pek pembungkus warna hijau dan extra 50g diwarna biru pkr. Nampak tak kempen yahudi dajjal pkr melalui barangan penggina. Astro 555 ada siri rancangan rencana bagaimana otak bekerja. Lepas minum milo otak teringat pkr bagi extra 50g , 40 hari otak mengatakan pkr baik bn zalim .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x minum milo tapi saya x suka BN. Tak suka BN tak bermaksud saya DAP, PKR, WARISAN atau PAS. Dajjal tak perlukan alat canggih spt pemancar gelombang terus ke otak utk membuatkan manusia jadi tak cerdik.

      Manusia sudah ada otak. Otak mengandungi persepsi dan cara fikir. Dajjal cuma perlu ubah persepsi dan cara fikir manusia jer. Manusia sering rasa dia ada persepsi sendiri dan berfikir dgn akal serta kebijaksaan sendiri. Idealogi begini pon sebenarnya sudah diatur dajjal. Tapi tak sedar.. kan?

      Dalam Islam.. persepsi dan cara fikir cuma ada dua. Iaitu cara Islam dan cara syaitan. Tapi dajjal beri pilihan ketiga iaitu cara sendiri dgn alasan manusia makhluk pintar dan bermentaliti tinggi.

      Kesimpulannya.. dajjal x perlu alat canggih pon. Cuma perlu otak manusia yg tidak berfikir cara Islam. Tu je

      Delete
  10. peciter politik lak anonymous?adoi....

    ReplyDelete
  11. moga ALLAH SWT menjauhkan kita daripada fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan fitnah Dajjal Al-Masih..

    ReplyDelete
  12. Ritual Tanduk Setan telah berlaku pada 19.2.2014 di TV pun tayang. Nampaknye puak mason 1world tak malu kerana ritual tanduk setan boleh ditayang live internasional.

    Ritual yg byk kata bidah dimeriah dgn penampilan cameo Prince Charles yg meyakan bayangan tanduk setan sempena lawatan Prince Charles ke wilayah Saud kali ke-10 kata TV sekian. Prince Charles yg sipu-sipu malu plak pakaian tradisi Saud, pegang skimitar pastu hureh dance hayun skimitar ke atas ke bawah macam Saud bersama Saudians dalam stadium tatkala charles pandang2 waswas manatau ada skimitar hinggap kat charles yg takut-takut gumbira. Ramai gak Saudians dance sama pegang skimitar dalam stadium.

    ReplyDelete
  13. maaf, pandagan saudara tertolak dari beberapa sisi:
    1. pada zaman rasulullah sendiri pernah wujud seorang yang rasul dan sahabat sangka dia adalah dajjal
    2. sahabat nabi, tamim ad-dari pernah menjumpai dajjal ini di suatu pulau.
    3. dari beberapa hadith terdapat penegasan dajjal ini adalah seorang lelaki
    4. rasul menbuat perbandingan sifat mata dajjal ini dengan sifat mata Allah.

    saya rasakan 4 petunjuk ringkas ini sudah cukup untuk menmbuktikan sosok Dajjal ini memang wujud. mungkin saudara boleh baca tafsiran-tafsiran ulama mengenai dajjal-dajjal ini. membuat hipotesis sendiri adalah kurang elok. wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin saudara sudah salah faham..saya memang mengaku sosok dajjal wujud..kan ada diterangkan diatas 2..dan pada zaman Rasulullah..lelaki yang disangka dajjal adalah Ibnu Sayyad..tetapi di telah masuk Islam akhirnya..cuba saudara baca betul2..walauapapun Terima kasih atas komen Saudara..

      Delete
    2. Isyarata drp Nabi melalui hadis atau pembayang dlm Quran biasanya datang dlm 2 maksud. Maksud pertama ialah maksud Zahir.. maksud kedua ialah maksud kiasan/isyarat.

