widgeo.net

Thursday, 11 September 2014

Rothschild Duta Iblis BHG 2..

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana keluarga Rothschild menjadi Duta kepada IBLIS. Kepada sesiapa yang belum membaca bahagian pertama,sila baca disini dahulu..


Semuanya bermula dari Mayer Amschel Baur (Rothschild) yang berada di Jerman pada 1760, Mayer Amschel Baur telah melakukan perjanjian bersama Iblis untuk menjadi duta beliau dan memastikan keturunanya melaksanakan setiap rancangan Iblis dalam menguasai manusia. Mayer Amschel Baur seperti yang diketahui adalah seorang penganut Yahudi Talmud dan mempunyai kepakaran didalam bidang sihir dan magik yang dipelajarinya dari kitab Kabala Yahudi..

Dari Kitab Kabbalah itu Mayer Amschel Baur telah mempelajari cara untuk berhubung dengan Iblis dan dengan itu Dia telah berjaya berhubung Iblis dan melakukan perjanjian untuk melaksanakan tugasan serta rancangannya..Sebenarnya keluarga Rothschild adalah penyembah Iblis tetapi dengan segala tipu daya mereka telah mengaburi mata masyarakat dunia dengan melakonkan watak sebagai penganut Yahudi. Ini semua adalah tipu daya mereka agar dapat berlindung dibelakang agama Yahudi dan dapat mengunakan identitinya dalam menguasai Negara Haram Israel..

"Lucifer is very much alive, He is our god, and we are His chosen people." -Mayer Amschel Rothschild,banker 33° Scottish rite Mason n founding father of the illuminati

Kesemua Keturunan Rothschild memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan rancangan Iblis di akhir zaman ini dan mereka merupakan ketua-ketua Rahib bagi agama Syaitan (illuminati) yang mendahului didalam ritual penyembahan terhadap tuhan mereka iaitu Iblis laknatullah..maka dengan ini Iblis dan hulu balangnya membantu keluarga Rothschild untuk menjadi keluarga yang paling kaya,berkuasa dan terpengaruh didunia agar dapat melaksanakan tugasan Iblis dengan lebih efisien..

Pada tahun 1770 Mayer Amschel Rothschild telah melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu kumpulan rahsia yang dinamakan sebagai illuminati dan telah melantik serta memberi kepercayaan kepada beberapa keluarga Yahudi (penyembah Syaitan) untuk melaksanakan rancangan New World Order atau lebih tepat lagi satu Order Secular yang membawa manusia jauh daripada keimanan dan ketaqwaan terhadap pencipta kita iaitu ALLAH SWT..kerana itu adalah hasrat Iblis dari awal penciptaan manusia lagi..kita dapat lihat pada hari ini bagaimana manusia telah hilang pedoman,mengabaikan fitrah kehidupan dan keimanan mereka..

"Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)..(Al-A'raf: 16-17)

Apakah rancangan pertama Duta Iblis ini membantu Iblis membawa keturunan Nabi Adam ke neraka Jahanam??

Senjata utama yang digunakan oleh keluarga Rothschild adalah Riba Riba Riba Dan Riba..hampir 90% penduduk dunia hari ini telah memeluk Riba ke dalam pangkuan mereka dan jikalau Umat Islam faham akan implikasi Dosa Riba ini kita pasti tidak akan dapat tidur dengan lena lagi..keluarga Rothschild dengan bijaksana telah menguasai bank of England pada tahun 1815 dan telah diarah oleh Iblis laknatullah untuk menyerang manusia terutamanya umat Islam mengenai Wahyu terakhir yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW iaitu wahyu mengenai larangan mengamalkan RIBA..Mereka telah menubuhkan The Federal Reserve,IMF dan Bank Dunia untuk mengawal ekonomi England, Amerika Syarikat, dan seterusnya ekonomi dunia. Kita tidak terlepas dari Riba perbankan..Inilah rancangan Maha Jahat mereka tanpa kita sedari. Inilah konsep Lending Money On Interest!Rothschild telah berjaya untuk membawa umat Islam ke neraka dengan Dosa Riba yang sangat dahsyat ini.. 


Apakah impilikasi Dosa Riba dan adakah kita hamba yang tidak beriman jikalau kita mengamalkan Riba??

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman…(Al-Baqarah: 278)

Adakah anda sedar bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang terhadap pengamal riba..

