sekalian...Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri yang berjudul DOSA DOSA Umat Terdahulu Di Zaman Ini..Hari ini saya ingin mendedahkan bahawa semua Dosa-dosa yang dilakukan oleh umat terdahulu sedang dilakukan oleh Masyarakat dunia di zaman Ini..
Umat terdahulu melakukan dosa dosa besar yang sangat Dahsyat dan mereka juga telah mendapat balasan atas apa yang mereka lakukan...tetapi pada hari ini dosa dosa besar yang sangat Dahsyat ini menjadi satu perkara yang biasa bagi umat di zaman ini. Umat-umat di zaman ini sangat angkuh dan sombong apabila diberi peringatan. Mereka telah dikawal oleh nafsu mereka secara menyeluruh sehingga mereka merasakan bahawa mereka tidak akan di hisab atau di azab.
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.(Nuh 71:7)
Dosa Pembunuhan
Dosa pertama yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini adalah pembunuhan iaitu apabila Qabil membunuh saudaranya Habil.semenjak itu sehingga ke hari ini,Pembunuhan telah menjadi perkara biasa bagi Umat Manusia. Nyawa manusia adalah begitu murah bagi pembunuh-pembunuh di zaman ini.
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.(Al-Maaidah 5:32)
Dosa Zina
Dosa Zina pula berlaku ketika keturunan Qabil berhijrah keluar dari kawasan yang diduduki oleh keturunan Habil. Dosa zina telah berlaku apabila Iblis menghasut kaum Qabil untuk mencipta alatan muzik sehingga pada setiap malam sabtu mereka akan mengadakan parti-parti liar dihadapan unggun api dan wanita-wanita dari kaum Qabil akan mula menari dan mencantikan diri mereka(tabarruj) untuk mengoda kaum lelaki sehingga terjadinya perbuatan zina diantara mereka. Zina bermula pada zaman Qabil atas hasutan syaitan melalui muzik dan nyayian..betapa bahayanya muzik dan Nyayian kerana ia adalah senjata Iblis untuk menggoda Umat Manusia ke arah Dosa besar..baca disini..dan juga disini
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu(Nyayian dan Irama)dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.(Al-Israa' 17:64)
Dosa Menyembah berhala(Syirik)

Dosa menyembah berhala bermula pada zaman Nabi Nuh A.S, ia bermula apabila 5 orang ulama terkemuka meninggal dunia pada zaman Nabi Nuh..apabila Iblis melihat betapa lemahnya Iman umat Nabi Nuh, dia mula mendatangi umat Nabi Nuh dan menyuruh membuat gambaran ulama tersebut yang bernama Wadd, Suwaa', Yaghuth, Ya'uuq, dan Nasr agar dapat mengingati jasa ulama tersebut. Setelah beberapa generasi berlalu Iblis kembali dan menyeru kepada kaum Nabi Nuh untuk mendirikan berhala(patung) mereka agar dapat meminta dan menyembah mereka. Dari situ umat Nabi Nuh telah meninggalkan ajaran tauhid dan mula mengamalkan penyembahan berhala. Pada hari ini penyembahan berhala terdapat di dalam setiap agama kecuali agama Islam, dan juga tidak ketingalan artis dan pemimpin juga dipuja seperti berhala pada zaman ini..pelik-tapi-benar-kristian-katolik-menyembah-berhala
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.(Nuh 71:23)
Dosa Homosexual(Hubungan Sejenis)
Amalan Homosexual atau hubungan sejenis telah bermula pada zaman Nabi Lut A.S. Kaum Nabi Lut adalah diantara kaum yang paling keji dimuka bumi ini, kerana kecenderungan mereka untuk melakukan hubungan sejenis yang jijik lagi berdosa besar dianggap biasa.Para ulama bersepakat bahawa prilaku gay (suka sesama jenis) adalah salah satu dari perbuatan dosa yang lebih besar daripada zina. Di zaman ini amalan HomoSexual ini telah menjadi kebiasaan dan diterima oleh masyarakat dunia. Di Malaysia dianggarkan golongan HomoSexual adalah seramai puluhan ribu tidak termasuk wanita Lesbian dan golongan Transeender(Bapuk). Golongan HomoSexual di malaysia menjadi-jadi akibat daripada budaya barat dan pengaruh dari segelintir orang yang berkuasa dan ternama.