      Contoh dlm bab dajjal. Dajjal boleh dimaksudkan sbg Susuk Tubuh Makhluk. Dajjal juga boleh membawa maksud fahaman yg berlawanan dgn Islam dan muncul di akhir zaman. Nampak macam Islam siap jubah dan serban tapi sebenarnya membawa ajaran syaitan.

      Maksud yang kedua sedang berlaku dan melata luas dlm Malaysia dan mungkin ada antara rakan anda telah pon mengambil fahaman/ajaran yang salah ni.

      Delete
  14. Sekadar perkongsian

    Mungkin benar beberapa hipotesis dan pendapat tuan semua cuma satu persoalan penting perlu difikirkan,saya tak yakin Dajjal perlu difahami secara tersirat spt mata buta membawa maksud tidak adil dll atau tanda-tanda lain kerana Nabi SAW pasti akan menerangkan dgn sejelas-jelasnya kriteria Dajjal tanpa selindung kpd umatnya

    Spt contoh;Adakah kita akan menerangkan kpd anak kita ttg ular tedung yg bahaya sekadar umpama seutas tali yg bergerak shj ataupun kita akan menjelaskan sepenuhnya tanpa selindung?

    Jgn lupa salah satu sifat Nabi ialah tabligh=menyampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara..tetapi mengenai BAB Dajjal ini memang Rasulullah SAW berkias dan mengunakan bahasa simbolik kerana hampir semua perkara yang diterangkan kepada Sahabat sahabatnya belum lg berlaku dan mereka mungkin tidak akan faham..Contoh jikalau Rasulullah menerangkan bahawa kapal terbang akan menjadi pengangkutan Dajjal mesti Sahabat tidak akan Faham kerana kapal terbang masih belum dicipta..maka Rasulullah mengunakan perkataan simbolik seperti KELDAI PUTIH...

      Delete
  15. Rasulullah pernah bersabda:Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal.

    Jadi berdasarkan ayat ini Dajjal telah ada sejak zaman Nabi Adam...anda setuju dengan saya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju saudara...tetapi dia telah dirantai disebuah pulau(Britain) selepas banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh A.S

      Delete
    2. Daripada cerita@link dibawah ini pendapat saya mengatakan yang Qabil ini ialah manusia pertama yg layak digelar pembunuh@Dajjal pertama dimukabumi ini...wallahualam.

      https://www.facebook.com/DiDuniaMacamMacam/posts/284450355007176

      Delete
    3. Assalamualaikum wbt,

      Dajjal Dari Sudut Bahasa Arab

      Dajjal dari segi bahasa Arab memberi beberapa makna kata sifat yang sesuai ditujukan kepada umat manusia, di antaranya adalah seperti berikut:

      Satu golongan manusia yang amat ramai - sehingga meliputi permukaan bumi sebab mereka berada di merata tempat. Mereka terdiri dari bangsa-bangsa tetapi sifat, cara dan tujuan hidup mereka adalah sama.
      Satu golongan manusia yang bersifat pemalsu, pendusta, menggelincirkan, memesongkan. Pada zahirnya bersikap baik tetapi penuh dengan tipu muslihat. Semua yang mereka lakukan dipandang untuk kebaikan semua, namun terselindung disebalik kebaikan itu ialah kehancuran kepada pihak lain. Keimanan seseorang boleh tergelincir disebabkan pengaruhnya yang meliputi segenap kehidupan dari masa kanak-kanak hinggalah ke masa tua.
      Orang yang sangat kaya raya - kekayaan yang dimiliki tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. Bangsa lain mengemis pada mereka. Ringkasnya ekonomi dunia dalam genggaman mereka.
      Pengembara atau musafir - merantau ke merata tempat adalah kegemaran mereka dan ini adalah sebahagian dari cara hidup mereka. Bukan hanya permukaan bumi dikelilingi malah di luar angkasa mereka juga terokai.
      Menyeliputi atau membungkus - Ini adalah salah satu sifat buruk yang mereka miliki iaitu menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan sentiasa menyembunyikan niat jahat mereka dengan pelbagai cara.
      Kelompok orang ramai yang membawa barang dagangan - semenjak dahulu kala lagi hingga sekarang mereka bijak berniaga dan memasarkan barangan mereka menembusi seluruh pelosok dunia. Hal ini juga menyebabkan mereka sangat kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia.