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al Baqarah: 279)

Perisytiharan perang oleh Allah SWT dan Rasul itu membawa pengertian lebih luas ,Malah peperangan ini sebagaimana diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar kalamNya adalah diisytiharkan ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan sosialnya.Dosanya sangat besar dimana dapat menghapuskan berkah daripada individu serta masyarakat, bahkan dapat mendatangkan bencana di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya...(Al-Baqarah: 275)

Mari kita lihat sabda Nabi Muhammad SAW mengenai Riba..

Rasulullah saw. bersabda "Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk diseksa oleh Allah." (HR Hakim)

Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan: "Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama." (HR Muslim)

Rasulullah saw bersabda.: "Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorang pun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).
Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 orang pelacur” (HR Ahmad & at-Thabrani).


Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat;
"Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka"



Riba sejak dahulu hingga kini merupakan alat penindasan, perhambaan, eksploitasi, kezaliman, pemerasan, penghisap darah, penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya. Semua itu bukan hanya terjadi pada peringkat individu sahaja, malah terjadi terhadap bangsa, umat dan negara. ini merupakan Rancangan Utama Ahli Jemaah Dajjal..

Kezaliman Riba Terhadap Individu dan Penjajahan Dunia

Kezaliman Riba boleh dilihat secara nyata dari peringkat sesama individu sehinggalah kepada peringkat penjajahan dunia, khususnya apa yang dilakukan oleh negara yang kuat dan kaya ke atas negara yang lemah dan miskin seperti apa yang terjadi ke atas negara-negara Dunia Ketiga. Melalui hutang dengan sistem riba, akhirnya kekayaan negara-negara Dunia Ketiga terus dirampas dan mengalir ke Institusi Jemaah Dajjal seperti IMF dan Bank Dunia, dengan hutang itu pula, negara-negara Islam dijerat dan dibonekakan dengan mudah oleh negara-negara besar.baca disini 

Penjajahan ekonomi ini seterusnya mengakibatkan kepada penjajahan fizikal yang memperolehi ketaatan negara Dunia Islam serta Negara membangun. Akibatnya kita akan sebati dan lali dengan riba sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap Asing, Pelik dan Bodoh. 

Peranan Ulama didalam Dunia Islam

Ulama yang kita miliki hari ini juga Jahil terhadap perkara ini dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai rancangan musuh terhadap umat Islam dan jikalau ada ilmu sekali pun mereka hanya membisu,pekak dan membutakan diri.ia tersangat mendukacitakan kerana mereka juga telah kehilangan pandangan MATA HATI mereka dimana tidak mampu lagi untuk menilai dan memahami rancangan Licik musuh Islam terhadap mereka dan kita semua..Ulama pada akhir zaman ini telah ditundukkan oleh pemerintah bagi kepentingan diri mereka. Mereka telah menjual diri demi kepentingan dunia..Ulama zaman sekarang juga bukan sahaja membenarkan riba ini berlangsung dengan Fatwa-fatwa mereka tetapi juga menghalang Ulama yang Ikhlas dalam proses memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam mengenai perancang musuh terhadap kita..

Pada hari ini Umat Islam sendiri seperti tidak kisah lagi mengenai Riba kerana mereka melihat bahawa Ulama yang mereka sanjungi sendiri tidak mendedahkan dan menghalang mereka dari terus terjebak ke dalam Riba. Umat Islam di zaman ini sendiri telah di brainwash oleh budaya moden yang mementingkan Materialistik seperti rumah besar,kereta besar,telifon bimbit berjenama dan barangan rumah yang berjenama..Rancangan ini juga telah dipermudahkan dengan wujudnya Kad Kredit yang membolehkan bayaran dilakukan secara ansuran dan semestinya disertakan dengan Riba..Ini juga adalah salah satu perangkap Iblis terhadap umat Islam..

Akhir sekali saya ingin memperingatkan anda semua, iaitu rancangan ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan rapi dan teliti oleh keluarga Rothschild selaku Duta bagi Iblis laknattullah dalam memastikan kita terutamanya Umat Islam Akhir Zaman akan menempah tiket ke neraka dengan menggunakan sistem yang telah mereka ciptakan ini (Riba)..sudah tiba masanya untuk keluarga Rothschild melaksanakan Rancangan yang paling mega mereka ke arah penubuhan sebuah kerajaan dunia (World Government) yang berpangkalan di Baitul Maqdis dengan menghambakan umat di seluruh dunia dengan sistem perbankan mereka melalui One World Currency (matawang Global)..baca disini..
Inilah yang dikatakan Riba yang telah digunakan oleh keluarga Rothschild dalam memerangkap umat Islam sedunia di akhir zaman ini..Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri..Sekian Wasalam...

