widgeo.net

Tuesday 30 October 2012

Bahaya Ubat Gigi Yang Mengandungi Fluorida

Sejak tahun 1940an,Fluorida telah digunakan dalam Ubat gigi dan ditambah kepada Air minuman di banyak negara di seluruh dunia. Profesion pergigian mendakwa bahawa Fluorida adalah selamat dan perlu untuk kesihatan pergigian yang baik..ini merupakan satu penipuan yang terancang dimana seluruh dunia telah ditipu oleh Ahli Jemaah Dajjal..
Fluorida sebenarnya adalah sisa toksik dari aluminium, asid fosforik dan industri baja fosfat..Berjuta-juta tan fluorida dihasilkan setiap tahun..Menurut "Clinical Toxicology of Commercial products," Edisi 5, 1984, plumbum diberi penarafan ketoksikan 3 - 4, dan fluorida pada 4 (3 = sederhana toksik, 4 = sangat toksik).

Sehingga tahun 1930-an, Fluorida dibuang terus ke udara dan jalan air, menyebabkan kerosakan besar. Tindakan undang-undang menimbun setelah mangsa demi mangsa mengetahui masalah-masalah mereka disebabkan oleh keracunan Fluorida. Tindak balas industri adalah untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap Fluorida.

Banyak kajian saintifik telah dibentangkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa Fluorida adalah selamat. Kedudukan yang menguntungkan telah dicipta untuk 'penyelidikan' dan 'pendidikan' dengan maksud nyata menggalakkan penggunaan Fluorida dalam ubat gigi dan air minuman. Selain daripada membayar berjuta-juta untuk pelupusan sisa-sisa toksik, Fluorida kini dijual kepada syarikat-syarikat ubat gigi dan air!!!

Banyak negara yang telah memasukan Fluorida ke dalam air minuman mereka ini termasuk Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Ireland, Sepanyol, Turki, Itali, India dan Chile.sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Fluoridation_by_country
Antara bahaya Fluorida..


Pada tahun 1984 kajian telah dibuat bahawa satu tiub kecil ubat gigi yang mengandungi Fluorida, mencukupi untuk membunuh kanak-kanak! Ubat gigi kini membawa label amaran bahaya jika lebih daripada jumlah saiz kacang ditelan, maka perlu dapatkan bantuan perubatan dengan segera..

April 7th, 1997, the United States FDA [Food & Drug Administration] has required that all fluoride toothpastes sold in the U.S. carry a poison warning on the label. The warning cautions toothpaste users to: "WARNING: Keep out of reach of children under 6 years of age. If you accidentally swallow more than used for brushing, seek professional help or contact a poison control center immediately."

Sehingga 80 peratus daripada golongan muda di beberapa kota di Amerika Syarikat telah mengalami fluorosis gigi, yang mana tanda pertama yang dilihat akibat pendedahan Fluorida yang berlebihan. Fluorida juga menyebabkan kekurangan kalsium, yang boleh membawa kepada osteoporosis, penipisan tulang, keretakan, anemia, dan penyakit riket.US Public Health Service telah menyatakan bahawa Fluorida membuat tulang lebih rapuh dan enamel gigi lebih berongga.Fluorida juga menyebabkan penuaan sebelum masanya kerana ia merosakkan enzim. Ini memberi kesan kepada sistem kekebalan tubuh, sistem pencernaan, sistem pernafasan, peredaran darah, hati, buah pinggang, tiroid dan fungsi otak. Fluorida juga boleh menyebabkan hiperaktif dan IQ yang lebih rendah di kalangan kanak-kanak.

