widgeo.net

Thursday, 24 May 2012

Artis yang menjual Jiwa/Roh pada iblis


Anda mungkin berasa pelik bagaimana seseorang dapat menjual jiwa atau roh pada syaitan atau iblis dan berasa tidak masuk akal akan pekara sebegini berlaku..sebenarnya pekara ini telah lama Diamalkan oleh masyarakat Asia terutama masyarakat Melayu dan Indonesia tetapi dengan mengunakan kaedah yang berlainan..Contoh seperti membela hantu raya,pelesit dan yang paling ketara adalah mempunyai Saka..ini semua hanya boleh berlaku jikalau individu itu membuat pakatan atau bekerjasama untuk sesuatu yang diingini oleh individu tersebut seperti..menerima perlindungan,kecantikan(susuk)atau mendapat keuntungan dari perniagaan dengan menerima syarat-syarat kerjasama dengan makhluk yang bergelar JIN yang merupakan belaan mereka..
ilustrasi Iblis Laknatullah
Berbalik kepada artis yang telah menjual diri pada iblis..sebenarnya mereka bukan benar benar menjual Roh..Roh didalam jasad kita adalah Hak Mutlak Allah dan tidak boleh dijual beli..Cuma kenyataan menjual Roh itu adalah seperti perumpamaan atau sekadar istilah ayat yang digunakan oleh kita untuk menyatakan tentang pekara ini..Maksud yang sebenar adalah mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk melangar arahan Tuhan(Syirik) dengan menyembah iblis dan syaitan seperti melakukan ritual(upacara) meminum darah,memakan daging manusia,mengorbankan gadis dara atau melakukan hubungan sejenis yang sememangnya melangar hukum dunia secara Amnya..dan demi kekayaan,populariti dan kuasa mereka sanggup menjual diri dengan menerima tuntutan iblis atau tuan mereka yang menyembah iblis(illuminati)

 Upacara pengorbanan gadis dara kepada Iblis



Rancangan yang paling penting untuk Ahli Jemaah Dajjal ini sebenarnya adalah untuk merosakan Iman kita dengan
memasukan budaya amalan syaitan dengan secara sikit demi sedikit seperti yang dirancang oleh Gereja Syaitan yang menjadi tonggak utama pertubuhan illuminati ini..lihat dan dengar sendiri pengakuan ketua no 2 gereja syaitan ini yang mengatakan bahawa muzik adalah alat yang paling penting untuk mereka memasukan unsur unsur syaitan ini dan memilih artis artis yang boleh melakukan tugasan ini
secara penuh dan berkesan..


Sekarang saya akan tunjukkan bukti pengakuan artis artis yang telah menjual diri mereka kepada iblis dan sedang melakukan tugasan yang diberi melalui lirik-lirik lagu dan muzik mereka

Bob Dylan

Katy Perry


Eminem

Rihanna

Kanye West

Snoop Dog


Jay-Z
Jay-Z menjelaskan bahawa orang sangat aneh dalam menilainya sejak awal mula bekerjasama dengan Rainman (sebutan baru untuk iblis)


Beyonce juga menyatakan bahawa setiap kali dia ingin perform di atas pentas dia akan menerima Rasukan Spirit (jin)kedalam dirinya dan akan dapat memberi performance yang hebat diatas pentas..Tonton temuramah ini..

Komik Cina juga faham akan jual beli Jiwa dengan iblis
Ramai lagi Artis Artis yang menonjolkan budaya atau simbolKesyaitanan mereka dan ini adalah buktinya
Lady Gaga dengan wajah bertanduk yang terkeluar dari dahinya
Jay Z memakai jaket dengan tulisan "Do What Thou Wilt"Ayat dari Kitab Syaitan
Rihanna dengan mata Satu dan memakai tanduk
Madonna meniru gaya Baphomet(iblis)dan memakai jaket piramid  Illuminati

Video di bawah ini membuktikan tentang kebenaran penyembahan iblis dan jual beli Roh/jiwa demi
kekayaan,populariti dan kekuasaan..pekara ini akan diterangkan oleh seorang artis yang bernama Melyssa Savannah Ford.. saksikan video ini anda pasti akan faham dengan lebih lagi


Video dibawah ini pula adalah bukti bagaimana golongan Ahli Jemaah Dajjal ini bekerjasama dengan jin dan iblis..dengarkan lah apa yang Roger Morneau bekas ahli kumpulan dan penyembah iblis di kanada ini katakan


Budaya jual Roh atau jiwa kepada iblis juga telah dimasukkan ke dalam filem Hollywood dan mereka memang mempercayai amalan sebegini dan juga sengaja ditonjolkan didalam filem filem mereka..lihat klip video dari GhostRider ini bagaimana iblis mencadangkan khidmat beliau untuk menyelamatkan ayah Johnny Blaze daripada Cancer yang akan mengakibatkan kematian ayahnya..Dan iblis mencadangkan padanya bahawa dia akan membantu menyelamatkan ayah johnny dengan harga untuk memiliki Roh Johnny Blaze

Klip video dari filem Bedazzled ini pula menonjolkan watak iblis yang cuba mengoda Elliot Richards(Brendan Fraser) dengan 7 permintaan seperti Populariti,kekayaan,kekuasaan,Bakat dan Wanita idaman dengan hanya perlu membayar dengan Roh Elliot Richards


