widgeo.net

Saturday, 13 April 2013

ARTIS dan lirik-lirik lagu dari Alam JIN

Tajuk yang ingin saya bawakan kali ini merupakan satu yang sangat penting untuk kita dizaman ini ketahui kerana ramai diantara kita yang sangat teruja dengan lakonan dan lagu lagu artis dari barat yang telah menyebabkan dunia Islam kita pada hari ini hampir kerosakan Akidah dan Iman mereka dimana remaja masa kini lebih gemar untuk memuja artis-artis ini seperti meletakkan gambar di dinding dan ring tone lagu mereka didalam hp tanpa sedar lirik lagu yang mereka dengar ini sebenarnya memuji Iblis.Dengan izin Allah saya akan membuktikan beberapa artis-artis ini yang telah menjual diri pada Iblis dan juga menggunakan khidmat makhluk ghaib dari kalangan jin untuk berjaya dalam arena muzik mereka 


Sebelum anda membaca Artikel ini anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai artis-artis yang anda puja ini..lihat bukti disini..http://adam-thehiddentruth.blogspot.com/2012/05/artis-yang-menjual-jiwaroh-pada-iblis.html

Sebagai Insan yang ingin benar melihat Islam berada dihati setiap umat manusia,Saya akan mendedahkan dengan membuktikan bagaimana artis ini mula menjual diri mereka..semuanya bermula dengan Si fulan yang bernama Robert Johnson..dia dikenali sebagai artis pertama yang telah menjual dirinya kepada Iblis untuk mendapatkan bakat bermain Gitar dan telah diberi gelaran bapa Rock n Roll dan Blues..Saksikan video ini..

Artis kedua yang saya ingin buktikan adalah si fulan yang bernama James brown yang terkenal dengan lagu I Feel Good..dia juga telah menjual Rohnya pada Iblis dan telah berjaya dalam arena muzik dan video ini adalah buktinya apabila James Brown sendiri berlakon didalam filem ini dimana ia melakukan pakatan bersama Iblis..


Artis ketiga adalah Elvis Presley iaitu King of Rock and Roll..dia juga dikhabarkan telah menjual Rohnya kepada Iblis dan telah menjadi artis yang begitu masyhur di abad ini..Elvis juga mempercayai segala kejayaanya dibantu oleh mahkluk jin..Saksikan video ini..


Artis seterusnya yang ingin saya buktikan adalah Michael Jackson yang juga dikenali sebagai king of Pop..Dari kecil dia telah mempunyai bakat dalam bidang tarian dan nyayian sehingga dipaksa menceburkan diri ke dalam arena muzik oleh ayahnya..Ayahnya juga telah mengunakan bakat Michael Jackson sebagai satu cara mendapat keuntungan yang lumayan dan akibat ini Michael Jackson juga telah mendapat asuhan yang buruk dari ayahnya yang tamak sehingga Michael Jackson juga telah terjebak ke dalam amalan menggunakan khidmat makhluk Ghaib dari kalangan jin untuk berjaya dalam arena muzik..

Pada mulanya memang benar Mikael Jackson merupakan hamba kepada illuminati tetapi dengan Izin Allah Michael telah berjaya melepaskan diri daripada golongan terkutuk ini dan mula mencipta muzik yang sihat untuk masyarakat dunia..dia juga dikhabarkan telah memasuki Islam dan akhirnya telah dibunuh oleh illuminati kerana telah berpaling tadah..

Artis seperti Madonna juga telah lama menjadi sebahagian dari ahli jemaah Dajjal dan mengunakan muzik sebagai alat untuk merosakan minda remaja dan memasukan unsur-unsur kesyaitanan didalam muziknya dimana dia juga merupakan seorang yang penting didalam organisasi penyembah syaitan(illuminati)ini.saya akan membuktikan betapa hebat pengaruh wanita yang bergelar Madonna ini..
Madonna dengan satu mata dan jaket piramid Dajjal

Artis seterusnya yang ingin saya buktikan adalah artis yang bernama Carlos Santana,dimana beliau juga telah mengaku mengunakan khidmat makhluk Ghaib dari kalangan jin untuk mencipta lirik lirik lagunya..ia juga telah mengaku bahawa makhluk ghaib yang pernah mengasuh bakat pemain Gitar ternama iaitu Jimi Hendrix juga membantunya dalam mendapatkan sumber Inspirasi lirik lagunya..Saksikan Bukti ini..