      Kata sifat yang tertera seperti di atas sememangya amat tepat ditujukan oleh Rasulullah saw kepada bangsa Barat atau orang kafir. Mereka berada di mana-mana, suka mengembara, kaya raya – kuasa ekonomi dunia berada dalam  genggaman mereka – jatuh ekonomi negara mereka bermakna jatuhlah ekonomi seluruh dunia. Mereka adalah pedagang yang berprestasi tinggi diperingkat global. Mereka pembohong besar, penipu dan begitu angkuh disebabkan kemajuan dalam segala bidang yang mereka capai. Mereka amat licik dalam melaksanakan tipu muslihat memperdayakan bangsa lain sehingga sesebuah negara boleh muflis dan tergadai dan kemudian mereka jajah samada dalam bentuk ekonomi, mental ataupun fizikal. Perhatikan negara-negara yang bernasib malang termasuk negara-negara Islam, hingga ke hari ini masih ramai yang merempat hidup sengsara disebabkan tipu muslihat bangsa Dajjal ini, yakni Amerika, Britain dan sekutu mereka. Perhatikan apa yang sedang berlaku di Iraq ,Afghanistan dan timur tengah khususnya. Disebabkan oleh tangan-tangan merekalah negara-negara tersebut terjebak didalam konflik dan peperangan.

      -ABS-

      Delete
  16. adakah isis tentera imam mahdi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIDAK sama sekali..Baca post saya mengenai Khilafah Islam dari Disneyland..

      Delete
  17. Untuk mengenal dajjal kita kena merujuk kembali kisah Qabil dan Habil.

    ReplyDelete
  18. Isis difitnah oleh al masih ad dajjal.. ini buktinya Isis tidak membunuh orang awam.. http://www.youtube.com/watch?v=i_vPHGm4p64

    ReplyDelete
    Replies
    1. The new request by President Barack Obama for an increased $500 million “aid” to “rebels” in Syria—which actually means arming the al Qaeda militants in ISIS who threaten the US-supported government in Iraq as well—is a treasonous act which is only understandable in terms of the Jewish Supremacist control and direction of the American government.
      The ISIS, al Qaeda offshoot which America has supported and trained in Syria, is now overrunning Iraq! This terrorist organization has promised terrorism and attacks against America as well as Americans anywhere in the world.

      Ahli Jemaah Dajjal telah merancang dari tahun 1996 lg untuk mencipta kumpulan Isis..semata mata untuk membuktikan kepada dunia bahawa Islam adalah Jahat dan Kejam

      Delete
  19. Tanpa saya sedari air mata saya menitis selepas menonton video ini. jihadology.net/category/islamic-state-of-iraq-and-al-sham/

    ReplyDelete
  20. Aslmkm saudara-saudara yang saya sayangi sekelian. cfr, kfir adalah satu lagi bentuk fitnah dajjal untuk memesongkan pemahaman kita umat Islam mengenai hadith2 Rasulullah S.A.W. Saya percaya dajjal sendiri memahami hadith2 Rasulullah S.A.W , lalu merangka fitnah2 yang amat2 sukar untuk kita kesan. Pada pendapat saya,maksud kaf-fa-ra yang ada pada dahi dajjal itu adalah sistem kafir atau panduan hidup yang bersistemkan cara kafir. Ianya terdapat dalam sistem pentadbiran, pendidikan, kewangan dan ekonomi, ketenteraan, sains atau boleh dikatakan semua sistem yang digunakan sekarang rata2nya bertentangan dengan al-quran dan sunnah. sentiasa ada saja perkara yang di sediakan dajjal supaya dapat memesongkan pemahaman kita dari mengetahui perkara sebenar. Ini termasuklah fitnah2 dalam agama. Simbol mata satu juga saya percaya merupakan strategi dajjal supaya kita percaya bahawa dia bermata satu dan buta sebelah mata. wallaahua'lam.