Klip Video ini pula adalah dari filem Jennifers Body dimana Jennifer diculik oleh kumpulan band yang ingin memasuki arena muzik tetapi tidak berjaya dan hanya dengan mengorbankan Jennifer yang dianggap masih dara kepada iblis barulah membolehkan mereka mendapat pertolongan dari Iblis untuk berjaya dan menjadi terkenal dan mereka telah berjaya menjadi terkenal dengan mengamalkan upacara pengorbanan Jennifer kepada iblis

Klip video ini pula adalah dari filem The Imaginarium of Doctor Parnassus di mana doctor Parnassus memberitahu anaknya rahsia pakatannya bersama iblis untuk mendapatkan hidup yang kekal dan gadis idamannya dan terpaksa membayar dengan nyawa anaknya yang berumur 16 tahun(dara) kepada iblis



Sekarang saya akan buktikan cara penyembah syaitan ini memasuki kedalam minda kita dengan sihir yang hebat iaitu Muzik..Tonton video ini ..TERSANGAT PENTING UNTUK ANDA MENONTON VIDEO DI BAWAH INI


Kepada umat Islam yang meminati lagu ini diharap dapat melupakan lagu ini kerana ia berkaitan dengan Iman kamu dan ucaplah dua kalimah syahadah kerana lagu ini memprogram kamu untuk berkata La Ellah dan La Allah(tiada Tuhan)
lagi bukti Kesyaitanan mereka


Dan didalam video ini pula beyonce memuja dan memuji Iblis(Lucifer)



Anda pasti terfikir bagaimana mereka boleh mempunyai kepakaran begini..jawapannya adalah dari buku buku sihir dari zaman Babylon yang mengajar mereka sihir sihir untuk menyesatkan dan mengawal minda manusia agar dapat secara tersirat memaksa kita memuja iblis dengan mengunakan muzik dan lagu yang dicipta khas..dan kita tanpa sedar menerima mereka ke dalam hidup dan minda kita..ini adalah rancangan Ahli Jemaah Dajjal yang terpenting untuk remaja..dan saya akan menunjukan pada anda siapakah Mastermind dibelakang mereka yang telah mencipta Kaedah ini..

Aleister Crowley Pengasas agama dan kitab Syaitan
Anton Lavey pengasas Gereja Syaitan dan mahaguru pada Ahli Muzik
Marilyn Manson anak murid Anton Lavey yang paling berjaya dalam  arena Muzik
Marilyn Manson Artis Syaitan  



Allah menjelaskan didalam kitab Suci Al Quran

Sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.(Al Baqarah ayat 101)


Budaya Pop yang ditonjolkan oleh media hari ini penuh dengan pujian kepada tuhan golongan Elite iaitu iblis dan yang merangsangkan pujian ini adalah artis artis yang menjadi alat mereka dan kita yang masih belum sedar dengan rancak dan kyusuk menyayikan lagu yang memuji syaitan tanpa disedari dan secara halus telah memakan Iman kita dengan pelahan lahan....Matlamat mereka adalah untuk menyesatkan kita dan menguasai kita dengan cara menghilangkan apa sahaja yang suci dari kehidupan kita..Projek Ahli Jemmah Dajjal iaitu New World Oder atau Secular World Oder(Dunia yang tidak berAgama)yang dicipta khas oleh iblis sendiri dan Dajjal sebagai raja akan mengetuai dunia yang penuh kegelapan ini..
Seperti pepatah yang mengatakan..In The land Of The Blind The ONE EYE Is King(didalam Dunia yang buta mata hati Dajjal yang bermata satu adalah Raja)
Sedarlah wahai umat manusia betapa licik syaitan ini dalam rancangan yang dilaksanakannya..masih belum terlambat untuk kita balik ke jalan yang benar dan Suci..

8 comments:

  1. dolo masa mula dengar lagu Umbrella nyanyian Rihanna,sy rasa cam pelik..cam lagu pemjuaan jampi2..awl2 dengar rasa x suka.walaupun awal2 tu dh jd HITS dn semua org pasang tiap2 hari.

    ReplyDelete
  2. Mereka sangat licik untuk merosakkan remaja zaman ini..dan remaja zaman ini pula bila ditegur akan melatah dan mengelar kita old fasion dan menghalang kemodenan..sungguh hebat mind control diorang terhadap remaja terutamanya Remaja Islam..

    ReplyDelete
  3. Ini adalah pekara serius dan kepada kita yang ada FB kita perlu sebarkan pekara ini kepada seramai yang mungkin..thanx admin

    ReplyDelete
  4. Nomatter how many lies and mis-interpretations people use to prove music being Halal, the fact remains that it is absolutely HARAM

    ReplyDelete
  5. Salam,Admin nak tanya ape maksud lantai hitam dan putih 2?

    ReplyDelete
  6. fakta yg sgt2 benar n masuk akal bila difikirkan..kecuali org2 yg xboleh trima hakikat je yg ssh nk fhm n terima..tq admin atas pencerahan ini..keep it up..show the hidden truth to all peoples..sesuai dgn nama blog ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih saudara..sebarkan info yg penting ini kepada rakan rakan anda..

      Delete
  7. Adakah barangkali artis2 Melayu pun tiru seperti mereka menjual jiwa kepada syaitan?...tidak mustahil memang ada...mereka ada yang kelihatan mewah walaupun berlaku drama2 murahan...

    ReplyDelete