Artis generasi baru seperti Eminem dan Lil Wayne juga tidak ketinggalan dalam mengamalkan perkara yang telah dibahaskan di atas..Saya percaya mereka juga telah menjual diri mereka kerana dari cara dan gaya yang mereka gunakan tidak jauh berbeza dan bagi saya adalah lebih menonjol..Saya yakin mereka juga mengunakan khidmat makhluk Jin untuk berjaya dalam arena muzik mereka..

Lil Wayne didalam klip video dibawah ini dengan bangga menunjukkan bahawa dia dirasuk oleh makhluk Jin..dan kebanyakan lirik lagunya adalah mengenai Makhluk ghaib dan tidak ketinggalan Symbolnya juga menjurus kepada Iblis..Saksikan video ini sebagai bukti

Diantara artis generasi yang baru,Eminem merupakan bagi saya artis yang paling menonjol dan berpengaruh kepada remaja zaman ini..mengapa saya berkata begitu ini adalah kerana dia telah berjaya mempengaruhi bukan saje remaja di negara barat tetapi remaja dimalaysia pun tidak ketinggalan dengan symbolnya sebagai artis Rap yang paling berani menzahirkan perasaanya didalam lirik-lirik lagunya tanpa mengambil kisah pandangan masyarakat..disini saya akan membuktikan pengaruh berbahaya yang dimiliki oleh Eminem kepada Remaja yang lemah akal fikiran
Mengajar Remaja Membunuh Diri
Satu lagi bukti yang ingin saya dedahkan adalah betapa bahaya pengaruh Eminem kepada remaja dan masyarakat dizaman ini sehingga ia dapat mempengaruhi minda seseorang untuk membunuh Ahli keluarganya..tidak percaya??Saksikan Video ini..

Mungkin pendedahan diatas telah memberi kejutan kepada para pembaca mengenai kemungkaran artis artis barat ini,dimana saya akan membuktikan dan juga akan menunjukkan beberapa symbol yang diguna pakai oleh artis artis ini dimana secara terang-terangan mereka menzahirkan pakatan mereka bersama Iblis atau Dajjal..

Al- Jinn 7:26
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.


Symbol yang sering diguna pakai oleh Artis artis didalam arena muzik adalah symbol tangan bertanduk dimana ia sebenarnya adalah symbol menyanjung Iblis dan kita tanpa sedar telah menganggapnya sebagai symbol Rock dan selesa mengunakanya..kepada umat Islam hentikan aksi ini…
Anton lavey  pengasas Gereja Syaitan
Rihana juga faham kepentingan Symbol ini
Semasa upacara penyembahan iblis
Adakah Pope ini penyokong kepada Symbol Rock? Tentu tidak..
Symbol kedua yang sentiasa diguna pakai oleh kita adalah simbol OK,disini saya buktikan ia sebagai symbol nombor Syaitan(666) didalam kitab bible dan ia digunakan oleh penyembah Iblis diseluruh dunia..
Symbol jari ini bukan bermaksud OK
The Beatles juga sentiasa mengunakan Symbol ini
Justin bieber juga melakukan aksi mata Iblis 666
Justin timberlake juga melakukan Aksi mata Iblis 666
Symbol ketiga yang sering diguna pakai oleh artis seperti Jay-Z,Kanye west dan Beyonce adalah sebenarnya merujuk kepada Symbol piramid(Dajjal),anda mungkin akan membantah bahawa ia tidak membawa apa apa maksud..saya akan buktikan ia adalah symbol yang terkutuk..lihat bagaimana pengasas gereja syaitan iaitu Anton lavey telah lama mengunakan Symbol piramid dengan mata satu ini..
Gambar ini diambil sekitar tahun awal 80an
Jay-Z menjadi artis pertama zaman ini untuk menghidupkan semula Symbol ini
Saya rasa dengan segala pendedahan artis artis muzik di atas ini sudah cukup untuk anda faham betapa bahayanya jikalau kita menyokong,mendengar,menyanyi dan membeli lagu lagu ciptaan mereka kerana mereka secara tersirat dan tersurat telah merosakkan minda dan akidah kita sejak zaman berzaman..memandangkan sumber inspirasi lirik lirik lagu mereka ini diperolehi dari alam Jin(syaitan)oleh itu saya mengharapkan agar kita umat Islam dapat mengabaikan muzik dan lagu yang dapat membawa kemudaratan kepada kita seperti yang dikhendaki oleh penyembah Iblis ini yang sebenarnya ingin melihat kita menyembah berhala Moden iaitu memuja dan menerima artis artis ini ke dalam kehidupan seharian kita..pernahkah anda terfikir kenapa ia dinamakan sebagai American Idol(berhala)
Anda pasti faham mengenai bayang bayang itu..

