widgeo.net

Sunday 21 July 2013

Kekejaman Musuh Islam dizaman Dajjal Bhg 1

Salam sejahtera kepada muslimin yang dirahmati Allah,di bulan Ramadan yang mulia dan penuh barakah ini saya ingin berkongsi mengenai kisah saudara dan saudari Islam kita yang sedang diuji oleh pencipta kita iaitu Allah SWT dan juga sedang memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan darjat yang tinggi di Syurga,insha Allah..kisah yang tidak sepatutnya kita Lupakan dan sentiasa berdoa untuk keselamatan mereka di dalam penjara penjara Musuh Islam seperti di Guantanamo bay di Cuba,Abu Ghraib di Iraq dan penjara Bagram di Afghanistan dimana Umat Islam yang tidak bersalah sedang ditawan,dimalukan,penderaan seksual dan diseksa dengan pelbagai cara..disini saya ingin membongkar beberapa kisah mengenai saudara saudari Islam kita yang ditawan oleh Musuh Islam..

Kisah pertama yang ingin saya kongsi dan mungkin ramai yang sudah tahu adalah mengenai seorang Saudari yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui.
Dr. Aafia Siddiqui
Beliau diculik pihak CIA Amerika dan Pihak ISI pakistan pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak CIA dan FBI.Siapakah Dr. Aafia Siddiqui? Sebelum ini tiada siapa yang kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara kita. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati.Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi.saya mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menyampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT.Beliau juga seorang hafazan Al-Quran dan seorang pendakwah. Tiada seorang wanita barat yang setara atau setanding dengan Ilmu pendidikan beliau..Beliau diculik ketika bersama 3 orang anak kecilnya dan selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah seorang tahanan yang bernama Moazzam begg mendedahkan bahawa ada seorang wanita yang sentiasa menjerit diseksa didalam sel tahananya di penjara Bagram Afghanistan..Maozzam Begg hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya..
Keadaan Dr Aafia selepas diseksa didalam Tahanan
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk menyelamatkan maruah CIA dan FBI Amerika Syaitan..

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa,didera secara Seksual dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita.Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah sehingga boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara.Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat menyedihkan sehingga beliau telah hampir kehilangan Ingatanya

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika,hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan Agen FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afganistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh..Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh CIA dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib Iraq dan tak lupa di penjara Israel.Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin kepada pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Musuh Islam di seluruh dunia..

Bukti Sifat Binatang yang dimiliki oleh Musuh Islam terhadap wanita Islam di Iraq..


Sila dengar rintihan seorang muslimah yang dirogol oleh tentera Amerika Syaitan di Iraq


Disini ada beberapa gambaran untuk menjadi tatapan kepada umat Islam mengenai Bukti wanita Palestin juga mengalami nasib seperti Dr Aafiah Siddiqui di Penjara Israel laknatullah..
Seorang Gadis Palestin Telah Ditahan Tanpa Sebab Oleh Askar Israel
Seorang Lagi Gadis Palestin Sedang Diiring Ke Penjara Israel
Gadis Gadis Yang Malang Ini Telah  Ditangkap Tanpa Sebab Oleh Yahudi Laknatullah
Biadap Binatang Yahudi Ini Sedang Menari Dengan Tahanan Wanita Didalam Penjara Dengan Matanya Ditutup dengan Kain

Tiada apa yang dapat saya sumbangkan kepada saudara dan saudari Islamku yang ditawan di penjara musuh Islam melainkan doa, menyebarkan kisah mereka di blog dan menyeru umat Islam untuk mengambil Iktibar terhadap kekejaman pihak musuh Islam yang nyata ini..kepada umat Islam yang taksub dengan budaya barat sedarlah bahawa nyawa dan maruah saudara Islam kita tiada nilai dan sedang dicabul oleh mereka..Allah SWT tidak memandang kesannya tetapi usaha kita Insha Allah..kepada saudara yang membaca sila sebarkan kepada Umat Islam yang lain marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT dibulan Ramadan ini agar Allah SWT dapat menjaga dan memberi kekuatan kepada hamba hamba Allah yang tertawan di penjara musuh Islam..Nantikan Bahagian 2 Kekejaman Musuh Islam dizaman Dajjal ini.

12 comments:

  1. Smoga hamba-hamba Allah ini diberikan darjat yang tinggi disyurga Amin..tq utk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. Nape tiada komen?nape umat Islam membisu??video diatas sgt menyedihkan..semoga Allah SWT melaknat musuh Islam......Aminn.

    ReplyDelete
  3. Admin.. Minta tolong buat kajian tentang rokok.. Asal mne rokok ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Izin Allah bila ada masa saya akan tunaikan permintaan Saudara..Terima kasih..

      Delete
  4. Semoga Allah tetapkan iman hamba2 Nya yang soleh dalam menghadapi ujian akhir zaman... Ya Allah, engkau peliharalah keluarga dan zuriat kami dari fitnah dajjal.... Amin...

    ReplyDelete
  5. Umat Islam menjadi mangsa... Umat Islam ditindas.. Di mana sahaja mereka berada. Nyawa org islam dianggap tiada nilainya bg kaum musyrikin.. Lihat lah apa yang mereka lakukan di Burma, Pattani, Palestin, Syria, Mesir.. Umat islam diratah.. Bagai tiada nilai untuk nyawa mereka.. Ini lah akhir zaman.. Bila fitnah dajjal berkuasa. Mereka ingin gelapkan kebenaran.. Iaitu Islam... tetapi mereka tidak akan mendapat kemenangan. Itu janji Allah.. ISLAM tetap akan menang! Kebenaran pasti akan tertegak..

    Ya Allah, Engkau tetapkan lah iman kami dalam menghadapi ujian akhir zaman..kuatkan iman kami dalam menghadapi ujianMu ya Tuhan.. Segala yang berlaku atas kehendakMu jua.. Boleh sahaja kiranya engkau mematikan sekalian kaum jahanam itu.. Amat mudah sekali bagiMu ya Allah. Akan tetapi ini adalah ujian untuk kami.. Kami terimanya Ya Allah.. Namun kami perlukan panduan dan hidayahMu ya Tuhan ya Karim...amin....

    ReplyDelete
  6. Sy ada satu soalan,Khalid bin alwalid dan pendeta org yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kenal sape itu pendeta..boleh saudara beritahu saya sape dia itu?

      Delete
  7. sgt2 best blog konspirasi ini..sya adalah peminat konspirasi..sgt susah nk cari penulis blog konpirasi dr malaysia..kbykn adalah dr indon..suma artikel ssh nk fahami..maklumlah bhsa yg sdkit beza..stakat ni hnya 2blog je yg sya dpt cri dr mlysia yg mbincngkn isu2 sebegini..yg len adalah dajjal.word press..adakah saudara saling mengenali..truskan usaha sbegini utk mencerahkn golongan2 yg masi lg xfhm betapa pntg nya maklumat yg blh mhancurkn dunia..wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Saudara..sebar2kan lah info ini agar lebih ramai lagi yang memahami Dunia Akhir Zaman ini

      Delete
  8. sangat bagus. dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  9. the most cruel nation is united states of america, but they have the best weapon, that is media.

    ReplyDelete