“Mengapa kamu tidak bertakwa?”Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.Mengapa kamu mendatangi jenis laki-laki di antara manusia,Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (As-Syu’ara: 160-161)
Dosa Membunuh anak perempuan..
Pada zaman Arab jahiliyah jikalau seseorang itu mendapat bayi wanita ia dianggap sebagai membawa sial dan bayi itu akan ditanam hidup-hidup..tetapi lain pula keadaanya dizaman ini..Jika di zaman jahiliyah ia berlaku hanya kepada bayi-bayi perempuan, di zaman moden ini ia dilakukan tanpa memilih jantina.akibat daripada zina atau pasangan yang sudah berkahwin tidak inginkan zuriat lagi, maka mereka akan membuang bayi atau mengugurkan bayi yang tidak bersalah..ini merupakan satu dosa yang sangat besar dan walaupun manusia di zaman ini dianggap moden tetapi fikiran mereka masih tetap kolot. Dan juga tidak ketinggalan di zaman ini sesetengah bangsa memperalatkan anak perempuan mereka untuk mendapatkan keuntunggan dari perkahwinan anak mereka iaitu dengan meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi sehingga membebankan pihak lelaki dan dari situasi tersebut ramai lelaki akan mengelak untuk berkahwin dan dari situ akan terjadi kepada peluasan penzinaan..
Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.(Al-Nahl 16:58-59)
Dosa penipuan di dalam perniagaan, rasuah dan riba
Di Zaman Nabi Shu'ayb (As) kaumnya melakukan segala kesalahan dan dosa di dalam perniagaan mereka seperti menipu timbangan, menjual barangan yang tidak berkualiti, melaksanakan Rasuah di dalam perniagaan mereka dan juga tidak ketinggalan Riba. Pada hari ini perkara yang sama dilakukan oleh Masyarakat dunia di dalam perniagaan mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntunggan yang lumayan dan tidak mempedulikan halal dan haram..maka dengan ini kita boleh simpulkan bahawa masyarakat kita sekarang adalah sama seperti kaum Nabi Shu'ayb (as)
Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).(Hud 11:84)
“Mengapa kamu tidak bertakwa?”Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.Mengapa kamu mendatangi jenis laki-laki di antara manusia,Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (As-Syu’ara: 160-161)
Dosa Membunuh anak perempuan..
Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.(Al-Nahl 16:58-59)
Dosa penipuan di dalam perniagaan, rasuah dan riba
Di Zaman Nabi Shu'ayb (As) kaumnya melakukan segala kesalahan dan dosa di dalam perniagaan mereka seperti menipu timbangan, menjual barangan yang tidak berkualiti, melaksanakan Rasuah di dalam perniagaan mereka dan juga tidak ketinggalan Riba. Pada hari ini perkara yang sama dilakukan oleh Masyarakat dunia di dalam perniagaan mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntunggan yang lumayan dan tidak mempedulikan halal dan haram..maka dengan ini kita boleh simpulkan bahawa masyarakat kita sekarang adalah sama seperti kaum Nabi Shu'ayb (as)
Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).(Hud 11:84)
Dosa mengagungkan diri lebih dari Allah
Pada Zaman Nabi Hud A.S kaumnya merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan kediaman-kediaman yang indah dan mewah disetiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup kekal selama-lamanya..Malangnya kaum Aad adalah kaum yang sungguh bongkak,takbur dan angkuh sehingga mengelar diri mereka sebagai makhluk yang paling gagah dan hebat di dunia ini. Pada zaman ini makhluk seperti kaum Aad adalah begitu ramai sekali , Sehingga mereka merasakan mereka memiliki dunia ini dan hidup seperti tidak akan mati kerana merasakan mereka mempunyai harta,kuasa dan nama untuk menewaskan sesiapa pun termasuk Allah SWT..