18 comments:

  1. riba merupakan sihir akhir zaman..... sesiapa yang terkena sihir tidak akan sedar ianya disihir sehingga ianya diubati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes tersangat benar..Thanx for the Info Saudara Enrike

      Delete
    2. Ubat terbaik adalah Surah Al-Khafi, 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir. Hendaklah diamalkan setiap malam jumaat.

      Delete
  2. Ulamak sebok berpolitik..mana nak tahu perancangan Musuh Islam!!

    ReplyDelete
  3. The Ulamak n Mufti will Sleep-Walk the Muslim Ummah into THE NEW WORLD ORDER.

    ReplyDelete
  4. admin__ Siapakah keluarga yang menjadi agen agen kepada rothchild untuk mencipta ILLUMINATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka adalah keluarga Warburg...keluarga Schiff..keluarga Oppenheimer..keluarga kerabat Eropah iaitu Merovingians dan yang terbaru keluarga Rockefeller Amerika dan keluarga Li dari China..

      Delete
  5. senjata Illuminati untuk membawa kita ke NERAKA adalah Ribaa dan Politik Demokrasi..........kedua2nya adalah Syirik dan Dosa

    ReplyDelete
  6. Apa tunggu lagi.. Lancarkan Perang!!!

    ReplyDelete
  7. Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

    ReplyDelete
  8. Salam Admin..agak2 ulamak atau mufti yg manakah yg boleh dipercayai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wailaikumsalam..bagi saya Ulama yang masih relevan adalah seperti Sheikh Imran Hosein, Mufti Ismail Menk, Sheikh Ahmed Deedat Rahimullah, Shaykh Hamza Yusuf, DR Israr Ahmed, Dr Zakir Naik, Sheikh, Dr. Yasir Qadhi, Nouman Ali Khan, Sheikh Yusuf Estes, Shaykh Hussain Yee ,Shaykh Khalid Yasin, Imam Anwar al-Awlaki, Dato' Dr. Haron Din, Dan Dr Danial Zainal Abidin...Mufti dan Ulama Ini lah pilihan saya ..

      Delete
  9. Salam Admin The Hidden Truth..


    Saya nak tanya.. Kenapa Amerika Illuminati yg menyembah Syaitan ini tidak menggunakan ilmu sihir dan teknologi mereka untuk terus sahaja merompak wang yg banyak dalam bank setiap musuh mereka.. Sedangkan MH370 dengan senang ghaib begitu sahaja?


    Kenapa tentera yahudi illuminati yg menyembah Syaitan tidak terus menggunakan sihir mereka untuk menjadi Kebal ketika berperang?

    ReplyDelete
  10. Walaikum Salam..mereka tidak perlukan kepada wang lg..kerana mereka mempunyai lebih dari cukup..dan tidak lama lagi mereka akan menggunakan Cip dimana mereka dapat mencipta wang dengan begitu sahaja didalam akaun mereka.

    Didalam peperangan pula, mereka melaksanakan perang dengan step by step mengikut keadaan dan masa yang sesuai seperti yang telah ditetapkan oleh ketua ketua mereka..

    Dan MH370 bukan ghaib dengan begitu sahaja..ia telah dirampas dan dibawa ke pangkalan tentera milik Ahli Jemaah Dajjal..

    ReplyDelete
  11. jazakallaahh khairan kasira sudaraku Khalid.Sepatutnya perkara perkara Ilmiah sebegini yang wajib para khatib khutbah Jumaat di seluruh Malaysia khasnya dan Negara Negara Islam khutbahkan untuk menyedarkan kebanyakkan umat islam yang lena di buai mimpi indah dunia yg palsu termasuklah para ulama dan umara yang masih terperankap di dalam politik mainan Ad Dajjal laknatullaahh.Insha Allah, mari kita cadangkan kepada Tok Imam di Qariah masing masing untuk membacanya.

    ReplyDelete
  12. dgn sistem riba di seluruh dunia itu maka secara x lgsg kita semua adakah penghuni neraka? sy percaya xkan sorg pun terlps dr meminjam. xkan ada org bile kereta rumah cash klu x kaya. camne tu? kita semua confirm2 msk neraka.

    ReplyDelete
  13. Sekarang sudah ramai yang sedar, tapi apakah jalan penyelesaian yg perlu dibuat? Kami bukan orang kaya, tidak perlu berhutang. Apakah tindakan yg paling sesuai bagi kami?

    ReplyDelete