Apakah akibatnya jikalau menjual diri pada Iblis dan melakukan pakatan dengan Makhluk Jin..saksikan Video ini..



Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh Imam-Imam dan Nabi kita Muhammad SAW mengenai Muzik dan lagu..

IMAM AHMAD BIN HAMBAL pernah menyebut bahawa muzik dan nyayian adalah tipudaya Syaitan.. 

IMAM MALIK BIN ANAS pula menyebut bahawa muzik adalah pilihan kaum yang suka melakukan Dosa..

Sabda RASULULLAH SAW: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).


Sabda RASULULLAH SAW:Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"(Ibnu Majah)

Saya berharap dengan pendedahan ini umat Islam boleh menilai akan bukti yang telah saya dedahkan ini..sebarkan lah artikal ini agar lebih banyak remaja Islam dapat mengetahui rancangan Iblis yang halus dan merbahaya ini..Sekian Wasallam.

16 comments:

  1. Saudara terima kasih di atas ilmu dan maklumat yang telah dijelaskan yang mengandungi hikmah. Teruskan usaha saudara kerana ramai yang sentiasa mengikuti dan mahu mengambil tahu tentang apa yang sedang terjadi tanpa kita sedari di dunia Allah ini. Diharap saudara terus memberi ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat dan membuka minda dan mata setiap manusia yang tidak bersalah.

    ReplyDelete
  2. Terimaksih atas maklumat dan penerangan yang diberikan. Moga kita sedar dan waspada terhadap tipu daya Dajjal dan Syaitan.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Khalid.. Sy suke dgn kajian2 yg dibuat oleh saudara.. Terima kasih atas ilmu yg dikongsi oleh saudara.. Sy harap saudara mempercepatkn lg update untuk kajian2 saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak tahun baru ini saya agak sibuk..dengan Izin Allah saya akan cuba untuk update kajian saya dengan lebih cepat lagi..apa2 pun terima kasih atas sokongan dan galakan semua..