    ReplyDelete
  21. dajal manusia yang hidup dari dulu lagi.. zmn nabi lg.. di panjangkan usia oleh allah.. dan di kurung di satu pulau... x tahu di mana..dia akan muncul nanti bila mna manusia lupa dan alpa.. tiada azan.. dan tiada iman iman myebut kn pasal dajjal.. di atas mimbar.. bca lah hadis dan kisah dajjal.. kita x pyh samakan apa yg ada skrg.. sbb dia blum kluar..

    ReplyDelete
  22. Jemput baca tulisan saya berkaitan kemunculan dajjal di tahun 2019
    https://www.facebook.com/abdulkhalid.abdulaziz

    ReplyDelete
  23. Dajjal ialah manusia . Yg di sorokkan di sebuah pulau . Yang tak diketahui.. tiba masanya ia akan keluar

    ReplyDelete
  24. Tuan, saya sangat takut dngan apa yang akan dilakukan oleh dajjal.. sangat² takut sampai saya tak leh fokus untuk buat ape². Tuan, berikan saya cara yg kukuh untuk merendahkan kerisauan saya ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbanyakan solat fardu,solat tahajjud Dan zikir..Inn Sha Allah ketakutan Dan kerisauan Tuan blh hilang..

      Delete
  25. Nak tya, apa pendpt tuan berkenaan antivaksin, sebenarnya vaksin bgs ke x sdgkn perubatan zaman dulu islam yg mencipta vaksin. Lg 1 apa pandangan tuan berkenaan imam mahdi,beliau dari kaum di arab atau di mana? Muda atau tua?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbt ..

    Nak komen sikit .

    Hadis2 berkenaan kejadian@kehidupan di akhir Zaman 99% berbentuk khiasan@gambaran shj .

    Dajjal ialah umat Kristian .
    Nabi ISA as ialah ketua Kristian sendiri (bukan Nabi ISA )

    Yajuj majuj .manusai rakus selain Kristian . CTH . Cina jepun DLL ..

    Imam Mahdi (Anak raja Arab Saudi) Anak Kpd Raja Abdullah yg dh wafat tu .skg Anaknya disembunyikan .tgu LPs wafat raja salman akan berebut anak2 raja2 semua . kecuali Anak raja Abdullah ni . dia sdri akan diangkat 313 Org ulama .skg ulama2 tiap tahun ganjil tgu IM Kat mekah . Allahualam.

    Nak tau lebih lanjut dtg Kat masjid Al najihin CHERAS kita sembang in shaa Allah.

    ReplyDelete
  27. SIAPAKAH DAJJAL ???


    YES DAJJAL IALAH UMAT KRISTIAN .

    Dajjal dari segi bahasa Arab memberi beberapa makna kata sifat yang sesuai ditujukan kepada umat manusia, di antaranya adalah seperti berikut:

    Satu golongan manusia yang amat ramai - sehingga meliputi permukaan bumi sebab mereka berada di merata tempat. Mereka terdiri dari bangsa-bangsa tetapi sifat, cara dan tujuan hidup mereka adalah sama.
    Satu golongan manusia yang bersifat pemalsu, pendusta, menggelincirkan, memesongkan. Pada zahirnya bersikap baik tetapi penuh dengan tipu muslihat. Semua yang mereka lakukan dipandang untuk kebaikan semua, namun terselindung disebalik kebaikan itu ialah kehancuran kepada pihak lain. Keimanan seseorang boleh tergelincir disebabkan pengaruhnya yang meliputi segenap kehidupan dari masa kanak-kanak hinggalah ke masa tua.
    Orang yang sangat kaya raya - kekayaan yang dimiliki tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. Bangsa lain mengemis pada mereka. Ringkasnya ekonomi dunia dalam genggaman mereka.
    Pengembara atau musafir - merantau ke merata tempat adalah kegemaran mereka dan ini adalah sebahagian dari cara hidup mereka. Bukan hanya permukaan bumi dikelilingi malah di luar angkasa mereka juga terokai.
    Menyeliputi atau membungkus - Ini adalah salah satu sifat buruk yang mereka miliki iaitu menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan sentiasa menyembunyikan niat jahat mereka dengan pelbagai cara.
    Kelompok orang ramai yang membawa barang dagangan - semenjak dahulu kala lagi hingga sekarang mereka bijak berniaga dan memasarkan barangan mereka menembusi seluruh pelosok dunia. Hal ini juga menyebabkan mereka sangat kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia.