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).(Fussilat 41:15)
Dosa Syirik(Mengaku Diri Tuhan dan mengubah Hukumnya)
Dosa yang paling besar adalah Dosa Syirik yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT..Pada zaman Nabi Ibrahim A.S dan Zaman Nabi Musa A.S iaitu Namrud dan Firaun telah mengaku diri mereka sebagai Tuhan kerana mempunyai kerajaan yang tiada tandingan di zaman mereka..mereka memerintah dengan penuh kekejaman. Pada zaman ini pula sifat atau perangai mereka diwarisi oleh hampir kesemua pemimpin di dunia ini ,dengan polis dan tentera yang mereka kuasai, mereka menzalimi sesiapa sahaja yang menentang mereka. Selain dari kekejaman, mereka juga menghalalkan apa yang Allah telah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah telah Halalkan..mereka tidak melaksanakan hukum yang telah Allah turunkan melalui kitab-kitabnya, maka mereka merasa diri mereka sebagai tuhan..baca disini Democrazy Syirik
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan ,tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah.(Al-Maaidah 5:50)
Firaun Firaun Zaman Ini |
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)
Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.(Al-Baqarah 258)
Dari bukti di atas yang telah saya ketengahkan ini,kita sebagai Hamba Allah SWT di zaman telah melampaui segala batas dosa-dosa besar yang boleh dilakukan oleh manusia..kerana pada zaman dahulu hanya satu kaum yang melakukan satu dosa tetapi dengan kita semua dosa dilakukan dengan serentak,maka adakah anda berasa tenang dan gembira lagi..kerana pada bila-bila masa sahaja Azab dan Bala yang sangat dahsyat dari Allah SWT boleh sampai kepada kita. Dan satu lagi, kita sudah pun berada di penghujung akhir zaman dan kiamat adalah sangat dekat dan tiada syak padanya.
Dan sungguh NGERI jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!" Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar".(Al-An'aam 6:30)
Ahli Jemaah Dajjal menyerang lagi....
ReplyDelete1. MH370 - Malaysia - China disusahkan....
2. MH17 - Malaysia - Rusia disusahkan....
3. QZ8501 - Malaysia - Indonesia pulak disusahkan....
Apa pun semuanya ada kaitan.... kejadian belaku selepas atau sebelum apabila PM jumpa Obama! .... ada unsur ugut TPPA ke itu tak pasti pulak?...
Masih terlalu awal untuk dirumuskan saudara Enrike..tetapi Sudah pasti ada sesuatu yang dibincangkan oleh mereka berDUA......
DeleteTerima kasih Admin. Saya suka baca yg ini..
ReplyDeleteSama Sama..Terima kasih juga..
DeleteTerbaik la admin..thanks atas perkongsian..saya peminat teori konspirasi dan hal2 berkaitan dgn akhir zaman..sentiasalah update info2 yg baru..saya sentiasa menanti..
ReplyDeleteTerbaik la admin..thanks atas perkongsian..saya peminat teori konspirasi dan hal2 berkaitan dgn akhir zaman..sentiasalah update info2 yg baru..saya sentiasa menanti..
ReplyDeleteAsyik dajjal..dajjal..dajjal..bila pulak nak mengaku kesilapan diri sendiri..ni ntuk korang berfikir..ia tidak akan mengambil masa lebih dri satu saat untuk Allah SWT menghapuskan dajjal kerana seluruh alam semesta dicipta oleh Allah SWT...tkde benda mcm tuhan vs syaitan sbb ia akan menunjukkan Allah SWT sebagai lemah dn mempunyai tandingan...tidak kah Allah SWT mencipta masa..tidak kah Allah SWT mengetahui apa yg berlaku pada msa hadapan..klu bersetuju..tidak kah Allah SWT tentu telah nampak sebelum berlaku bahawa akan adanya muncul dajjal...kenapa tidak menghapus kan nya sahaja...kenapa hendak menumpahkan darah umat islam untuk melawan dajjal padahal Allah SWT trus blh menamatkan isu dajjal nie....sbb saudara menyatakan pendapat nie adalah untuk menyedari bahawa seluruh umat manusia di cipta oleh Allah SWT...islam atau tidak semua milik Allah SWT
ReplyDeleteanonymous, kalau Allah nak bagi semua umat manusia dari zaman nabi adam hingga hari ni semua nya agama islam, begitu senang saja tetapi knp dijadikan semua ini. semuanya adalah ujian dari Allah sama ada kita benar2 org yang beriman. jika kita kuat kita takkan pengaruh dgn budaya setan ini. makin kuat ujian makin tinggi darjat kita di hadapan Allah.
Delete