      Delete
  4. Salam,kajian sedara khalid sangat mendalam dan terperinci,bolehkah sedara panjangkan kepada sesuatu yg lebih bermakna dan kita sedang lupakan dari hari ke hari untuk jadi bahan bacaan?iaitu sunnah nabi saw insyaallah..
    contohnya-kafir sesatkan kita dgn method muzik,kita pun ikut mereka dgn meyakini medium muzik adalah medium paling ampuh untuk berdakwah,terutama golongan muda,tapi bila kita ada hal penting mcm nak pergi pinjam duit kat seseorg xda pulak kita usung gitar nyanyi dgn lirik nk pinjam duit kat dia,kerana kita hormati hal yg penting ni..
    contoh lagi-kafir ajar kita cari kuasa dulu baru senang nak bg agama kat manusia,kita pun meyakini method ini dgn mengejar kuasa dapat buat agama tertegak,sedangkan method iman adalah tauhidkan allah dulu sebab Allah lah empunya segala kekuasaan..dah terang lagi bersuluh kita berkuasa atas adik kita,anak2 kita,isteri kita..tapi x juga agama tertegak atas mereka bahkan yg paling ketara kita berkuasa atas diri kita tapi x juga agama tertegak atas diri kita,sebab tu keyakinan adalah atas Allah bukannya kuasa..
    contoh lagi-kafir sesatkan kita guna internet,kita pun ikut kaedah mereka juga meyakini internet sebagai medium yg paling ampuh utk berdakwah,sedangkan kaedah iman itu kena cari manusia sampai depan rumah untuk ajak pada Allah,mcm kita muliakan luahan cinta pertama kita dgn awek kita dulu la,kita sorong badan kita jumpe dia,dapat x dapat puas hati janji dah cerita depan sama depan,xda pula nak luah dlm f.b,takut2 nampak mcm x bersungguh2 pula dimata org yg kita cintai itu..risau juga kan..
    apabila method2 untuk iman ini x diangkat ketahap yg paling tggi,adakah sebab tu kita x berjaya?semua ini bukankah telah ada dlm quran dan dizahirkan pula didalam sunnah..maknanya telah Allah iklankan apakah method2 yg sesuai untuk melayani perkara yg paling mulia iaitu iman..
    adakah sedara dapat perincikan lagi di entri hadapan insyaallah?kerana sedara punya perincian sgt mendalam..tq,salam..(kalau kita duduk di istana sultan mana kita berani ketawa berdekah2,kalau kita tgh meeting dgn bos, kita pun x berani bawa majlis meeting tu dgn ketawa terbahak2..tapi kita duduk dalam majlis di rumah Allah kita ketawa bersungguh2 ramai2,bila masa solat fardhu tidak juga penuh masjid tu,lalu kita jawab dgn seribu alasan yg teguh knp boleh buat begitu)

    ReplyDelete
  5. Salam sdr Khalid,
    Di dalam firasat sdr, ada tak di antara artis-artis Melayu (dulu dan sekarang) yang telah terjebak dengan pertolongan Jin untuk menjadi popular dan diminati ramai??

    ReplyDelete
  6. W.salam..Didalam kajian saya ada 2 artis tanah air kita yang ada terjebak dengan pertolongan Jin..tetapi saya tidak akan mendedahkan mereka..cuma saya harap mereka dapat bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Asy-Sya’bi berkata: “Sesungguhnya nyanyian itu menimbulkan kemunafikan dalam hati, seperti air yang menumbuhkan tanaman. Dan sesungguhnya berdzikir menumbuhkan iman seperti air yang menumbuhkan tanaman.” (Diriwayatkan Ibnu Nashr dalam Ta’zhim Qadr Ash- Shalah)

    ReplyDelete
  8. menarik.teruskan, saya menyokong

    ReplyDelete
  9. Pemujaan Syaithan di tanah Melayu memng telah wujud..seperti lagu..pemuja hantu laut dalam matera " Ulit Mayang". Lagu " Isabela" dan banyak lagi. Semua terhasil daripada " Baiah" dgn Puak JIN.

    ReplyDelete
  10. Dewa 19 pon same gak cam artis2 kat atas ni..

    ReplyDelete
  11. artis korea pun sama juga ke? tapi banyak juga benda-benda positif dlm hiburan korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"setiap lagu atau muzik sama je..tetap melalaikan manusia..

      Delete
  12. Walaupun ia mungkin ada unsur Positif tetapi adakah ia sesuai dengan budaya kita...adakah ia berlandaskan Syariat Islam..dan bagi pendapat saya semua lagu dan budaya selain Islam adalah merbahyakan Iman kita..

    ReplyDelete