    Kata sifat yang tertera seperti di atas sememangya amat tepat ditujukan oleh Rasulullah saw kepada umat KRISTIAN. Mereka berada di mana-mana, suka mengembara, kaya raya – kuasa ekonomi dunia berada dalam  genggaman mereka – jatuh ekonomi negara mereka bermakna jatuhlah ekonomi seluruh dunia. Mereka adalah pedagang yang berprestasi tinggi diperingkat global. Mereka pembohong besar, penipu dan begitu angkuh disebabkan kemajuan dalam segala bidang yang mereka capai. Mereka amat licik dalam melaksanakan tipu muslihat memperdayakan bangsa lain sehingga sesebuah negara boleh muflis dan tergadai dan kemudian mereka jajah samada dalam bentuk ekonomi, mental ataupun fizikal. Perhatikan negara-negara yang bernasib malang termasuk negara-negara Islam, hingga ke hari ini masih ramai yang merempat hidup sengsara disebabkan tipu muslihat bangsa Dajjal@kristian ini, yakni Amerika, Britain ,Eropah Russia dan sekutu2 kristian mereka. Perhatikan apa yang sedang berlaku di Iraq ,Afghanistan dan timur tengah khususnya. Disebabkan oleh tangan-tangan merekalah negara-negara tersebut terjebak didalam konflik dan peperangan.

    Dalam 1 Hadis kata ,Utk selamat dari fitnahnya dajjal kne hafal 10ayat pertama surah al khafi .

    Dalam 10 ayat tu Ada cerita ttg 1 umat yg berdusta sangat Besar iaitu kaum yg mengatakan Allah Ada Anak .

    Siapakah di dunia ni yg berakidah Allah Ada Anak? Yes umat Kristian .

    Maknanya itu la sebabnya Nabi saw menyuruh umat Islam menghafal@fahami mksd 10ayat pertama Al khafi tersebut .

    Ayat ke 4 dn 5 digambarkn 1 kaum yg akan menuduh Allah Ada Anak .iaitu spt semua tahu hanya umat Kristian yg beranggapan Nabi ISA as itu Anak Allah.

    Maknanya umat Kristian la yg Nabi saw kata Dajjal ... Allaualam .


    Quran surah Al khafi ayat 4.

    Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
    (وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا)
    [Surat Al-Kahf 4]

    (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.(مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا)
    [Surat Al-Kahf 5]

    Siapakah yg digambarkan sbg "MEREKA"???

    Yes umat Kristian .

    ReplyDelete
  28. Bagaimana pula dgn hadis ini?

    سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ (أحمد)

    “Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatnya di atas mimbar-mimbar.”
    (HR Ahmad 16073)

    Sekiranya kita membicarakan susuk dajjal seperti di atas bermakna dajjal tidak akan muncul lagi pada masa sekarang.

    Tetapi sekiranya apa yg kita bicarakan itu bukanlah susuk dajjal yg sebenar maka pasti dajjal yg sebenarnya telahpun muncul.

    New World Order, Democracy system, United Nation, Haarp, IT dan berbagai2 lagi andaian yg cuba dikaitkan dgn susuk dajjal. Antara semuanya, manakah yg manusia lupakan dan para2 imam tidak lagi membicarakannya di mimbar2?

    ReplyDelete
  29. Satu persoalan...nk jawab takut pula...jawapan ada dalam minda...

    ReplyDelete