Prof. Albert Schatz Ph.D. (Ahli Mikrobiologi) Penemu Streptomycin dan Pemenang Nobel. : ‘Fluoridasi adalah PENIPUAN TERJAHAT untuk mengaut keuntungan yang pernah dilakukan diabad ini dan ianya menelan korban lebih ramai daripada bentuk penipuan lainnya.Jika manusia mendapat penyakit, ada pihak yang akan mendapat untung. Begitu juga ada pihak yang mahukan populasi dunia berkurang, kerana kononnya sebahagian besar manusia perlu mati, maka mudah lah menguruskan yang tinggal nanti, dan dapat berkongsi kekayaan hasil bumi dengan baik..(ini Adalah apa yang Ahli Jemaah Dajjal Inginkan)
Ogos 2002, Belgium menjadi negara pertama di dunia yang MELARANG penggunaan berbagai suplemen Fluorida seperti tablet, ubat titik mata, ubat Kumur dan lain-lain yang berfluorida telah ditarik dari pasaran kerana beracun dan menyebabkan risiko besar bagi kesihatan fizikal mahupun psikologi..98% wilayah Eropah Barat telah menolak Fluoridasi air, termasuk Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Luxembourgh, Jerman, Belanda, Finland, Sweden dan Norway.

Satu lagi fakta mengenai Fluorida adalah zat kimia dalam mengeluarkan BOM ATOM! Fluorida sangat penting untuk mencipta Bom Uranium dan Plutonium untuk membuat senjata nuklear semasa Perang Dingin. Salah satu zat kimia yang dikenali paling beracun adalah Fluorida..

Nasihat saya kepada penguna di Malaysia agar bertukar lah kepada ubat gigi yang tidak mengandungi Fluorida dan jangan terpedaya dengan tipu daya Ahli Jemaah dajjal ini yang hanya ingin merosakan kita..kerana bukan sahaja bahaya untuk anda tetapi anak-anak anda juga..dan dipasaran kini sudah terdapat pelbagai jenama ubat gigi Islamik seperti halagel dan sebagainya yang tidak mempunyai Fluorida pada Ubat gigi mereka.. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati..
Ini adalah jenama yang saya gunakan dan ia terbukti tanpa Fluorida


11 comments:

  1. mmg terbaik entry ni en khalid...yg peliknye produk cm colgate n darlie tu disahkan halal...ermmm

    ReplyDelete
  2. Ye betul Halal dari segi apa tah..dan boleh pulak dihalalkan apabila ubat gigi itu terang2 memudaratkan kesihatan kita..pelik betul..

    ReplyDelete
  3. tak perlu dipelikkan pun,sebab semua kita sudah sedia maklum bahawa segalanya adalah menjurus kepada keuntungan perniagaan semata tanpa menghiraukan halal haram,sementelahan lagi apabila orang islam yang diberi amanah,menjadi munafik dan berpakat dengan puak puak dajjal,semata untuk mendapatkan imbuhan dunia.

    ReplyDelete
  4. Sebab tu la nabi rasulullah saw memakai kayu sugi untuk bersiwak dijamin selamat,suci dan halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar sebab zaman dia tiada berus gigi bek...dia pake unta, mu pake unta ke kancil

      Delete
  5. Satu maklumat yang baik mengenai bahaya fluorida. Di sini ada maklumat tambahan berkenaan bahaya fluorida sekadar berkongsi bersama. Ianya di halaman web http://www.healthmassa.com/ubat-gigi-pembunuh-senyap-kanak-kanak/

    ReplyDelete
  6. Penulis blog ni khalid al-walid yg pernah bersekolah di Sk Taman Semarak dkt Nilai ke?

    ReplyDelete
  7. Saya dulu pengguna tegar ubat gigi safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna. Dah bertahun guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical)(fluoride FREE = BEBAS FLORIDA) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

    Cuba korang tengok link Kat bawah ni.

    https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

    https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

    ReplyDelete
  8. Saya dulu pengguna tegar ubat gigi safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna. Dah bertahun guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical)(fluoride FREE = BEBAS FLORIDA) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

    Cuba korang tengok link Kat bawah ni.


    https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

    https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

    ReplyDelete